Panas!..

Ceria Popstar 2013|Finalis Ceria Popstar 2013

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

ceria popstarSUSULAN kejayaan rancangan realiti pencarian bakat tarian kanak-kanak, Ceria Superstar sebelum ini, Astro tampil menyediakan platform buat si cilik mempersembahkan bakat nyanyian pula menerusi rancangan Ceria Popstar.

Ceria Popstar merupakan program realiti yang berkonsepkan pertandingan nyanyian dan akan dikemudikan oleh juara Raja Lawak musim kedua, Nabil Ahmad selain dinaungi oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi.

Melihatkan konsep rancangan tersebut yang hampir sama dengan sebuah program pertandingan nyanyian TV9 iaitu Idola Kecil, Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin bagaimanapun menegaskan format pertandingan itu berbeza sama sekali.

“Ceria Popstar mempunyai elemen kejutan dan setiap peserta diberikan seorang sifu yang terdiri daripada selebriti tempatan.

“Lagipun, rancangan ini disertai oleh penyanyi secara solo dan berkumpulan yang terdiri daripada duo atau trio. Kami bukan mencari penyanyi, tapi penghibur kanak-kanak yang berbakat dalam bidang muzik.

“Ramai yang datang ketika sesi uji bakat dan mereka kebanyakannya boleh menyanyi, tapi tidak faham seni. Kami mencari penyanyi yang mempunyai kelainan dan kebolehan membaca not muzik sebenarnya,” kata Hadzelynda yang ditemui ketika sidang akhbar pelancaran Ceria Popstar di Restoran Fullhouse, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Sebanyak lapan finalis terdiri daripada lima peserta solo dan tiga peserta berkumpulan telah dipilih menerusi sesi uji bakat yang diadakan di Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Lima peserta solo termasuklah Noor Aina Batrisyia Azman, Anis Natasya, Abdul Razmil Jamil, Mohd. Wafiyilhan Johan, Nor Akmar Natasha Hasni manakala tiga peserta berkumpulan dibarisi oleh Kumpulan Flower Queen, Vision Mate dan duet Hairul & Leen.

Program yang bakal bersiaran selama 10 episod itu akan membawa penonton melihat perkembangan setiap peserta bermula daripada episod pertama iaitu bootcamp.

Pada episod kedua hingga sembilan, penonton bakal menyaksikan rakaman lapan peserta bertanding dan mereka akan diadili oleh juri tetap Nurul Wahab dan Mawi serta proses penyingkiran akan dilakukan sehingga lima peserta akhir dipilih berentap di konsert akhir pada episod kesepuluh.

Lima peserta akhir akan secara automatik diserapkan untuk bernaung sebagai artis Astro dan sekali gus menjadi duta kanak-kanak Astro Ceria. Mereka juga akan membintangi program atau rancangan di bawah Astro.

Juara Ceria Popstar bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM20,000, naib juara bakal memenangi RM15,000 manakala, pemenang tempat ketiga RM10,000. Tempat keempat dan kelima masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Jangan lupa saksikan Ceria Popstar pada setiap hari Ahad bermula 5 Mei ini pukul 11.30 pagi di Astro Ceria (saluran 611).

Incoming search terms:

One comment

  1. nk tahu fb Mohd. Wafiyilhan Johan bleh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top