Pope Baru Khatolik, Pope Francis 1 Sebenarnya Pengkhianat??

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

pope francis 1Terkejut juga dengan info ini mengenai dengan Sangti Papa atau Pope baru bagi Umat Khatolik di katakan seeorang pengkhianat? Semakin Tua dunia ini bila ada saja perkara yang sukar kita jangka berlaku setiap hari?Sukar untuk kita percaya semua ini, kita serahkan saja pada yang berkenaan dan sama sama kita fikirkan..

Di bawah ini, saya masukkan satu petikan dari Agensi yang mengatakan Pope baru, Pope Francis 1 itu adalah pengkhianat sebenarnya. Tiada niat apa apa saya menyiarkannya dalam blog saya..cuma sekadar perkongsian saja..

Satu laporan khas yang menjadi bukti mengaitkan Pope Francis, yang kini menerajui gereja Katholik di seluruh dunia, mengkhianati dua paderi yang diculik dan didera oleh junta tentera Argentina akan didedahkan tidak lama lagi.

Dokumen tersebut mendakwa Francis secara rahsia bekerjasama dengan pemimpin diktator negara itu ketika beliau mengepalai Jesuits, sebuah pertubuhan paderi Katholik, dengan menggunakan nama asalnya, Jorge Bergoglio, sekitar tahun 70-an.

Dalam dokumen setebal 27 muka surat yang ditulis oleh seorang daripada paderi yang diculik, Orlando Yorio, menuduh Francis secara rahsia menyebarkan khabar angin tentang dirinya dan seorang lagi rakan mereka, namun dalam masa yang sama berjanji untuk menyokong dan melindungi mereka.

Diet Plan Malaysia
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Dokumen kedua merupakan memo sulit kerajaan yang ditulis pada 1979, mendedahkan Francis memberitahu pegawai junta bahawa Yorio dan seorang lagi paderi, Francisco Jalics bekerjasama dengan gerila serta Jalics dituduh menggalakkan penentangan dalam kalangan paderi.

Bagaimanapun, Francis, 76, yang dipilih sebagai Pope baharu pada Rabu lalu, menafikan dakwaan beliau terlibat dengan tentera yang menculik dan membunuh beribu-ribu rakyat Argentina termasuk wanita yang mengandung ketika itu.

Dokumen yang didedahkan di Buenos Aires itu juga menyatakan beliau bersubahat dengan rejim sebelum dan selepas dua paderi diculik pada 1976.

Yorio menulis laporan rasmi kepada hierarki Jesuit di Rom pada November 1977, setahun selepas dia dibebaskan dari penjara tentera.

Laporan itu menceritakan gambaran sebenar bagaimana paderi itu ditangkap oleh 200 tentera bersenjata, diberi dadah, didera dan ditahan selama lima bulan sebelum dicampak separuh bogel di atas padang.

Laporan itu juga menggambarkan bagaimana Yorio dan Jalics percaya Francis mengkhianati mereka, dengan tidak menghiraukan rayuan agar mereka dilindungi daripada tentera. – AGENSI

sumberr : Utusan Malaysia

 

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*