Search Results for: erma fatima dan suami

“Saya Restu Dan Izinkan”- Erma Fatima|Komen Erma Fatima Dengan Perkahwinan Suaminya

bade3

bade3RAMAI yang menantikan reaksi penerbit drama, Erma Fatima apabila mendengar khabar suaminya berkahwin lain di negara jiran.

Dalam kenyataan kepada Pancaindera, Erma Fatima menjelaskan yang dia tahu akan perkahwinan yang berlangsung dan merestui hubungan baru suaminya itu selain tidak mahu menghalang kebahagiaan insan tersayang.

“Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu ‘kan soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri”

“Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia”

“Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu,” jelas Erma Fatima.

Bade telah bernikah beberapa bulan lalu dengan Aida Abdul di negara jiran.

Majlis persandingan telah diadakan di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu dan dihadiri oleh rakan artis seperti Datuk Rosyam Noor.

Incoming search terms:

Erra Fazira Doa Jodoh Yang Baik Bekas Suami Yang Kini Terisi Hatinya

Erra Fazira. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Erra Fazira. - Foto Halimaton Saadiah SulaimanKetika ini selepas gosip mengaitkan Erra dengan Shahir, bertebaran pula cerita yang mahu menyaksikan Primadona Filem Melayu itu menjalinkan hubungan dengan Awie selepas rakan hero Sembilunya itu berdepan dengan masalah rumah tangga.

Ia sesuatu yang tak mustahil terjadi. Malah selepas digandingkan semula bersama di pentas teater di Istana Budaya menerusi projek Suara Kita, Erra dan Awie seterusnya akan bergandingan di layar perak menerusi Warna Cinta Impian terbitan Touch Tronics Entertainment Sdn Bhd.

Bagaimana pun temubual yang sempat dilakukan bersama Erra ini bukan bertujuan untuk bertanyakan mengenai kebarangkalian beliau mungkin kembali bercinta dengan Awie tetapi mengenai bekas suaminya, Engku Emran yang sudah bertemu pengganti.

“Hubungan dengan bekas suami masih baik. Semuanya berjalan lancar dan topik utama semestinya mengenai perihal anak. Kami masih berkomunikasi seperti biasa. Komunikasi itu boleh saya katakan lebih baik daripada sebelum ini. Saya tumpang gembira dengan beliau yang kini sudah terisi hatinya. Beliau pun sangat terbuka dan kami ada bercakap mengenal hal itu. Doa saya yang baik untuknya,” katanya.

Erra hari ini (16 Ogos) terbabit dengan pementasan teater Bahayanya Wanita yang pernah dipentaskan di Istana Budaya dan dipentaskan semula di Singapura. Teater arahan Erma Fatima itu turut mengekalkan pelakon lama seperti Umie Aida, Nora Danish, Zizan Razak, Ziela Jalil dan turut menampilkan Raja Ema.

Erma Fatima Bakal Bercerai?

erma4

erma4 Penerbit dan pengarah terkenal Erma Fatima menyangkal dakwaan yang mengatakan dia bakal failkan cerai terhadap suaminya Badaruddin Azmi atau nama panggilannya Bade.

“Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu?

“Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar,” selar Erma yang dipetik dari mStar.

Jelas Erma, 46, dia tidak tahu siapakah dalang yang menyebarkan khabar angin tersebut dan malas untuk mengambil pusing mengenai gosip tersebut.

“Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata.” Terdahulu, gosip Erma mahu memfailkan cerai mula timbul apabila Erma sebelum ini mengakui memberi keizinan kepada suaminya untuk berkahwin seorang lagi pada Mac lalu.

Erma dan Bade yang telah berkongsi hidup sebagai pasangan suami isteri sejak 24 tahun lalu mempunyai lima orang anak angkat.

Erma Fatima Sedia Berjumpa Dengan Madunya

erma2

erma2Pengarah terkenal, Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad bersedia untuk berjumpa dengan isteri baru suaminya, Aida Abdul yang dikhabarkan telah bernikah kira-kira 2 bulan yang lalu di negara jiran.

Menurutnya, keizinan untuk bermadu memang telah lama dipersetujui dan dia pernah mencari calon yang sesuai untuk suaminya namun ditolak.

“Saya bersedia untuk berjumpa dengan isteri baru Bade iaitu madu saya secara terancang mahupun kebetulan, saya serahkan kepada suami saya bagaimana cara pertemuan itu.

“Saya tak tahu kenapa kali ini Bade tak suruh saya pergi tunangkan atau pun tidak, itu semua kena tanya dia, saya minta hal ini tidak disensasikan lagi dan saya anggap ianya telah selesai,” “ katanya dalam rancangan bual bicara HLive Apa Kata Malaysia.

Meskipun Erma Fatima mengetahui perkara ini, kekuatan dari anak-anaknya adalah keyakinan utama bagi dirinya untuk meneruskan kehidupan dan berkarya untuk teater mahu pun drama terbitannya.

“Saya tahu ramai yang memberi tafsiran yang negatif mengenai poligami, tapi apa yang berlaku terhadap diri saya perlulah dilihat secara positif yang berkemungkinan saya mempunyai kekurangan pada diri Bade,” jelas Erma lagi.

Dia juga turut mengakui dirinya sangat “workaholic” dalam menguruskan kerjayanya namun di rumah dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan hormat Bade selaku khalifah untuk menguruskan hal keluarganya. — Sumber: Hlive

Incoming search terms:

Gambar Kahwin Bade Dengan Isteri Baru, Aida Abdul|Erma Fatima Redha Bermadu

bade3

bade2Pengarah dan penerbit filem terkenal, Erma Fatima memberitahu bahawa dirinya merestui dan memberi keizinan kepada suaminya, Bade Hj. Azmi untuk berkahwin seorang lagi dengan seorang wanita yang dipercayai bernama Aida Abdul.
Baru-baru ini berita perkahwinan mereka berdua telah tersebar luas apabila Bade dan isteri keduanya itu telah bernikah beberapa bulan lalu di negara jiran.

Ternyata ramai yang menantikan reaksi Erma apabila mengetahui akan berita ini dan Erma ternyata cekal dan redha apabila merestui hubungan baru suaminya itu dan tidak mahu menghalang kebahagian insan tersayang.

“Saya restu dan dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapat kebahagiaan itu. Kasih sayang itu kan soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.

“Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu,” jelas Erma seperti yang dipetik dari sebuah portal media tempatan.

Selain itu, Erma, 46, turut menjelaskan mengenai sifat baik dan tanggungjawab suaminya itu kepada anak-anaknya dan cukup bersyukur mempunyai Bade sebagai insan bernama suami.
Terdahulu, majlis persandingan Bade dan Aida telah diadakan di Cherating, Pahang pada 27 Mei yang lalu dan dihadiri oleh rakan artis dan di antaranya adalah Datuk Rosyam Noor.

Incoming search terms: