banner

Isteri Ashraf Muslim Redha Bermadu|Luahan Hati Bakal Isteri Kedua Ashraf

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

ashraf Spekulasi sebelum ini yang mengatakan pelakon, Ashraf Muslim akan beristeri dua semakin memuncak apabila akhbar Harian Metro hari melaporkan yang bahawa isteri Ashraf, Dayana telah bersedia untuk bermadu.

Perkara itu dinyatakan oleh Sakinah, seorang gadis yang dikaitkan bakal bergelar isteri kedua kepada pelakon filem Aku Masih Dara itu.

“Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa untuk bercakap tentang hal ini. Cuma Dayana berpesan, kalau boleh janganlah berkahwin dan jika ianya berlaku juga, dia reda dengan perkara itu”, jelas Sakinah.

Isu Ashraf, 32, mula hangat diperkatakan selepas sebuah laman forum mendedahkan yang aktor itu akan beristeri dua tidak lama lagi.

wartawan yang menghubungi Sakinah melaporkan, wanita itu menyerahkan segala keputusan di tangan Ashraf sama ada mahu memperisterikannya atau tidak. Sakinah juga terkejut apabila dan sedih apabila perkara itu diketahui umum serta kecoh di internet.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

“Kalau boleh, saya tidak mahu memberikan komen apa-apa kerana Ashraf yang lebih layak untuk bercakap tentang soal ini”, katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bagaimanapun, Sakinah turut kecewa apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendedahkan isi kandungan fail permohonan poligami Ashraf di sebuah mahkamah baru-baru ini. Katanya, individu itu tidak sepatutnya berbuat demikian kerana ia boleh disifatkan sebagai pecah amanah.

Wanita berusia 28 tahun ini turut berkongsi, Ashraf ada menasihatkannya supaya bersabar kerana akan bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini.

Satu sumber memetik bahawa Ashraf dan Sakinah mula bertemu menerusi sebuah program televisyen beberapa tahun lalu dan ketika itu Ashraf masih bujang dan baru berjinak-jinak dengan perubatan Islam.

Ashraf kemudiannya berkahwin dengan anak pengasas pusat perubatan Islam, Al-Hidayah iaitu Noor Dayana Lokman pada Ogos 2011. Namun timbul pula dakwaan selepas itu kononnya Ashraf ingin berkahwin lain disebabkan tiada zuriat dengan Dayana.

Ashraf ketika dihubungi media ketika ini menolak dakwaan rumah tangganya bergolak tetapi mengakui yang dia ada pergi ke mahkmah atas sebab yang dirahsiakan.

Incoming search terms:

Comments

  1. jodoh itu rahsia Allah..huhu

Speak Your Mind

*