banner

Search Results for: almari pakaian kanak kanak

IBU KURUNG ANAK SELAMA 54 BULAN DALAM ALMARI PAKAIAN

BANDAR OKLAHOMA – Seorang wanita ditahan polis selepas anak lelakinya yang berusia 14 tahun mendakwa dikurung di dalam almari pakaian selama empat tahun setengah, kata polis kelmarin.

Seorang pengawal keselamatan di sini menghubungi polis selepas remaja itu mendapatkan pertolongannya setelah berjaya melarikan diri dari rumah pada Jumaat lalu.

“Dia lapar, kotor dan mempunyai banyak kesan calar. Saya sangat sedih,” kata Sarjan Gary Knight.

Remaja itu dihantar ke hospital untuk diperiksa sebelum diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan [Read more...]

KANAK KANAK 3 TAHUN MAUT KENA BASUH DALAM MESIN SEBAGAI DENDA KERANA NAKAL

GAMBAR Bastien dan jambangan bunga yang diletakkan berhampiran kediaman keluarganya, semalam.

PARIS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas bapanya memasukkannya ke mesin basuh dan menghidupkan suisnya sebagai hukuman.

Christophe Champenois, 33, dituduh mengikat tubuh kanak-kanak itu, Bastien yang telanjang bulat dan dimasukkan ke mesin basuh di kediaman keluarga terbabit dekat Paris. Champenois dikatakan ingin menghukum kanak-kanak itu selepas [Read more...]

Faizal Tahir simpan baju superman 3 Almari

 

Gambar pinjam dari google..hehe

 

Penyanyi Faizal Tahir yang sinonim dengan watak Superman menyimpan baju T lambang superhero tersebut sebanyak tiga buah almari.

Koleksi baju-bajunya itu terdiri daripada baju-T yang dibelinya sendiri atau yang diterima sepanjang dia dilantik menjadi duta DC Comics Super Heroes, Malaysia.

“Ada yang saya sangkut dan lipat. Tapi sejak akhir-akhir ini nampaknya kena lipat sebab jumlahnya semakin banyak dan almari pun sudah penuh.

“Selain baju, saya juga ada koleksi kasut dan barang-barang lain seperti patung dan aksesori. Semuanya menjadi koleksi peribadi kesayangan saya,” katanya kepada¬†mStar Online ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Butik DC Comics Super Heroes yang terbesar di Asia, di pusat beli-belah Pavilion di sini, baru-baru ini.

Menurut Faizal yang popular dengan lagu Mahakarya Cinta, dia meminati watak Superman kerana adi wira itu banyak mempengaruhi zaman kanak-kanak dan zaman remajanya.

[Read more...]