Panas!..

Pendapatan RM5,000 Ke bawah Layak Dapat BRIM 3.0

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

brim2Kerajaan sedang meneliti secara terperinci jumlah kenaikan yang bersesuaian untuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan mengambil kira unjuran kewangan semasa negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, penelitian kenaikan jumlah pemberian itu selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar.

“Kerajaan telah meneruskan BR1M 2.0 pada 2013 sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat Malaysia terutama keluarga yang berpendapatan rendah.

“Satu penelitian menyeluruh dilakukan kerajaan selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) yang bertanyakan bilakah kerajaan akan menunaikan janji meningkatkan jumlah pemberian BR1M dari RM500 kepada RM1,200.

Menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN- Lenggong) mengenai pelaksanaan peningkatan jumlah BR1M, Ahmad berkata, kerajaan berkeupayaan untuk melaksanakan janji itu dalam tempoh lima tahun.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Katanya, kenaikan pemberian itu akan dibentangkan dalam Bajet 2014.

“Pemberian BR1M ini membantu merancakkan ekonomi setempat. Cuba bayangkan dari Perlis hingga ke Sabah, semua kedai runcit dan pasar laku. Perkara ini meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat kerana penerima BR1M sebanyak RM500 dan RM250 (penerima bujang) akan membelanjakannya terus. Mereka tidak menyimpannya dalam bank,” katanya.

Berhubung soalan Datuk Ir. Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan menaikkan had kelayakan penerima bantuan itu daripada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 kepada RM5,000, Ahmad memaklumkan kerajaan sedang meneliti perkara tersebut.

Beliau berkata, kerajaan juga sedang mengkaji semula kaedah penyerahan BR1M kepada isi rumah apabila ada pihak yang mencadangkan penyerahannya dibahagi dua iaitu kepada suami dan isteri.

“Ada yang mencadangkan diberi dua sampul. Katakan kita hendak beri RM600, satu sampul RM300 diberikan kepada lelaki (suami) dan RM300 lagi kepada wanita (isteri).

“Ini kerana ada wanita membuat aduan bantuan itu tidak sampai jika jumlah itu diberikan penuh kepada seorang wakil isi rumah iaitu lelaki, tetapi ini mungkin kes terpencil,” katanya.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top