Search Results for: brim 1 malaysia kali kedua

BR1M Dimansuhkan, Digantikan Dengan Satu Kaedah Baru

brim
 brimKerajaan mengkaji untuk memperkenalkan kaedah baru yang lebih sesuai dan berkesan dengan rasionalisasi subsidi kerajaan bagi menggantikan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Kajian termasuk bentuk bantuan yang akan diberikan untuk diperkenalkan pada 2015, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Kita sedang melakukan beberapa kajian bagaimana untuk meneruskan BR1M dan bentuk bantuan yang akan diberikan. Kerajaan berharap menjelang 2015 dapat memperkenalkan satu model baru dan mengaitkannya dengan rasionalisasi subsidi kerajaan, katanya selepas melancarkan Skim Pembiayaan Harta Intelek (IFPS) oleh Malaysian Debt Ventures Bhd (MDV), di sini semalam.

Ahmad Husni berkata model rasionalisasi subsidi baru yang bakal diperkenalkan kelak akan menjadi lebih berkesan berbanding format semasa.

Ini adalah tempoh penyesuaian (BR1M) kerana dalam tempoh jangka panjang, perkara paling mustahak bukanlah bantuan dalam bentuk BR1M, bantuan persekolahan atau baucar pendidikan tinggi, sebaliknya pendapatan serta tangga gaji rakyat.
Matlamat itulah yang disasarkan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), katanya sambil menambah, pelaksanaan ETP bukan sekadar bermatlamat menarik lebih banyak pelaburan dan mewujudkan persekitaran positif bagi perniagaan, malah memberi tumpuan meningkatkan paras pendapatan isi rumah.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan pendapatan tertakluk kepada keupayaan syarikat menyediakan gaji yang lebih tinggi kepada pekerja.

Itulah sebab kerajaan kini mensasarkan pelaburan teknologi tinggi yang bukan saja mampu menawarkan gaji lebih tinggi, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada isi rumah, katanya.

Menerusi BR1M 2.0 tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM2.9 bilion yang memberi manfaat kepada 6.8 juta penerima. BR1M 2014 dijadual diberikan mulai Februari depan kepada sehingga 7.9 juta penerima membabitkan peruntukan RM4.6 bilion.

Pendaftaran permohonan BR1M 2014 bermula Isnin depan sehingga 31 Januari 2014 bagi pemohon baru yang tidak pernah berdaftar sebelum ini.

Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak perlu mendaftar kali kedua kecuali mengemaskini maklumat kerana kerajaan bercadang menyalurkan bantuan terus kepada akaun bank penerima.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma Isnin ini di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN www.hasil.gov.my.

Incoming search terms:

BRIM Tidak Patut Dilanjutkan

brim2Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini Selasa.

“Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.

“Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi,” katanya sambil menambah: “Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan.”

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.

Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.

“Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat,” katanya.

Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.

Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama. – BERNAMA

Incoming search terms:

BRIM 2014 Akan Dinaikkan Tetapi Bukan RM1200

brim2Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Katanya perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

“Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan [Read more...]

Incoming search terms:

PELAJAR IPT TIDAK LAYAK TERIMA BRIM 2.0

brim2

Pejabat Menteri Kewangan pada Isnin menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.

Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar diseluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada Isnin.

“Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta,” [Read more...]

Incoming search terms:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA[BRIM 2.0]|SYARAT PERMOHONAN BRIM 2.0

brim2

Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan [Read more...]

Incoming search terms: