Search Results for: gambar botol minuman keras

ISU GAMBAR ANAK DHANI MEROKOK DAN MINUM ARAK: DHANI SALAHKAN MAIA

PESTA Halloween yang dirayakan Ahmad Ghazali atau Al, putera sulung Ahmad Dhani dan Maia Estianty nampaknya telah mengundang banyak persepsi bukan sahaja kepada keluarganya malah masyarakat umum.

Ini kerana telah tersebar beberapa keping gambar Al yang sedang memegang botol arak serta merokok, sedang usianya masih terlalu mentah iaitu 14 tahun!

Parti tersebut telah diadakan di kediaman Maia, mantan isteri Dhani. Lantas Dhani menyalahkan Maia atas perbuatan [Read more...]

REMAJA 18 TAHUN DIPERKOSA BAKAL ABANG IPAR

gambar hiasan

KUCHING: Seorang remaja bukan saja dipaksa meneguk minuman keras hingga mabuk, malah turut dirogol bakal abang iparnya dalam kejadian di rumah sewa di Jalan Sultan Tengah, di sini.

Mangsa berusia 18 tahun mendakwa kejadian itu berlaku tiga minggu lalu, namun hanya membuat laporan polis malam kelmarin. Menurut sumber, mangsa mendakwa, kejadian itu berlaku apabila bakal abang ipar berusia 20-an itu turut mengugut memukul mangsa menggunakan botol jika enggan melayan nafsu serakahnya.

“Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya.

“Dalam laporan dibuat pada jam 9 malam semalam (kelmarin), mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di rumah sewa [Read more...]

PUNCA UTAMA KEMATIAN WHITNEY HOUSTON TELAH DI KENAL PASTI

LOS ANGELES – Legenda pop wanita Amerika Syarikat (AS), Whitney Houston (gambar) mati mungkin disebabkan pengambilan dadah, ubat-ubatan dan minuman keras yang berlebihan, menurut laporan koroner dalam dokumen setebal 42 muka surat.

Menurut dokumen tersebut, dia mengambil dadah dan ubat-ubatan itu sebelum lemas dengan mukanya menghadap ke dalam tab mandi, kata pegawai koroner dalam satu laporan terbaharu.

Ia memberikan butiran terperinci berbanding laporan awal yang dikeluarkan sebelum ini.

Pada bulan lalu, satu laporan siasatan menyimpulkan bahawa Houston maut kerana lemas secara tidak sengaja [Read more...]

Bir Halal dikesan mengandungi alkohol berlebihan

Bir Halal jenama istak (pic ellen ambil dari google)..maaf kalo salah gambar..hehee

Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

[Read more...]