Panas!..

SENARAI 14 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA 2012

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

orang kayaBilangan rakyat Malaysia yang mempunyai aset lebih AS$1 bilion (RM3.09 bilion) meningkat kepada 14 tahun ini daripada 11 pada 2011.

Pendatang baru dalam senarai itu ialah adik beradik Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin yang mempunyai kepentingan sama banyak dalam Sapura Group, yang diasaskan bapa mereka, pengasas NagaCorp, Chen Lip Keong serta Datuk Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian yang menguasai Kuala Lumpur Kepong Bhd.

Mengikut majalah Forbes, pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 6.4 peratus serta kenaikan empat peratus Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) tahun lalu menyaksikan peningkatan kekayaan 23 daripada individu yang disenaraikan dalam senarai terbarunya bagi 50 individu terkaya Malaysia.

Katanya, bagi tahun ini, untuk layak disenaraikan dalam senarai berkenaan, seseorang itu mestilah mempunyai aset bersih lebih AS$145 juta.

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien terus mendahului senarai berkenaan dengan kekayaan bersih AS$12.5 bilion (RM38.64 bilion).

Aset dimilikinya termasuk Shangri-La Hotels, Kerry Properties dan South China Morning Post, akhbar berbahasa Inggeris terkemuka di Hong Kong.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Peneraju Maxis Communications, Ananda Krishnan juga kekal di tempat kedua dengan kekayaannya meningkat daripada AS$9.9 bilion (RM30.61 bilion) tahun lalu kepada AS$11.7 bilion (RM36.17 bilion) tahun ini.
Antara urus niaga terbaru yang menambahkan kekayaannya ialah penjualan kepentingan dalam Maxis serta penyenaraian syarikat pengendali TV berbayarnya, ASTRO.

Ketua Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay, iaitu anak mendiang Datuk Seri Lim Goh Tong pula berada di tempat ketiga. Beliau mengendalikan rangkaian resort dan kasino di bawah kumpulan itu di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Filipina dan United Kingdom serta memiliki 43 peratus kepentingan dalam Norwegian Cruise Line.

Lim berkongsi kekayaan bersihnya yang bernilai AS$6.6 bilion (RM20.40 bilion) dengan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua yang berusia 82 tahun dan anggota keluarganya yang lain.

Forbes turut menyenaraikan sembilan individu baru dalam senarai itu. Antara yang pertama kali memasuki senarai itu ialah Datuk Tan Heng Chew dan keluarganya yang menguasai Tan Chong Motors Holding, yang menduduki tempat ke-11 dengan kekayaan bernilai AS$1.2 bilion (RM3.71 bilion).

Shahril dan Shahriman, adik beradik di belakang kejayaan Sapura Group memasuki senarai itu selepas penggabungan bernilai AS$3.7 juta (RM11.4 bilion) antara SapuraCrest dan Kencana Petroleum. Kedua-duanya berada tempat ke-12 dengan aset bernilai AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion), naik daripada AS$845 juta (RM2.61 bilion).

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top