Search Results for: doa selepas majlis bertunang

Luahan Hati Bekas Tunang Sakinah|Ashraf Muslim Punca Sakinah Putus Tunang

bekas tunang sakinah

bekas tunang sakinahMASIH belum reda mulut orang berkata tentang majlis perkahwinan mengejut antara Ashraf Muslim dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai lalu, kini timbul isu baru yang jauh lebih mengejutkan.

Ini kerana, Ashraf bukan sahaja dikatakan kahwin kali kedua tanpa keizinan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, malah turut didakwa punca berlakunya putus tunang antara Sakinah dengan bekas tunangnya.

Melalui rancangan Melodi di TV3, bekas tunang Sakinah, 29, yang tidak mahu dinamakan telah muncul memberitahu tentang pertunangannya dengan wanita itu yang sebelum ini terputus gara-gara Ashraf, 32, menjalinkan hubungan dengannya.

Beliau turut mendakwa yang hubungan Ashraf dengan Sakinah terjalin sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada isteri pertamanya, Dayana.

“Rasanya hubungan antara Sakinah dengan Ashraf bermula bukan sembilan bulan selepas Ashraf berkahwin, malah sebelum dan semasa Ashraf dalam pertunangan dengan tunangnya (Dayana) dan saya dan Sakinah masih bertunang.

“Pada masa itu saya memang frust (kecewa), kerana saya sudah hampir berkahwin. Memang takdir telah menentukannya tapi macam mana takdir pun mesti ada sebab dan alasannya dan salah satu sebab pertunangan kami terputus kerana dia (Sakinah) ada hubungan dengan Ashraf

“Dan pertunangan saya dan Sakinah terputus 25 hari sebelum mereka melangsungkan perkahwinan,” katanya.

Bagaimanapun, bekas tunang Sakinah itu tetap menarik nafas lega apabila apa yang diperkatakannya sebelum ini bukanlah fitnah sebaliknya kenyataan.

“Alhamdulillah, apa yang Ashraf nafikan sebelum ini akhirnya terbongkar. Apa yang pernah saya suarakan sebelum ini dipersoalkan oleh orang luar sama ada saya memfitnah, tapi sekarang sudah terbukti.

“Sebelum ini apa yang saya cakap tidak dipercayai orang lain kerana mereka menganggap Ashraf seperti ustaz, tapi Alhamdulillah, akhirnya terbongkar,” ujarnya yang turut bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Dayana.

Tidak berdendam dengan Sakinah meskipun hubungan yang terjalin tidak ke jinjang pelamin, beliau tetap mendoakan kebahagiaan Ashraf dan Sakinah sehingga ke akhir hayat.

Namun, apa yang diharapkan oleh beliau agar Ashraf tidak lari dengan apa yang berlaku sebaliknya bersikap seperti lelaki budiman kerana apa yang dilakukan (berpoligami) tidak salah.

“Ashraf patut berterus terang dan sedia menghadapi pihak media dan orang ramai,” jelas beliau.

Sebelum ini, Ashraf dan Sakinah mengemparkan industri hiburan tanah air apabila dikatakan kahwin lari di Thailand pada 7 Julai lalu.

Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, tampil memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf.

Ashraf dan Dayana bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011, namun sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.

Perkahwinan Saiful Bukhari Dengan Nik Suryani[Gambar]

sa

sa Dengan sekali lafaz Saiful Bukhari Azlan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman,33, di sini pada Sabtu.

Tampil dengan baju Melayu serba putih, Saiful yang dilihat tersenyum sepanjang majlis akad nikah yang diadakan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang Sabtu.

sa2Nik Suryani juga tampil jelita dengan busana sedondon tajaan pereka [Read more...]

LUAHAN HATI|KEKECEWAAN ALIFF AZIZ TENTANG PERTUNANGAN ANNE NGASRI

alif aziz

Penyanyi Aliff Aziz mendedahkan hatinya benar-benar terluka selepas bekas kekasihnya Anne Ngasri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40, yang dijadualkan pada 22 Disember depan.

Lebih memilukan kata Aliff, dia dan Anne pada dasarnya telah bersetuju dengan menetapkan bulan Disember ini untuk diijabkabulkan sebagai suami isteri.

“Ketika masih menjalinkan cinta bersama, kami merancang untuk menamatkan hubungan ini dengan sebuah ikatan perkahwinan pada Disember depan.

“Memang perancangan itu menjadi tetapi sayangnya lelaki yang dipilih Anne bukanlah saya tetapi orang lain.

“Sebelum ini, Anne pernah berkata bahawa saya adalah cinta terakhirnya dan jika jodoh kami tidak menjadi, [Read more...]

PERNIKAHAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE|PERKAHWINAN FARID KAMIL-DIANA DANIELLE

Diana (2)

PETALING JAYA: Setelah berteka teki mengenai tarikh perkahwinan, pasangan pelakon Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, akhirnya mengesahkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 November depan.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Farid pada pra tonton filem PE3 terbitan Metrowealth Movie Productions di sini, pada malam Isnin.

“Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Farid memberitahu dia memilih bulan November untuk melangsungkan perkahwinan kerana Diana dilahirkan pada 21 November.

“Ini secara tidak langsung saya dapat meraikan hari jadinya,” katanya.

Mengulas lanjut, Farid memberitahu majlis pernikahan tersebut akan berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang, Kuala [Read more...]

LAN A TO Z BAKAL BERNIKAH DENGAN AIN BULAN DEPAN

Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, dari Dengkil, Selangor.

Ditemui di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM) di sini [Read more...]