Search Results for: polis trafik

POLIS TRAFIK, KOPERAL MUSTAGHNI TABRI YANG DI REMPUH MAT REMPIT MENINGGAL DUNIA

TAKZIAH

KLANG: Anggota polis trafik, Koperal Mustaghni Tabri yang cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira, di sini, meninggal dunia, Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, yang mengesahkan perkara itu dalam satu sidang akhbar, berkata [Read more...]

POLIS TRAFIK KRTIKAL DI LIBAS MAT REMPIT|”AKAN CARI SAMPAI LUBANG CACING”- ANAK POLIS

MUSTAGHNI...dilibas Mat Rempit.

MUSTAGHNI...dilibas Mat Rempit.

KLANG: “Saya yakin suspek akan ditahan. Klang bukan besar sangat. Diharapkan dia insaf dan menyerah diri kepada polis,” kata Mohd Hafiz, 21, anak sulung Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, kelmarin.

Mustaghni, anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dilibas dengan topi keledar di belakang kepalanya oleh Mat Rempit ketika operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja [Read more...]

POLIS TRAFIK CEDERA DI REMPUH PENUNGGANG MOTOSIKAL

IPOH: Seorang anggota polis trafik cedera selepas dirempuh seorang penunggang motosikal ketika “Ops Samseng Jalanan” di Jalan Sultan Azlan Shah di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, mangsa Koperal Mohd Fazil Ali, 40, yang cedera di tangan kanan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

“Kejadian berlaku pada jam 3 pagi, ketika mangsa bersama beberapa anggota polis trafik sedang menjalankan operasi, apabila salah seorang daripada penunggang motosikal yang ditahan enggan berhenti di sekatan polis lalu merempuhnya,” [Read more...]

POLIS TRAFIK MAUT DI LANGGAR PEMANDU BAS SEKOLAH WANITA

KULAIJAYA 23 Mac – Seorang anggota polis trafik yang bertugas mengawal lalu lintas berhampiran Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini, maut dirempuh sebuah bas sekolah dipandu seorang wanita malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 11.55 malam semasa mangsa, Koperal Ismayuddin Ismail, 50, sedang mengawal lalu lintas berhampiran persimpangan pintu masuk Tambak Johor dari arah Singapura iaitu kira-kira 200 meter dari CIQ.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Sharif berkata, Ismayuddin yang bertugas di cawangan polis [Read more...]

3 ANGGOTA KELUARGA POLIS TRAFIK MAUT KEMALANGAN SELEPAS HADIRI MAJLIS PERKAHWINAN

ABDUL GAFFAR (kanan) melihat keadaan kereta Proton Perdana yang remuk hingga mengakibatkan tiga daripada enam sekeluarga maut di Kuala Kangsar, Perak semalam.

KUALA KANGSAR – Seorang anggota polis trafik yang selalu mengendalikan kes kemalangan maut semalam tergamam apabila mendapati tiga daripada enam ahli keluarganya mati serentak selepas kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler membawa muatan gelung plat besi semalam.

Kejadian pukul 1.15 pagi di Kilometer 253, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora dekat sini mengakibatkan M. Letshumy, 77, anak perempuannya, A. Espury, 60, dan cucunya, R. Naren, 5, mati di tempat kejadian.

Pemandu kereta itu, Dr. S. Ambiggan, 26, dan dua penumpang lain, A. Maruthayee, 53, dan S. Veneswaran, 11, [Read more...]