Search Results for: daftar masuk blogger

Daftar e-Kasih bukan penentu kelayakan terima bantuan

Pendaftaran terbuka data keluarga miskin dalam sistem maklumat kemiskinan negara (e-Kasih) bukan penentu kelayakan untuk mereka menerima bantuan di bawah program pembasmian kemiskinan yang dijalankan Kementerian dan agensi berkaitan.

Klik button untuk ke Portal e-kasih
Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) berkata ini kerana e-kasih bukanlah badan yang memberi bantuan, seperti mana tanggapan banyak pihak.

Pendaftaran terbuka hanya menentukan samada bancian terperinci layak dijalankan atau sebaliknya, kata kenyataan ICU JPM pada selasa.

Maklumat dalam e-kasih boleh digunakan untuk perancangan projek bagi penyaluran projek dan penyertaan projek oelh semua agensi yang diberikan akses.

e-Kasih ditubuhkan pada 2007 sebagai sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat nasional bagi memudahkan agensi agensi pemberi bantuan yang memilih golongan yang betul betul la6ak menerima bantuan di bawah program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan.

Kriteria menenukan status kemiskinan adalah pendapatan garis Kemiskinan (PGK) dan PGK per kapita isi rumah yang telah ditentukan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam e_kasih berasaskan kepada Bancian Isi Rumah Miskin (BIRM) yang telah dilaksanakan dalam dua fasa selain melalui kaedah pendaftaran terbuka iaitu atas talian (online) atau laman sesawang www.ekasih.gov.my.

Bancian Fasa 1 yang dijalankan pada Disember 2007 sehingga Jun 2008 mendapati seramai 181,564 isi rumah telah didaftarkan dengan 44,643 isi rumah dalam kategori miskin tegar, 53,557 isi rumah dalam Kategori Miskin dan selebihnya 83,364 mudah miskin.

Fasa II bancian yang dijalankan pada Januari 2008 sehingga Julai 2009 pula mendapati seramai 46,976 isi rumah telah didaftarkan dan daripada jumlah itu 6,366 isi rumah dalam kategori miskin tegar , 13,476 isi rumah dalam kategori Miskin dan selebihnya 27,134 mudah miskin.

Sehingga 14 Jan 2011, sejumlah 195,493 kes dibawah pendaftaran terbuka telah diterima dan daripada jumlah itu 89,359 kes telah dibuat bancian, 66,377 kes tidak layak dibuat bancian dan selebihnya 39,757 sedang dibuat bancian
sumber : Daily Express

Incoming search terms:

Pelik! Hantu pun Ada Laman Sosial??

hantu

hantuPelik! Orang yang sudah mati pun boleh merasa kesepian di dalam kubur mereka, dan di laman web Ghost Singles ianya boleh menyelesaikan masalah itu.

Tentu sahaja ini hanya sebuah jenaka, namun dalam laman web ini hantu boleh mendaftar secara percuma untuk mencari cinta. Sesama hantu bujang dapat dating dengan hantu lain dengan usia lebih daripada 1,000 tahun, dan boleh mencari hantu berdasarkan pada bagaimana mereka mati, apakah mati mendadak, tragis, misteri atau mengerikan.

Ciri lucu lain termasuk berbual, mereka yang tidak dapat mencari pendamping hidup mungkin akan mencari kekasih hantu ketika sudah meninggal.

Jika anda adalah hantu,anda boleh mendaftarnya disini ghost singles! kikiki…

hantu2

sumber

Guru Guru yang banyak hutang boleh menarik nafas lega

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menawarkan skim pinjaman mudah kepada kira-kira 500,000 tenaga pengajar dan kakitangan sokongan seluruh negara bagi melupus pelbagai hutang bank termasuk mereka yang disenarai hitam.

Yayasan itu, yang dilancarkan dua bulan lalu, juga sedia menawarkan kemudahan itu kepada pendidik yang terbabit dengan pinjaman syarikat tidak berdaftar bagi menjamin keselamatan mereka daripada ancaman penagih hutang atau ‘along’.
Pada masa ini, YGMB, dengan keahlian seramai 129,124 termasuk 77,000 ahli seumur hidup, mempunyai aset dan simpanan bernilai RM45 juta, dan kempen menambah keahlian giat dijalankan melalui pengedaran risalah di sekolah, jabatan pelajaran, laman sesawang, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga siaran media.

Berikutan itu YGBM sedang memperkasa kempen menambah bilangan keahlian di seluruh negara bagi memudahkannya menyalurkan pelbagai bantuan dan kemudahan untuk dinikmati 400,000 tenaga pengajar dan 100,000 tenaga sokongan, di seluruh negara.

Pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pihaknya akan segera bertemu dengan 27 pertubuhan pendidik termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) bagi mendaftarkan mereka dalam YGMB sekali gus membincangkan isu kebajikan tenaga pengajar.

Katanya, kajian mendapati ramai pendidik terutama di kawasan bandar dibebani hutang dan segelintir mereka terpaksa berurusan dengan ‘along’ bagi menyelesaikan masalah kewangan masing-masing.
Alimuddin berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan ramai tenaga pengajar meminta ditukarkan ke negeri lain semata-mata mahu melarikan diri daripada cengkaman peminjam wang tidak berdaftar yang menuntut hutang, sehingga mengancam keselamatan keluarga mereka.

Beliau berkata, YGMB menyediakan skim pinjaman mudah berjumlah RM30,000 bagi membolehkan pendidik menyelesaikan semua atau sebahagian hutang peribadi dan kad kredit .

“Bagi menikmati kemudahan ini, mereka (tenaga pengajar dan kakitangan sokongan terbabit) perlu mendaftar dengan YGMB dan membayar yuran bulanan RM10 atau tahunan RM120 menerusi skim potongan gaji,” katanya pada sidang media selepas taklimat dengan kira-kira 100 pengetua sekolah dan pentadbir Jabatan Pelajaran Selangor, di sini, semalam.

Alimuddin berkata, selain kemudahan pinjaman peribadi bagi melupus hutang, YGMB juga menyediakan beberapa kemudahan lain antaranya pinjaman membeli hartanah, menunaikan umrah dan melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Katanya, semua ahli yayasan itu juga menikmati beberapa kemudahan asas seperti khairat kematian, derma siswa pelajaran, bantuan kemalangan dan bencana alam.

“Yayasan mensasarkan seramai 100,000 ahli baru menjelang akhir tahun ini bagi memperkasa pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan Koperasi YGMB termasuk di sektor pertanian dan perumahan,” katanya.

Kepada guru2 yang berminat dan ingin tahu lebih lanjut bolehlah ke http://ygmb.com.my/

Incoming search terms:

PTPTN : Terma dan syarat permohonan PTPTN

TERMA DAN SYARAT
PERMOHONAN PEMBIAYAAN PTPTN

A. Syarat-syarat Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN
    Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:  
1. Pemohon adalah warganegara Malaysia; 
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; 
3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata 
pelajaran; 
4. Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA
3.0 dan ke atas; 
5. Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang 
telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi; 
6. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada 
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan; 
7. Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang 
disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah 
diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara (5) di atas;  
8. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun; 
9. Pembiayaan pendidikan PTPTN memerlukan dua (2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung 
pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan; 
10. Tidak mempunyai penaja lain;dan 
11. Jumlah keseluruhan pembiayaan yang telah diperoleh pelajar dengan mengambil kira pembiayaan yang 
akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00. 

  B. Dokumen Sokongan
    Setiap permohonan mestilah dilampirkan bersama SATU SALINAN dokumen sokongan yang telah 
DISAHKAN seperti berikut:
1. Maklumat Permohonan Pembiayaan. (boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di laman web Permohonan 
Online yang didaftar oleh Pelajar) Dokumen ini tidak perlu disahkan. 
2. Kad Pengenalan pemohon; (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama)  
3. Surat Tawaran dari IPT:  
4. Sijil SPM (salinan transkrip keputusan peperiksaan SPM hanya diterima jika tidak melebihi tempoh DUA 
TAHUN dari tahun peperiksaan kepada tahun pembiayaan PTPTN dibuat); 
5. Sijil kelayakan masuk lain (contoh: STPM/Diploma/Matrikulasi/Ijazah Sarjana(Master) (surat pengesahan 
tamat pengajian dari IPT perlu disertakan jika pemohon belum menerima sijil dan tiada pengesahan tamat 
pada transkrip peperiksaan);  
6. Buku/Penyata nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing; 
7. Slip Gaji atau Kad Pesara Kerajaan atau Borang Cukai Pendapatan atau Surat Pengesahan Pendapatan / 
Surat Pengesahan Tidak Bekerja Ibu Bapa/Penjaga dan Pasangan Penjaga/Pemohon dan Pasangan; 
8. Kad Pengenalan / Passport ibu dan bapa kandung; 
9. Sijil Kematian / Akuan Sumpah sekiranya ibu atau bapa kandung meninggal dunia atau tidak dapat dikesan;
10. Surat Pengesahan/Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/Pusat Zakat, sekiranya 
pemohon/ibu/bapa/penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan; dan 
    Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen 
sokongan berikut diperlukan:
1. Surat Pengesahan masih belajar dari IPT; dan 
2. Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya. 
    (Setiap dokumen sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan oleh 
pegawai yang layak).     Pegawai yang layak mengesahkan dokumen adalah seperti berikut: 
Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengamal UndangUndang, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, Pengetua, Guru Besar Sekolah(sekolah kerajaan 
sahaja), Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf 
dn ke atas, Penghulu, Ketua Kampung, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum atau Mukim yang 
bertauliah.



sumber : website PTPTN

Incoming search terms:

Hari Terakhir undi Calon Top 25 AF9

Lima calon dari Sabah berada di lima Tangga teratas calon lelaki dan wanita bagi sistem undian untuk memilih 25 calon pelajar Akademi Fantasia musim ke sembilan (AF9)


Setakat Jam 12 Tengah hari pada Rabu, adik kepada bintang AF4 Diddy Hirdy iaitu Kay berada di tangga teratas untuk calon lelaki dengan 9630 undian.

Peserta Sabah iaitu Lena pula mengatasi wanita lain untuk berada di atas dengan undian berjumlah 7216.

Undian undian bagi menentukan calon Top 25 pelajar AF9 dari senarai 40 Calon peserta Lelaki dan wanita akan berakhir hari ini (Khamis) menerusi  laman web rasmi astro www.akademifantasia.com.

Apapun, sebelum mengundi, anda perlulah log masuk atau mendaftarkan diri sebagai ahli astro.com.my. Sehari anda hanya boleh mengundi sekali saja untuk setiap video.

Undilah sekarang kerana tarikh tutup untuk mengundi akan berakhir pada hari ini bersamaan dengan 3 Mac ini. Kesemua calon Top 25 pelajar AF9 akan diumumkan pada April depan.

Keputusan undian setakat jam 12 tengah hari (2 Mac 2011)


Top 5 Lelaki
1. Kay, Kuala Lumpur-9630
2. Alfi, Kuala Lumpur-8632
3. Arie, Sabah- 7604
4. Amud, Sabah-7122
5. Raqib, Melaka-5301


Top 5 Wanita
1. Lena, Sabah-7216
2. Eka, Selangor-7087
3. Ira, Sabah-7162
4. Hani, Sabah-6934
5. Aida, Melaka-5404



sumber : Murai.com dan Daily express

Incoming search terms: