banner

Penurunan Harga Kereta Di Malaysia

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

keretaPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat.

“Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-ALLAH, saya akan pastikan setiap janji ditepati,” katanya dalam tweet terbaru beliau hari ini.

Dalam Aku Janji Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, Barisan Nasional (BN) berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara.  – Bernama

____________________________________________________

 Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan telah berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

“Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya di sini hari ini.

Perhimpunan bulanan ini merupakan perhimpunan pertama diadakan bersama pucuk pimpinan baharu selepas pelantikan Kabinet 2013.

Beliau berkata pengurangan harga itu adalah hasil proses pasaran yang mana terdapat peningkatan kecekapan dan persaingan di kalangan pemain industri automotif.

Menurutnya, usaha pengurangan harga kereta haruslah dilaksanakan secara berhemah dan tersusun supaya ia tidak menjejaskan pertumbuhan industri dan peluang pekerjaan yang sedia ada bagi sektor industri terbabit dan berkaitan.

“Oleh itu, kami juga telah melakukan perbincangan dengan syarikat-syarikat pembuat kereta dan mereka juga sedar tentang Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA yang bakal dilaksanakan serta faedah-faedah yang akan diperkenal kepada pengguna,” katanya.

Mustapa berkata pemain industri kini perlu bersedia meningkatkan daya saing dan pengeluaran mereka, sesuai dengan iklim persaingan yang semakin hebat di Malaysia dan luar negara.

Beliau turut menjelaskan bahawa selain usaha menurunkan harga kereta di pasaran tempatan, kerajaan juga melihat keseimbangan lain seperti mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan inisiatif pembinaan pengangkutan awam yang lebih cekap. – Bernama

Speak Your Mind

*