Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2
Menyemarakan penganjuran pencarian bakat yang semakin sinonim dalam masyarakat kita hari ini, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan RTM memperkenalkan sebuah program baru dikenali Mimpi Ke Bintang.
Program yang dianjurkan di bawah Program Kerjasama Strategik RTM-JKKN merupakan hasil penjenamaan semula program Bakat TV yang dipelopori RTM sejak tahun 70-an dan telah diberikan penjenamaan semula.
Diperkenalkan bagi mencari bakat dalam pelbagai kategori lawak jenaka, akrobatik, silap mata, bermain alat muzik yang unik dan kebolehan kreatif mencipta sesuatu, peringkat akhir Mimpi Ke Bintang bakal disiarkan pada 16 Mac ini, di Auditorium Perdana Angkasapuri pada jam 9 malam.
Sementara peringkat uji bakat dan saringan Mimpi Ke Bintang telah disiarkan pada setiap Sabtu, jam 9 malam di TV2 sejak Disember lalu.
Malah program itu nampaknya telah mencetuskan fenomena baru dunia penyiaran apabila berjaya mencecah secara purata lebih setengah juta penonton setiap kali siaran.
Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Roflin berkata, sesi uji bakat Mimpi Ke Bintang telah berjaya menarik perhatian hampir 300 penyertaan.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)“Daripada jumlah itu ianya dikecilkan menjadi 50 peserta dan seterusnya hanya 9 peserta yang mara ke peringkat akhir. Program ini secara tidak langsung berjaya mencetuskan semangat rakyat Malaysia untuk merancakkan idea kreatif mereka.
” Kreativiti didorongi daripada sesuatu yang berasaskan bakat, kebolehan yang dirancang secara bersepadu oleh individu atau kumpulan dengan mengambil kira nilai-nilai seni dan budaya tempatan serta penggunaan teknologi,” katanya.
Peringkat uji bakat pertama Mimpi Ke Bintang hanya memberikan 60 saat kepada peserta untuk memastikan mereka mara ke pusingan seterusnya.
Sembilan peserta telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir iaitu The Siblings Band – Kumpulan adik beradik yang bermain alat muzik secara kreatif dari Melaka, Nik The Free Styler – Permainan bola sepak gaya bebas dari Kedah dan Zaini Bayang – Ahli Silap Mata Ilusi dari Selangor.
Tak ketinggalan ialah Wan Rull Puppet – Boneka dan Lawak Jenaka dari Sabah, Warisan Persada – Keberanian Luar Biasa-Pijak Kaca dari Negeri Sembilan, Roku Steps – Kebolehan Tarian Api dari Selangor, Three F – kebolehan aksi skipping dan tali gaya bebas dari Perlis, Aiman Hafiz – Ahli Silap Mata dari Pulau Pinang dan Nobita Kimi – ‘Beat Box’ dari Sabah.
Malam kemuncak Mimpi Ke Bintang memberi ganjaran istimewa kepada pemenang untuk membawa pulang wang berjumlah RM 124,000.00.
Incoming search terms:
- nama kumpulan tarian (10)
- nobita kimi (6)
- mimpi ke bintang 2013 (5)
- zaini bayang (4)
- jenama ipad (3)
- mimpi ke bintang peserta (3)
- mimpi ke bintang wan rull puppet (3)
- juara mimpi ke bintang akhir (2)
- seni tari negeri sembilan (2)
- mimpi ke bintang akhir (2)
- juara mimpi ke bintang (2)
- senarai jenama tv (2)
- mimpi ke bintang faizal ismail (2)
- peserta mimpi ke bintang sabah (2)
- senarai peserta ceria popstar (2)



