Search Results for: berita kebakaran rumah

WANITA MAUT MELECUR DALAM KEBAKARAN DI PPRT DESA RANJANG

BEGINILAH keadaan dalam rumah Tuty Suriyaty yang maut manakala suaminya kritikal selepas melecur teruk dalam kebakaran di Setapak Jaya, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah maut manakala suaminya seorang pengawal keselamatan kritikal apabila kedua-duanya melecur teruk selepas disambar api dari dapur rumah mereka yang terbakar di tingkat 15 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Ranjang, Setapak Jaya di sini semalam.

Kejadian pukul 1.30 petang itu menyebabkan Tuty Suriyaty Abd. Manan, 34, maut selepas melecur hampir 95 peratus [Read more...]

WARGA EMAS MATI DALAM KEADAAN MENYAYAT HATI DALAM KEBAKARAN DI HULU LANGAT[GAMBAR]

BULATAN menunjukkan mayat Mohd. Ali ditemui dalam keadaan membongkok di bawah katil selepas rumahnya terbakar di Hulu Langat kelmarin.

HULU LANGAT – Mayat seorang warga emas ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila berada dalam keadaan membongkok di bawah katil dipercayai cuba menyelamatkan diri sebaik rumahnya di Kilometer 25.7, Dusun Tua, Hulu Langat di sini terbakar kelmarin.

Mayat Mohd. Ali Hassan, 67, ditemui dalam keadaan sedemikian di bawah katil yang terletak di ruang tamu rumahnya [Read more...]

SURI RUMAH MAUT TERHIDU ASAP TEBAL DALAM KEBAKARAN DI PANGSAPURI RAMPAI COURT

Gambar Hiasan, Tak ada kaitan dengan artikel

 Seorang suri rumah maut dipercayai terhidu asap tebal dalam satu kejadian kebakaran di Pangsapuri Rampai Court Wangsa Maju, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa Sar Thien Fun, 43, melecur tangan kiri sebelum ditemui mati di ruang [Read more...]

Sejarah Nahas Udara Di Malaysia

penumpang Malaysia Airlines MH370 penerbangan Kuala Lumpur-Beijing masih tidak diketahui.

Apa yang diketahui ialah pesawat terbabit merupakan sebuah Boeing 777-200 yang berusia 11.8 tahun.
Secara purata, pesawat MAS Boeing 777 mampu beroperasi selama 14.2 tahun.

Menurut laporan AP hari ini, Boeing 777 merupakan antara pesawat paling popular dan selamat dan berkemampuan untuk terbang selama 16 jam.

Boeing 777 mempunyai rekod keselamatan yang amat baik selama 19 tahun beroperasi sehingga tahun lepas.

Pada Julai 2013, sebuah Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Korea Selatan Asiana Airlines terhempas di landasan kapal terbang di San Francisco.

Tiga nyawa terkorban dalam insiden itu.

‘Nahas udara Tanjung Kupang’

Dua nahas udara pernah berlaku yang melibatkan pesawat MAS.

Kes nahas pertama dan paling teruk dalam sejarah MAS melibatkan kapal terbang MAS 653 yang terhempas di  Tanjung Kupang dan mengorbankan 100 nyawa.

Pada Disember1977, kapal terbang MH 653 (Boeing 737-2H6) berlepas pada 7.21 petang dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang di Kuala Lumpur.

Pada 7.46 petang, juruterbang Kapten G.K. Ganjoor semasa mendekati landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang melaporkan kepada menara kawalan mengenai kehadiran seorang “perampas yang tidak dikenali” di dalam pesawat.

Insiden dilaporkan kepada serta-merta kepada pihak berkuasa yang membuat persediaan kecemasan.
Namun, beberapa minit kemudian kapten Ganjor memberitahu menara kawalan bahawa beliau akan mengalihkan perjalanan ke Singapura pula.

Malangnya, pesawat MH653 tidak berjaya mendarat di negara itu.

TANJUNG KUPANG
Nahas udara MH653 di Tanjung Kupang

Rakaman suara kokpit mendedahkan suara jeritan dan bunyi pintu kokpit diceroboh. Rakaman tersebut memaparkan berlakunya kekecohan dan kakitangan keselamatan pesawat juga kedengaran cuba mengawal pesawat.

Pada 8.15 malam, semua komunikasi dengan pesawat MH653 terputus.

Pada 8.36 malam, penduduk di Kampung Ladang, Tanjung Kupang melaporkan satu letupan dan kebakaran di paya bakau berdekatan, di mana bangkai MH653 ditemui.

Nahas tersebut meragut semua nyawa di dalam pesawat, termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia.

Terdapat spekulasi mengatakan bahawa Tentera Merah Jepun yang bertanggungjawab untuk rampasan pesawat tersebut. Bagaimanapun, spekulasi ini tidak pernah disahkan.

‘Nahas udara Tawau’

Kes nahas udara kedua melibatkan MAS adalah di Tawau yang mengorbakan 34 nyawa dan mencederakan sembilan orang di darat.

Pada September 1995, pesawat Malaysian Airlines Fokker 50 terhempas ketika cuba mendarat di landasan lapangan terbang Tawau.

Pesawat dilaporkan terlajak landasan dan terhempas di kawasan perumahan berdekatan.

Saksi dan kakitangan MAS di lapangan terbang Tawau berkata mereka terdengar satu letupan yang kuat dan kapal yang terbakar tersebut merempuh 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti, berhampiran dengan lapangan kapal terbang.

tawau
Bangkai Malaysian Airlines Fokker 50 yang terhempas di Tawau pada September 1995

Menurut laporan siasatan, kemalangan itu mungkin disebabkan oleh kegagalan juruterbang mengikuti prosedur operasi standard (SOP). Laporan itu juga menunjukkan kegagalan pembantu juruterbang untuk memberi amaran kepada kapten tentang pengendalian tidak selamat dan juga gagal mengambil alih kawalan pesawat itu.

Satu lagi faktor yang menyumbang kepada nahas itu ialah kegagalan pengawal penerbangan memberikan perkhidmatan trafik udara yang betul.

Pada bulan Oktober 2013, pesawat Twin Otter yang lebih kecil yang dikendalikan oleh MASwings, terhempas apabila mendarat di Sabah.

Pembantu juruterbang dan seorang penumpang terbunuh dalam insiden itu.

KEDAI PENYANYI HANGUS TERBAKAR DI WANGSA MAJU

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

“Saya hampir pengsan melihat api menjulang memusnahkan kedai makan yang saya usahakan selama 10 tahun,” kata bekas anggota kumpulan 2 By 2, A Halim Mamat, 37, menceritakan detik cemas kebakaran kedai makan miliknya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan kedai makanan Thai yang diusahakan Halim bersama isteri yang juga bekas penyanyi kumpulan Genuine, Norsalawati Karman, 35, musnah.

Menurut Halim, ketika kejadian dia sedang tidur apabila tiba-tiba dikejutkan Norsalawati dan memaklumkan [Read more...]