Panas!..

Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

fizoTarikh 10 November ini dipilih oleh pelakon Fizo Omar sebagai detik istimewa untuk menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan, Mawar Abdul Karim, 24.

Berkenalan sejak setahun lalu, Fizo memberitahu tarikh itu telah dipersetujui kedua-dua belah pihak keluarga dan hanya bertunang selama sehari.

“Itu adalah permintaan keluarga, kami akan bertunang dahulu, pada 9 November sebelum dinikahkan pada keesokan harinya.

“Kedua-dua majlis akan berlangsung di rumah Mawar yang terletak di Kajang, Selangor dan untuk majlis resepsi pula kami masih belum membuat keputusan tetapi yang pasti akan berlangsung di tiga buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kelantan,” katanya dalam sidang akhbar di sebuah pawagam di Damansara, di sini hari ini.

Bercakap mengenai persiapan menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, buat masa ini semuanya berjalan dalam keadaan baik, sungguhpun kedua-dua mereka sebenarnya agak sibuk dengan urusan perniagaan masing-masing.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Kami hanya membuat persiapan secara sendiri memandangkan waktu untuk berjumpa itu agak terhad.

“Saya hanya akan bercuti minggu hadapan, manakala Mawar pula sedang sibuk dengan rekaan tudung eksklusif keluaran khas sempena majlis pertunangan dan pernikahan kami nanti,” katanya.

Ditanya mengenai kejutan melamar Mawar di dalam pawagam, menurut Fizo idea ini datang dalam waktu yang singkat. Mahu menjadikannya lebih bermakna Fizo sempat menyiapkan filem pendek lakonannya yang menunjukkan kisah sebelum lamaran ini dibuat. Tanpa diduga Mawar yang pada mulanya beranggapan dia akan menonton filem lain, langsung terkejut apabila melihat kemunculan Fizo di layar.

“Mengapa saya memilih untuk melamar di pawagam adalah kerana saya mahu Mawar tahu ini merupakan dunia saya. Saya memulakan rakaman filem pendek pertama arahan sendiri dan telah disiapkan dua hari lalu,” katanya.

Sementara itu Mawar yang nyata terkesima dengan kejutan itu, memberitahu dia sebenarnya tertarik dengan sikap Fizo yang amat komited dalam setiap hal yang dilakukan.

“Saya tidak sangka akan ada kejutan sebegini dari Fizo, sampai sekarang saya masih terkejut. Sebenarnya sikap Fizo yang tidak pernah putus asa menambat hati saya untuk menerimanya,” katanya.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top