Hans Isaac Dan Neelofa Jual Kisah Cinta Mereka?

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

hansKISAH cinta lokasi bukan satu perkara baru dalam industri hiburan.

Kini, nama pasangan baru yang menjadi perhatian ramai adalah Hans Isaac dan Neelofa.

Sejak awal pembikinan filem Lemak Kampung Santan, yang memperlihatkan gandingan pertama mereka di layar perak, kedua-duanya dikatakan hangat menjalinkan hubungan cinta namun dinafikan mereka.

Namun ketika ditemui pada sesi sidang media filem Lemak Kampung Santan di Saloma Bistro, kelmarin, Hans dan Neelofa kelihatan semakin mesra.

Semakin matang berbicara, Neelofa menafikan hubungan cinta mereka. Malah pelakon jelita itu juga menafikan gosip yang timbul itu adalah gimik semata-mata untuk melariskan filem mereka.

“Saya akui berkawan rapat dengan Hans tetapi tidaklah bermakna hubungan kami sudah sampai tahap bercinta.

“Lagipun kami berdua tidak pernah merancang untuk menimbulkan gosip ini dan saya tidak rasa pun ia untuk promosi filem.

“Sebab dulu masa filem Azura, timbul gosip saya dengan Shah Jazle tapi nampaknya tak membantu pun filem tersebut,” jelas  Neelofa.

Biarpun kisah cintanya masih menjadi tanda tanya, Hans menegaskan dia tidak sesekali menjadikan gosip cinta  mereka itu sebagai ‘modal’ bagi tujuan mempromosikan Lemak Kampung Santan.

“Saya rasa semua tahu jawapannya. Kami tak pernah bercakap soal perhubungan dan kami tak pernah ambil gambar bersamasepanjang penggambaran filem tu.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

“Cuma sekali saja kerana ada satu hari tu, media datang ke set penggambaran. Malah adapihak media minta mahu adakan sesi fotografi, tapi saya menolak. Tapi sekarang sudah tiba masanya untuk promosi, jadi kami akan terima kalau ada permintaan untuk sesi fotografi.

“Saya tak mahu gosip tentang kami diperbesar-besarkan. Bagi saya, kontroversi atau gosip tak membantu langsung mempromosi  sesebuah filem. Saya rasa penonton kita hari ini lebih bijak dan mereka dah tonton filem yang bagus dan mereka juga tonton filem yang teruk,” katanya.

Dia sangat menghiburkan: Hans Bagi Hans pula, hubungannya dengan Neelofa hanya rapat selepas selesai penggambaran filem tersebut dan bukannya ketika pembikinan.

“Dia boleh buat saya ketawa. Bila saya tengah tertekan, kemudian kami berbual di telefon, ada saja perkara yang dia akan buat saya ketawa. Dia menghiburkan saya,” katanya ketika ditanya mengenai daya penarik Neelofa.

Bercerita dengan lebih lanjut, Hans berkata, dia sebenarnya tidak mengenali Neelofa sehinggalah Aziz mencadangkan untuk Hans mengambil Neelofa berlakon filemnya.

“Saya tak kenal dia (Neelofa). Saya beritahu padanya tengah pening memikirkan pelakon untuk filem saya. Kemudian Aziz berkata, kenapa tidak ambil saja Neelofa. Saya tanya pada Aziz, siapa Neelofa? Aziz menjawab, ‘my Azura’. Sewaktu itu Neelofa baru saja menjalani penggambaran filem Azura.

“Mulanya saya memang ragu-ragu dengan Neelofa tapi Aziz meyakinkan saya,” katanya. Filem yang menelan belanja RM1.7 juta ini dijangka ditayangkan selewat-lewatnya ketika musim perayaan Aidilfitri nanti.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*