banner

Search Results for: drama drama lakonan azlee khairi

NAD ZAINAL INGIN TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH DALAM BIDANG LAKONAN

NAD ZAINAL

Selepas dikenali menerusi drama Memberku Hawa, pelakon Nad Zainal atau nama sebenarnya Nadia Zainal Abidin, 22, terus melangkah lebih jauh dalam dunia lakonan dengan menerajui drama terbaru, Bukan Bidadari.

Tawaran kali kedua memegang watak utama dalam slot Lestary di TV3 itu merupakan peluang sangat bermakna buat Nad Zainal yang sudah menceburi bidang seni sejak 2007.

Namun, Nad Zainal berkata dia agak gementar untuk menanti reaksi penonton terhadap lakonannya dalam drama bersiri [Read more...]

Incoming search terms:

Senarai Pemenang Anugerah Festival Kuala Lumpur 2014

Populariti drama bersiri ‘Love You Mr Arrogant’ nyata masih berterusan hingga kini apabila dinobatkan sebagai Drama pilihan di malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL2014) yang berlangsung di Hotel Royale Chulan pada malam Sabtu lalu.

Drama yang menampilkan gandingan pelakon Azlee Khairi dan Zara Zya ini telah menewaskan beberapa drama popular lain seperti ‘Ruby’, ‘Diandra, ‘Karlos’ dan ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’.

Malah teraju utama ini juga telah menerima dua anugerah lain iaitu Pasangan Hero & Heroin Pilihan dan Pelakon Lelaki Pilihan.

Acara kemuncak anugerah ini telah diserikan dengan persembahan hebat artis tanah air seperti Awie dan Erra Fazira, Nomad, Jaclyn Victor, Black dan Hyper Act.

Sebelum ini, DFKL juga telah mengadakan bengkel selama dua hari di Pusat konvensyen Berjaya Times Square khusus menyentuh mengenai penggarahan, lakonan dan komposisi sesebua drama. di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square. Bengkel selama dua hari itu mendapat sambutan yang cukup menggalakan daripada orang ramai.

Berikut Kami kongsikan senarai penuh pemenang-pemenang DFKL 2014 :

1. Drama Pilihan – ‘Love You Mr. Arrogant’

2. Pengarah Drama Pilihan – Raja Ahmad Alauddin (‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’)

3. Pelakon Wanita Pilihan – Nur Fathia Latif (‘Diandra’)

4. Pelakon Lelaki Pilihan – Azlee Khairi (‘Love You Mr. Arrogant’)

5. Barisan Pelakon Pilihan Drama Pilihan – ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’

6. Pasangan Hero & Heroin Pilihan – Azlee Khairi & Zara Zya (‘Love You Mr. Arrogant’)

7. Penulis Skrip Drama Pilihan – Mufid Suhaimi (‘Dalam Setiap Sujud’)

8. Drama Pendek Pilihan – ‘Singh Susu’