Panas!..

Perceraian Noniswara Dan Suami Di Sebabkan Orang Ketiga

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

nonisSusulan perceraian antara pelakon cantik, Noniswara dan suami, Datuk Rosman Ridzwan setelah empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mendedahkan kawannya sendiri yang juga merupakan seorang artis telah menjadi duri dalam daging memusnahkan perkahwinan mereka.

“Saya tidak sangka, kawan sendiri sanggup melakukan perkara sedemikian kepada saya. Apatah lagi, dia di kalangan rakan artis juga.
“Saya mengenalinya dengan rapat dan sebelum ini, dia pernah meminta saya untuk cari kawan lelaki untuk dikenalkan kepadanya sedangkan dia memiliki ramai kenalan lelaki.
“Artis itu mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk dengan kerja-kerja di lokasi. Dia mula meracuni fikiran Datuk dan cuba memburuk-burukkan saya dengan menganggap saya sering mengabaikan suami,” katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Pengerusi U Mobile itu, pada 1 Ogos 2009.
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
Selain itu, Nonis juga tidak menolak kemungkinan suaminya terkena buatan orang kerana menyedari perubahan suaminya yang tiada keinginan untuk pulang ke rumah. Malah dia turut mendapat khidmat perubatan tradisional daripada beberapa ustaz.
“Setelah berbincang dengan suami, dia mengakui yang dirinya mencintai wanita itu dan tidak mahu melepaskannya. Jadi, buat apa saya tunggu lagi jika dia sendiri akui ketika melihat saya, wajah saya menyerupai ‘hantu’,” ujar Nonis yang di petik daripada Sinar Harian Online.
Nonis menganggap perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk mereka berdua.
“Saya tidak menyesali dengan apa yang berlaku dan menganggap ianya ketentuan ALLAH SWT. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan mungkin setakat ini sahaja jodoh saya bersama dia,”  katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 13 episod, Lara.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top