Panas!..

Apa Itu Ajaran ‘Tuhan Harun’?

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

tuhan harun Pengasas ajaran ‘Tuhan Harun’ dipercayai menubuhkan sistem pengajian dikenali sebagai ‘Universiti Universal Overhead God’ dalam usaha menyebar fahaman songsang kepada pengikutnya.

Melalui sistem pengajian itu, lelaki berusia 46 tahun itu membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat iaitu Intake (baru), Doktorat dan Doktor World of God (tertinggi).

Berdasarkan bahan bercetak dirampas daripada kumpulan itu, lelaki terbabit dipercayai cuba menerap fahaman kepada ahli bahawa dia adalah ‘Tuhan’.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raflii Abdul Malek berkata, pengasas ajaran songsang itu juga dipercayai menubuhkan beberapa persatuan atas nama kebajikan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan kumpulan terbabit.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Menurutnya, sebelum ini pihak penguat kuasa Jaip merampas pelbagai bahan bercetak berhubung ajaran itu yang jelas bercanggah dengan hukum syarak.

“Antara dirampas termasuk bahan penulisan bertajuk ‘Tuhan 2013’ disyaki dimaksudkan kepada pengasas ajaran itu,” katanya.

Ahmad Rafli berkata, lelaki tersebut bersama 30 pengikutnya termasuk enam wanita ditahan dalam sebuah premis di Lorong Pandan Damai 2 di sini ketika menjalani ritual diiringi persembahan muzik kira-kira jam 6.30 petang, 4 April lalu.

“Susulan penahanan kumpulan terbabit, pihak penguat kuasa Jaip merampas pelbagai bahan bercetak selain komputer riba, Ipad, pemacu dan cakera padat mengandungi bahan perisian yang bercanggah dengan hukum syarak.

“Rampasan bahan-bahan bercetak itu turut dilakukan hasil serbuan ke atas sebuah premis  di tingkat 2, Lorong Seri Teruntum 39, Jalan Bukit Ubi di sini yang dipercayai digunakan sebagai pejabat operasi,” katanya.

"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top