Panas!..

Konsert Akademi Fantasia 2013 Minggu Kedua:Darren Tersingkir

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

 darrenPeserta dari Pulau Pinang, Darren terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang yang berlangsung pada malam Sabtu di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya di sini.

Pengumuman itu dibuat oleh Faizal Tahir.

Darren atau nama sebenarnya Chin Teik Meng, 21, yang menyampaikan lagu nyanyian asal Datuk M.Nasir berjudul Mentera Semerah Padi mendapat undian terendah sebanyak empat peratus (%).

“Terima kasih kerana mengundi saya sebelum ini Kegagalan ini bukan bermaksud saya perlu berputus asa dengan cita-cita saya sebagai penyanyi.

“Walaupun perjuangan sampai di sini kita akan jumpa lagi selepas ini,” katanya pada sidang media selepas siaran langsung konsert berkenaan.

Dalam pada itu, sepuluh lagi peserta yang mara ke minggu seterusnya adalah Nur Nabila Razali (Nabila), 21, Nur Aisyah Aziz (Aisyah), 19, Siti Ruhailah Hussein (Indah), 23, Rasmawatie Mohd Thamrin (Nona), 18, dan Nadia Amira Othman, 20.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Manakala turut mara adalah Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman), 23, Abdul Suhadah Unding (Suhada), 21, dan Mohd Faizul Sani, 28 dan peserta duo perempuan iaitu Irsa Sahabuddin, 26, dan Irmiza Sahabuddin, 23, (Irmisa).

Pada konsert tersebut, pihak AF 2013 membuat kejutan buat Nona membenarkannya pulang ke kampung halaman di Sabah selama sehari selepas mendapati ibunya sedang sakit.

Tiga pengkritik tetap terdiri daripada komposer Roslan Aziz dan Edry KRU serta pelakon Sharifah Amani.

Pada minggu kedua ini, konsert bertemakan Inspirasi 15 Ikon Malaysiadan berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri tenaga pengajar AF 2013 seperti Fizz Fairuz, Shafi Sharif, Alam Wakaka dan Suhaili.

Selain Faizal, AF 2013 turut menampilkan dua lagi tenaga pengajar utama yang dikenali sebagai ‘Inspirer’ iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Melly Goeslow.

AF 2013 bersiaran secara langsung setiap Sabtu pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Maya (135) dan ia dihoskan oleh Zizan Razak.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top