banner

Search Results for: gambar keluarga sharnaaz ahmad

Komen Nelydia Senrose Tentang Isu Adegan Romantiknya Dengan Sharnaaz

nely

nelyPelakon Nelydia Senrose menjelaskan keputusan menerima tawaran bagi melakonkan adegan romantik atau mesra dalam sesebuah drama atau filem merupakan keputusannya sendiri tanpa melibatkan pihak lain termasuklah kekasihnya Qi Razali.

Nelydia, 20, berkata, sebagai wanita yang sudah dewasa, dia tahu menjaga batasan ketika berlakon asalkan ia tidak menjejaskan maruah diri  dan keluarga.

“Segala keputusan menerima sesebuah tawaran adalah daripada diri saya sendiri. Dia (Qi Razali) tiada hak untuk tentukan limit kepada saya. Dia pun tak pernah meletakkan apa-apa batas kepada saya apabila saya berlakon.

Tak perlu ada orang untuk mengajar saya untuk masuk campur urusan lakonan saya. Soal personal saya, ia letak tepi,”  katanya kepada mStar Online.

Nelydia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang adegan mesra antara dia dengan pelakon utama drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Sharnaaz Ahmad yang dikatakan keterlaluan.

Adegan-adegan tersebut didakwa menimbulkan perasaan cemburu oleh kekasihnya Qi Razali apabila melihat gambar-gambar lakonan mereka dimuat naik oleh pelakon lelaki tersebut di laman sosial Instagram.

Katanya, dalam hubungan percintaan salah faham merupakan sesuatu yang normal, bagaimanapun perkara tersebut sudah diselesaikan secara baik.

Dalam pada itu, Nelydia turut mengakui ada beberapa babak lakonannya bersama Sharnaaz yang agak keterlaluan.

Namun, katanya ia hanyalah sebagai memenuhi tuntutan watak yang tertulis dalam novel asalnya.

“Ya, saya akui ada babak lakonan kami yang agak keterlaluan, tetapi itu hanya kehendak novel yang memerlukan kami memberikan yang terbaik”, katanya.

Bercerita tentang pengalaman melakonkan watak Mastura dalam drama tersebut, Nelydia berkata ada babak yang membuatkan dia malu untuk melakonkannya.

Katanya, babak yang memerlukan dia mengusap perut dan bercakap dengan bayi yang dikandungnya itu membuatkan dia segan dengan diri sendiri.

“Saya tidak pernah mengandung, banyak kali diulang kerana saya sukar untuk fokus dan segan dengan diri sendiri,” ujarnya.

Drama bersiri 60 episod itu dibarisi pelakon seperti Iqram Dinzly, Datuk Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Chew Kin Wah, Adeline Tsen dan Tony Eusoff.

Ia telah disiarkan sejak 9 Disember 2013 di Astro Mustika

Incoming search terms:

SIKAP PANAS BARAN SHARNAAZ TERKAWAL SEJAK BERTEMU DENGAN UNCLE JEFF

sharnaaz jeff

Pelakon kelahiran Pulau Pinang, Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan sikap panas baran mengakui sikap negatifnya itu semakin terkawal selepas bertemu dengan suami kepada penyanyi Noraniza Idris, Ustaz Jeffri Haji Hudi.

“Dari kecil saya memang seorang yang sangat panas baran, namun sekarang saya sudah mula berubah. Sejak bertemu dengan Uncle Jeff, sekitar tahun ini, dia banyak memberi nasihat kepada saya dan Alhamdulillah, sikap panas baran saya semakin terkawal.

“Uncle Jeff juga turut berpesan jika saya rasa marah, dia suruh saya pergi ambil wuduk,” ujar Sharnaaz dalam masa sama turut mengakui sikap yang dimilikinya itu sedikit sebanyak membuka peluang lakonan kepada dirinya.

“Alhamdulillah, rezeki saya semakin bertambah. Tidak dinafikan, bila dianugerahkan sikap panas baran ini, ia turut mengubah kehidupan dan kerjaya saya di mana saya meraih lebih banyak tawaran lakonan yang memerlukan saya [Read more...]

Incoming search terms:

SHILA AMZAH KINI NEKAD BERHIJAB[GAMBAR]

SHILA

Shila Amzah kini tampil berhijab.  Khabar gembira ini dikongsi oleh Shila bersama peminat melalui akaun Twitter miliknya @Shilaamzah. Bagi yang masih tidak percaya atau mengganggap penampilan Shila ini hanya bersifat sementara, jangan terburu-buru membuat kesimpulan. Ini kerana Shila punya penjelasan berhubung perkara ini.

“Keinginan untuk memakai hijab sebenarnya sudah lama terlintas di fikiran iaitu kira-kira dua bulan lalu. Namun, ketika itu hati saya masih berbelah bahagi kerana risaukan karier nyanyian. Saya bimbang peluang kerja menjadi terhad. Namun, apabila Ramadhan bermula, saya cuba biasakan diri berhijab dan syukur pada [Read more...]

Incoming search terms:

PENGAKUAN SHILA AMZAH-GOSIP CINTANYA DENGAN SHARNAAZ AHMAD

PENYANYI Shila Amzah, 21, tidak pernah mengaku bercinta dengan mana-mana lelaki yang dikaitkan dengannya sebelum ini. Justeru agak luar biasa apabila dia mengakui dirinya sangat selesa bersama dengan aktor Sharnaaz Ahmad, 26, dan hubungan mereka pula kini melepasi status hanya kawan.

Pengakuan berani mati Shila yang ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini membuktikan memang benar ada sesuatu yang istimewa sedang berlaku antara dirinya dan Sharnaaz.

Malah akuinya, hubungan mereka mendapat restu ibu bapa Shila serta diketahui oleh keluarga Sharnaaz di Pulau Pinang juga.

Keterbukaan Shila itu cukup mengejutkan kerana dia memang dikenali cukup berahsia mengenai soal peribadinya. Mungkinkah Sharnaaz lelaki yang dicintai Shila sepenuh hati dan bakal dinikahinya sehingga membuatkan dia terbuka apabila berbicara bab cinta?

Jika Sharnaaz dalam kenyataannya semalam tidak mengakui mahupun menafikan Shila adalah kekasih hatinya, tetapi [Read more...]

Incoming search terms: