Search Results for: rumah urut selayang

PIALA FA 2012: KELANTAN DAN SIME DARBY KE FINAL

KELANTAN dan Sime Darby FC melangkah ke final Piala FA 2012.

Sime Darby mara dengan kelebihan agregat 2-1 selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Terengganu pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Selayang malam tadi.

Kelebihan agregat tersebut diperoleh hasil kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Kuala Terengganu minggu lalu.

Kelantan pula melangkah bergaya selepas mencatat keputusan 2-2 dengan Kedah pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor [Read more...]

KISAH CINTA JAMAL ABDILLAH DENGAN DATIN

LIMA tahun hidup menduda tidak menjadi masalah buat Raja Pop, Jamal Abdillah. Kebahagiaan penyanyi berusia 53 tahun itu berpaksikan karier serta dua permata hatinya, Osama Yamani, 11, dan Ahmad Zaki Yamani, 6. Itu merupakan alasan dia terus berjalan sambil melewati harinya.

Umum mengetahui, Jamal yang sudah melebihi tiga dekad mencatur nasib sebagai anak seni, jarang terpalit gosip cinta. Cuma kebelakangan ini, dia didakwa menjalin hubungan cinta dengan wanita berstatus Datin.

Jamal ketika diminta mengulas isu itu secara berseloroh mendakwa dia punya banyak Datin tetapi mereka hanyalah peminatnya. Pada waktu yang sama, dia turut mengaku berkawan rapat dengan sebilangan daripada [Read more...]

PENCULIKAN ANAK JUTAWAN DENGAN TEBUSAN 1.5 JUTA DI DALANGI INSPEKTOR POLIS

SHAH ALAM – Trauma seorang anak jutawan yang dikurung dalam sebuah rumah di Rawang dekat sini selepas diculik sekumpulan lelaki yang meminta wang tebusan RM1.5 juta dipercayai didalangi seorang Inspektor polis berakhir apabila dia diselamatkan kelmarin.

Mangsa culik seorang lelaki berusia 34 tahun dan bekerja sebagai pengurus projek di sebuah syarikat pembinaan milik bapanya diselamatkan pada pukul 6.30 pagi selepas dia diculik pada 22 Mac lalu.

Bapa mangsa yang berusia 60 tahun merupakan pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan.

Mangsa semasa diselamatkan tidak mengalami kecederaan teruk. Dia yang lemah dan ketakutan dihantar ke Hospital [Read more...]

DATUK BELASAH MENANTU DAN LARIKAN CUCUNYA

GOMBAK: Seorang datuk sanggup membelasah menantu lelaki di rumahnya di Batu Caves, di sini sebelum melarikan cucunya berusia dua tahun, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa berusia 40 tahun dan tinggal berdua dengan anak lelakinya itu terkejut apabila pintu rumahnya diketuk bapa mentuanya itu dengan kuat sebelum terdengar jeritan memanggil namanya dengan nada kasar.

Menurut sumber, mangsa yang pelik dengan perlakuan bapa mentuanya yang berusia 60 tahun terus [Read more...]

PEMBUNUHAN KONSTABEL POLIS: DENDAM DISYAKI PUNCA PEMBUNUHAN

KUALA LUMPUR: Dendam dipercayai punca pembunuhan seorang anggota Unit Risikan Jenayah, Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) Negeri Sembilan yang ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dan muka berhampiran Bulatan Batu Caves di sini, awal bulan ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata polis sudah menahan dua suspek bagi membantu siasatan kes itu, dan sedang memburu seorang lagi suspek dipercayai kenalan mangsa yang menghilangkan diri sejak pembunuhan berkenaan.

Suspek dikenali sebagai Karunagaran Asaithamby, 27, dengan alamat terakhirnya di No 6-G, Jalan 10 A, Selayang Baru, [Read more...]