Search Results for: daun urat selari

Tumbuhan dan Kegunaannya dalam mengubati penyakit

Hai..salam 1 Malaysia dan Salam hujung Minggu


Ellen nak jadi tabib terkenal Malaysia..boleh ker..hahahaa….tak ler kan…cuma nak berkongsi saja dengan kawan2 sealam maya semua..kot2 boleh di jadikan sesuatu yang berguna…ini semua pun pasal anak Ellen ni , C Nemo yang masih tak begitu sembuh dari asmanya….

Rupanya banyak plak tumbuh tumbuhan yang kita nampak bertempiaran kat luar rumah atau pun di mana mana, kadang kala kita pijak pijak plak kan…so, jumlah kita mulakan untuk menyayangi benda2 ni kerana ianya baik untuk kita,..wah!!

okies…Ellen nak kongsikan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tapi mungkin bukan semua sekali so ellen akan bahagikan kepada beberapa bahagian…semua ni juga untuk rujukan dan simpanan Ellen..kalo korang2 tidak mo baca atau bosan nak baca…just klik “X” dan blah…hahhaaa..kalo nak baca…Stay Tuned….hehehe…

Yang Ellen maksudkan ialah ini.:-
PUDINA

Daun Pudina merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.
Nama Tempatan
Pudina
Nama Saintifik
Mentha arvensis
Nama Lain
Bo He (china), field mint
Famili
Labiatae / lamiacea
Pudina , sejenis tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan barat seperti ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana baunya.
Ia sejenis tumbuhan kecil(tutup bumi) yang membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya.
Tumbuhan ini mempunyai aroma yang kuat.
Sekarang pudina banyak ditanam secara kormersial di Malaysia kerana permintaan yang tinggi
Kegunaan
Pudina telah lama digunakan dibarat sebagai penawar untuk penyakit seperti batuk. Ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian.
Dalam perubatan cina pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia biasanya digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam selesema.
Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan mengubat penyakit seperti ruam kulit . Ia juga digunakan untuk mengurangkan tekanan.

tumbuhan ini senang ditemui ditempat lembap.  Daunnya boleh dimakan sebagai ulam.  Di Barat pudina digunakan sebagai penawar penyakit spti batuk.  Ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian.  Dalam perubatan Cina pula pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk.  Boleh mengubati penyakit berkaitan paru2 seperti demam selesema dan juga elok untuk membuang angin dalam badan dan juga mengubati penyakit ruam kulit. (kredit to :http://bayuu.blogdrive.com)

SERAI MAKAN

 Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.

Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand)Lemongrass (Inggeris)
Famili : Graminae
Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China.  Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat.  Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom.  Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm.  Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari.  Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.
Khasiat dan Kegunaan : Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera.

Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati.  Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’.  Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide.  Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%.  Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.

Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain..  Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

Bagi kegunaan tradisi, serai digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah membuang air kecil. Bagi mengubati sakit kepala dan sengal-sengal, daun serai haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di dahi (bagi sakit kepala) atau bahagian-bahagian tubuh yang terasa sengal. Bagi sakit perut dan masalah membuang air kecil pula, daun dan akar serai haruslah direbus dan diminum air rebusan tersebut. Selain daripada itu, batang serai pula boleh digunakan untuk menambahkan keharuman di dalam makanan. Di samping itu juga, ekstrak daripada akar serai boleh digunakan sebagai pewangi di dalam syampu dan minyak wangi. Ia juga boleh digunakan di dalam air mandian bagi menyegarkan tubuh badan. (kredit to :http://pkukmweb.ukm.my)

DUKUNG ANAK
NAMA HERBA: Dukung Anak
NAMA SAINTIFIK : Phyllanthus Niruri

Tumbuh terbiar di sekeliling rumah dan bersama tumbuhan lain. Tumbuhan ini berbuah pada batang di bawah daun. Mempunyai ketinggian 50- 70 cm. Batangnya tumbuh menegak dan daunnya tumbuh secara majmuk dan berselang-seli antara 6 – 10 mm. Pokok ini berbatang lembut dan bercabang-cabang. Setiap cabang ditumbuhi daun berbentuk tunggal. Daunnya bujur, panjang dan di hujungnya tajam. Permukaan bawah daunnya terdapat biji-biji kecil yang berwarna hijau muda. Mempunyai bunga di bahagian bawah dan di atas daun.

KEGUNAAN:

Mujarab untuk masalah hati, ginjal, batuk, luka, lebam, ulser dan cirit-birit. Ia juga baik untuk demam kuning bayi baru lahir. Selain daripada itu boleh mengubati masalah sembelit , membersihkan darah dan menurunkan kolesterol badan. Mengubati sakit saluran kencing , batu karang, masalah hati, ginjal, penyakit hepatitis dan demam kuning kanak-kanak. Mengurangkan tekanan darah tinggi, mengawal diabetis dan menghalang sakit hempedu.


Incoming search terms: