Panas!..

Wanita Hamil Mati Selepas Makan Lemang Yang Ada Ular Di Dalamnya..??

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

lemangPolis meminta orang ramai agar jangan percaya khabar angin mendakwa seorang wanita hamil mati selepas memakan lemang dipercayai mengandungi ular di dalamnya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, berita itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Sik dan negeri ini sejak seminggu lalu itu adalah tidak benar sama sekali.

Beliau berkata, polis juga menerima maklumat bahawa berita palsu tersebut turut dimuat naik dalam laman sosial dan disebarkan secara meluas dalam internet menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Namun, siasatan awal mendapati berita itu adalah tidak benar, malah mengelirukan pengguna.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Kita juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian seperti itu berlaku di daerah Sik atau tempat lain,” katanya .

Mohd. Ismail mengulas mengenai khabar angin yang tersebar luas mendakwa seorang wanita hamil maut selepas memakan lemang yang dibeli di tepi jalan di daerah itu.

Khabar angin tersebut menyatakan selepas dibelah, batang buluh tersebut mengandungi seekor ular kapak yang dibakar bersama lemang.

Sehubungan itu, Mohd. Ismail mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh atau terus menyebarkan berita palsu tersebut.

“Kita tidak pasti motif penyebar berita palsu ini tetapi saya ingin mengingatkan orang ramai agar tidak terus menyebarkan khabar-khabar angin yang boleh mencemaskan seperti ini,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top