Panas!..

Kad Diskaun 1Malaysia Khas Untuk Ibu Tunggal

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

juwitaLebih 800,000 ibu tunggal di seluruh negara akan menerima kad diskaun 1Malaysia yang menawarkan potongan lima hingga 50 peratus bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan terpilih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, kad diskaun tersebut dikeluarkan kepada ibu tunggal yang berdaftar di bawah Persatuan Ibu Tunggal Malaysia.

“Ibu tunggal yang menerima kad diskaun itu boleh membeli barangan dan perkhidmatan dengan tawaran diskaun antara lima hingga 50 peratus di kedai-kedai terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran dan perhimpunan Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) – Wanita Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Seramai 13,000 ibu tunggal pelbagai kaum hadir pada majlis anjuran Wanita BN itu.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Najib turut menimbangkan pemberian skim insurans berkelompok ibu tunggal dengan bayaran premium RM12 sebulan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

“Selaku kerajaan sementara saya tidak boleh buat keputusan tetapi jika menang dalam pilihan raya (PRU-13), kita akan melaksanakannya,” kata beliau.

Skim insurans itu akan menawarkan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk kematian, RM5,000 untuk khairat kematian, RM10,000 untuk kematian akibat kemalangan dan RM10,000 untuk kurang upaya akibat kemalangan

Pada majlis itu, Juwita yang merupakan sebuah Sekretariat di bawah Wanita BN turut dilancarkan bertujuan memperjuangkan nasib golongan ibu tunggal.

Najib juga berkata, bagi ibu tunggal yang memerlukan khidmat guaman, kerajaan boleh menyediakan bantuan percuma kepada golongan itu melalui Yayasan Bantuan Guaman Malaysia.

Katanya, daripada seramai 831,890 orang ibu tunggal, Selangor mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 125,367 orang.

Incoming search terms:

2 comments

  1. parameswari a/p mahalingam

    how to apply kad diskaun ibu tunngal ???cn u help me ?

  2. Phuah Swee Chin

    Where can i get the application submit for the ” diskaun Ibu tunggal ” Please help.
    On top of that i need some information of how can i get help from the government financially or loans, for temporary financial break down.
    Thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top