Search Results for: bayaran brim

Pembayaran BRIM 2014 Pada Pertengahan Bulan Feb

Seramai 7.9 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada pertengahan bulan depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengagihan bantuan berkenaan akan membantu mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan meyakinkan namun tidak dinafikan rakyat menghadapi masalah berhubung kenaikan harga barang.

“Kerajaan sedang menangani cabaran ini dengan pelbagai langkah yang diumumkan termasuk program melibatkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Kita juga menunggu hasil daripada kajian makmal yang akan mencadangkan langkah tambahan untuk mengurangkan beban rakyat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, selain itu, kerajaan turut melihat kepada masalah rantaian pembekalan yang wujud kerana mungkin ada pihak pemborong menaikkan harga kepada peruncit dan pada bukan dasar berpatutan.

Katanya, kerajaan juga mengambil maklum bahawa kesan musim tengkujuh menyebabkan sesetengah harga barangan itu dinaikkan.

“Namun dengan langkah yang sedang dan akan diambil kerajaan, kita akan dapat membendung perkara itu,” katanya.

Permohonan BRIM 2014|Cara Memohon BRIM 2014

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
“Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut,” kata kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

7 JUTA ISI RUMAH, INDIVIDU BUJANG DAPAT BR1M 2.0

brim 2.0

brim 2.0Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang bakal memperoleh bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, mulai 1 Februari ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bagi tujuan itu, sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk membolehkan pembayaran dibuat melalui Pejabat Daerah dan Pejabat Pegawai Pembangunan Zon di seluruh negara.

“Tahun lalu kita sudah mengagihkan BR1M kepada 4.1 juta isi rumah dan mereka masih layak untuk diberikan BR1M [Read more...]

KEMASUKAN KE PLANETARIUM NEGARA PERCUMA MULAI 2012

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Januari depan orang ramai yang mengunjungi galeri pameran Planetarium Negara tidak akan dikenakan sebarang bayaran berbanding RM1 ketika ini.

Menurut kenyataan Planetarium Negara kemasukan percuma itu adalah bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai bidang astronomi dan sains angkasa.

Bagaimanapun terdapat perubahan harga tiket bagi menyaksikan Pertunjukan Planetarium.

Berdasarkan laman sesawang Planetarium Negara bermula 1 Jan harga tiket untuk Pertunjukan Planetarium bagi dewasa [Read more...]