banner

Perkahwinan Izzue Islam Dengan Awin Nurin

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

izzueSEBELUM ini pelakon kacak, Izzue Islam tidak pernah mengiya atau menafikan gosip tentang dirinya yang dikatakan sudah bertunang dengan pengurusnya yang dikenali dengan nama Awin Nurin.

Tiba-tiba, minggu lalu, anggota kumpulan Forteen itu mengejutkan peminatnya apabila mendedahkan bakal berkahwin dengan pengurusnya itu pada 2 Jun ini.

Pelakon drama Sebenarnya Saya Isteri Dia yang sedang hangat ditayangkan di TV3 itu juga mengakui gosip mengenai pertunangannya sebelum ini adalah benar.

Kenapakah penyanyi berusia 24 tahun itu baru kini mengakui tentang perkara itu? Ikuti pengakuan Izzue kepada wartawan

wartawan: Kenapakah selama ini Izzue tidak mengakui sudah bertunang dengan pengurus?

IZZUE: Saya minta maaf kerana terpaksa memilih untuk tidak memberitahu tentang pertunangan saya itu. Sebenarnya saya khuatir kalau tidak jadi kahwin, saya juga yang malu. Saya juga perlu menjaga hati keluarga dan juga keluarga tunang supaya tidak menghebohkan tentang perkara ini sebelum sampai masanya.

Adakah Izzue enggan memberitahu perkara itu (bertunang) kerana takut populariti akan merudum?

Tidak. Jika takut (populariti merudum) saya tidak akan berkahwin pada usia 24 tahun.

Bilakah Izzue mengikat tali pertunangan dengan Awin?

Bulan Jun tahun lepas.

Tidakkah Izzue fikir usia 24 tahun terlalu muda untuk berkahwin? Sedangkan kerjaya anda sedang meningkat?

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Memang Tuhan sudah takdirkan saya kahwin pada usia ini. Insya-Allah, perkahwinan ini tidak akan memberikan kesan kepada kerjaya saya. Peminat masa kini bersikap lebih terbuka. Malah bila mereka tahu saya bakal berkahwin, ramai yang suka dan mengucap tahniah.

Apakah keistimewaan Awin sehingga berjaya menambat hati Izzue?

Dia seorang sahabat yang baik. Dia juga memahami dan faham cara kerja saya.

Berapakah usia tunang Izzue itu?

Rahsia.

Berapa lamakah Izzue dan tunang sudah berkenalan?

Saya sudah kenal dia selama lima tahun.

Boleh kongsikan tentang persiapan kahwin buat masa ini?

Setakat ini persiapan kahwin sudah siap sebanyak 50 peratus. Saya memilih untuk mengadakan satu majlis sahaja iaitu di Shah Alam. Kami akan bernikah pada pagi 2 Jun itu dan majlis persandingan pula akan diadakan pada sebelah tengah hari.

Kenapa di Shah Alam sahaja, bukankah Izzue merupakan anak kelahiran Kelantan?

Di Kelantan cuma buat majlis sambut menantu sahaja selepas majlis resepsi di Shah Alam.

Di manakah lokasi bulan madu Izzue nanti?

Kami tidak merancang lagi kerana saya sibuk menjalani penggambaran. Tetapi saya teringin untuk ke Jepun kerana belum pernah lagi menjejakkan kaki ke sana.

Bolehkah ceritakan perkembangan terbaharu anda dalam bidang seni?

Saya baru sahaja menjalani penggambaran drama 36 episod, Sahabat untuk Astro Ria. Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. itu juga dibintangi oleh Liyana Jasmay dan Sara Ali. Saya juga kini sedang menjalani penggambaran filem adaptasi novel iaitu Suamiku Ustaz.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*