Panas!..

“Orang Hina Isteri Saya Gemuk Dan Bodoh” – Adi Putra

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

ADI PUTRAISU skandal pelakon terkenal, Adi Putra semakin lama semakin hangat diperkatakan apabila ramai yang ingin mengetahui perkara sebenar dari mulut pelakon bertubuh sasa itu.

Setelah lama berdiam diri tanpa menjawab panggilan telefon atau membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak media, akhirnya Adi, 32, tampil pada sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Luah Adi di hadapan pihak media dan juga peminat-peminatnya, 1Hotlovers yang hadir pada hari itu, dia langsung tidak mengenali wanita  itu, malah tidak melarikan diri selepas isu itu hangat diperkatakan.

“Secara jujurnya, saya langsung tidak mengenali wanita itu. Ramai yang bertanya kenapa saya mendiamkan diri. Saya tidak melarikan diri, malah masih muncul dalam acara-acara jemputan seperti biasa,” ujarnya tenang.

Disoal mengapa isu itu (didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita bernama Aida) boleh timbul jika dia tidak mengenali wanita itu, ungkap Adi, ketika kejadian tersebut dia sedang mengerjakan umrah dan tidak mungkin dia melakukan perkara tersebut.

“Dekat sana susah hendak cakap. Macam-macam boleh terjadi kalau kita lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya di Tanah Suci. Allah sahaja yang tahu,” luahnya.

Mengulas lanjut, kata Adi, jika dia melakukan gangguan seksual dia seharusnya direman.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Sebaliknya, dia tidak direman dan hanya diminta ke balai polis sekali sahaja untuk menyerahkan telefon bimbit dan diambil keterangan.

Bagaimanapun, jelas pelakon filem KL Gangster 2 itu, dia tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam pada itu, Adi turut memberitahu, ramai yang mengeji isterinya, Aida Yusof kerana masih tidak membuka mata selepas insiden tersebut.

Luah Adi, dia tidak dapat menutup mulut manusia dalam melemparkan keji dan tohmahan terhadap dirinya dan isteri.

“Ada yang cakap isteri saya gemuk dan bodoh tetapi saya tetap menyayanginya,” ujarnya yang akan bercuti ke luar negara bersama isteri dan anaknya pada penghujung tahun ini.

Adi turut ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan dia suka melayan peminat-peminatnya di laman sosial Twitter dan sering menghantar mesej kepada mereka.

Menjawab mengenai dakwaan tersebut, jelas Adi, dia terpaksa tabah dengan tohmahan yang dilempar kepadanya.

“Memang saya ada menghantar mesej kepada peminat-peminat 1Horlovers tetapi ia sekadar jemputan kepada mereka untuk menghadiri majlis yang melibatkan artis mereka.

“Sejauh mana sosial saya, peminat sahaja yang tahu. Anda boleh menyoal mereka mengenai perkara ini,” luah Adi yang mengakui akan lebih berhati-hati selepas dua kali dikaitkan dengan wanita termasuk pelakon jelita, Nora Danish.

Dalam pada itu, Adi juga memberitahu, dia sudah mendapat taraf penduduk tetap (PR) Malaysia.

“Selama 12 tahun berada di Malaysia dan juga setelah lapan tahun berkahwin dengan isteri saya, Aida Yusof, akhirnya saya mendapat PR,” jelasnya lagi.

"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top