banner

Search Results for: gambar lelaki melayu kahwin lelaki orang putih

Kisah Cinta Mak Mah Dengan Suaminya, Al Fatah Rahim

mak mah

mak mahJODOH, ajal dan maut adalah perkara di luar bidang kuasa manusia kerana semua itu ketentuan daripada-Nya. Manusia tidak pernah tahu apa yang akan berlaku dan kita juga tidak menduga dalam meniti usia emas, Allah masih mempertemukan kita dengan jodoh yang tidak dijangka.

Tiada apa yang perlu dimalukan kerana cinta dan kasih sayang tidak pernah mengenal usia, setiap insan memerlukan teman untuk disayangi dan menyayangi. Tatkala cinta mengetuk pintu hati, dua jiwa berbeza akan disatukan dengan lafaz akad nikah dan adalah menjadi tanggungjawab pasangan berkenaan untuk melayari bahtera kehidupan rumah tangga.

Apa yang berlaku kepada Ruminah Sedik, 68, atau lebih dikenali sebagai Mak Mah adalah dengan izin-Nya. Pelakon veteran itu bertemu jodoh sewaktu mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu pastinya menjadi kenangan terindahnya.

Ternyata pada peringkat usia emas bukan penghalang buat Mak Mah untuk berkahwin kali keempat dengan pasangannya, Al Fatah Rahim, 70.

Sehubungan itu, tidak hairanlah apabila kedua-dua pengantin baharu itu memilih untuk menjalani ibadah haji di Tanah Suci sebagai hadiah bulan madu.

“Kami jumpa di situ (Mekah) semasa sedang sarapan pagi, jadi kami rasakan mahu berbulan madu di sana dengan mengerjakan haji,” jelas Mak Mah ketika ditemui selepas majlis akad nikah di rumah abang iparnya di Taman Berkat, Meru, Klang, Sabtu lalu.

Sebelum itu, dengan sekali lafaz akad nikah di depan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Masjid As-Syarif, Meru, Mohd. Jani Salman, Mak Mah sah bergelar isteri kepada Al Fatah yang merupakan peneroka Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan pada kira-kira pukul 9.20 pagi.

Kedua-duanya mengenakan baju Melayu lengkap berwarna serba putih.

Pelakon tersebut menerima mas kahwin sebanyak RM300 tanpa wang hantaran serta tujuh dulang berupa sejadah, kek, senaskhah Al-Quran, beg tangan, kasut, air minuman dan telekung.

Sebagai balasan, suaminya yang merupakan peneroka Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan, menerima tujuh dulang hantaran juga iaitu set wangian, kek, tepak sirih, sepersalinan pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan.

Semasa majlis bersanding dan makan beradab, mereka memilih warna tema ungu termasuk pakaian dan dekorasi.

Kemesraan di antara kedua-dua mereka jelas kelihatan dan tanpa rasa kekok, Mak Mah dan Al Fatah saling memanggil pasangan masing-masing dengan gelaran Sayang.

Menurut mereka, buat apa mahu disorok-sorok perkara tersebut kerana merupakan satu realiti, bukannya sengaja mahu menunjuk-nunjuk.

“Dalam perbualan telefon pun kami panggil satu sama lain dengan nama Yang (Sayang). Ini benda betul,” kata Mak Mah dengan disahut gelak ketawa oleh tetamu dan petugas media yang mendengarnya.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga berhubung perkahwinan mereka, Mak Mah memberitahu, memang pada mula niat sucinya itu mendapat bantahan daripada anak-anak.

Bagaimanapun jelas Mak Mah, selepas memberi penerangan dan menyatakan hasrat tersebut dengan baik, anak-anak akhirnya boleh menerima hakikat itu.

Sehubungan itu, dia tidak putus-putus melahirkan kesyukuran kerana majlis pada tarikh 17 Mei 2014 tersebut berjalan lancar.

Mak Mah sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali termasuk dengan Allahyarham AR Tompel.

Hasil tiga perkahwinannya itu, Mak Mah dikurniakan enam orang anak termasuk pelakon Adlin Aman Ramlie serta 20 cucu.

Bagi Al Fatah pula, ini merupakan perkahwinannya yang ketiga dan mempunyai 20 anak serta 30 cucu.

Tidak sekat Mah Mah terus berlakon

JIKA sudah minat, apa sahaja halangan atau dugaan pasti sanggup dihadapi.

Berpegang kepada prinsip itu, Al Fatah Rahim tidak akan sesekali menghalang isteri yang baharu dikahwininya, untuk terus berlakon.

Katanya, tiada guna menghalang Mak Mah sedemikian kerana bidang lakonan sudah menjadi darah daging dalam diri isterinya.

“Saya tidak halang dia berlakon malah saya akan beri galakan.

“Itu kerja dia. Saya reda,” katanya apabila ditanya jika Mak Mah mahu meneruskan kerja sebagai pelakon selepas ini.

Menurut Al Fatah, perkara tersebut tidak menjadi masalah baginya memandangkan dia menerima segala-gala yang ada pada isterinya itu.

“Allah beri (jodoh), saya terima,” jawabnya ringkas.

Al Fatah dan Mak Mah mula berkenalan semasa mengerjakan umrah di Tanah Suci, kira-kira dua bulan lalu.

Pada suatu pagi ketika mahu bersarapan, Al Fatah sedang tercari-cari tempat duduk. Secara kebetulan kerusi di sebelah Ruminah kosong lalu dia mempelawa Al Fatah duduk dan dari situlah bermula detik perkenalan mereka.

Ditanya mengenai detik pertemuan pertama dengan isterinya itu, Al Fatah memberitahu, dia sendiri tidak menyangka Mak Mah sudi berkenalan memandangkan dirinya hanya seorang peneroka.

Malahan Al Fatah sendiri terkejut bagaimana dia boleh berkawan dengan seorang seniwati terkenal.

“Memang saya terkejut. Saya seolah-olah tidak tahu apa yang sedang berlaku ketika itu.

“Saya peneroka, dia seniwati. Jadi sampai sekarang saya tertanya-tanya bagaimana saya boleh berani mendekatinya,” ujarnya.

Al Fatah menambah, majlis persandingan di sebelah pihak pengantin lelaki akan berlangsung pada 14 Jun ini di rumahnya di Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan.

‘Diserang’ peminat dalam ladang getah

DISERBU penduduk yang mahu melihatnya dari dekat mungkin antara pengalaman sukar dilupakan buat Mak Mah.

Kejadian itu berlaku semasa Al Fatah membawanya melawat ladang getah miliknya di Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Masa itu dia (suami) nak bawa saya tengok-tengok kebunnya tetapi penduduk kampung yang tahu kehadiran saya terus datang mengerumuni, terus tidak jadi,” katanya sambil ketawa.

Al Fatah merupakan peneroka Felda berkenaan dan mengerjakan ladang getah yang kini menunggu tempoh matang untuk menerima hasil.

Mak Mah impi bulan madu bersama suami, Al Fatah di Mekah

MUNGKIN tiada perkataan yang boleh digunakan bagi menggambarkan perasaan seorang anak apabila melihat emak yang disayanginya hidup bahagia.

Bagi pelakon, Adlin Aman Ramlie, dia bersyukur kerana kesepian hati ibunya, Mak Mah kini terubat selepas bertemu jodoh dengan Al Fatah Rahim.

Dia berharap kedua-dua mereka dapat mengisi masa lapang bersama-sama dan tidak lagi berseorangan seperti sebelum ini.

“Tahniah buat emak dan pasangannya (Al Fatah). Saya doakan mereka berbahagia hingga akhir hayat.

“Semoga mereka sama-sama dapat mengisi masa lapang seperti pergi ke masjid untuk beribadah dan sebagainya.

“Semoga mereka juga mendapat cahaya mata baharu,” katanya secara bergurau.

Secara berjenaka juga Adlin Aman memberitahu, memandangkan sudah mendapat keluarga baharu, dia sendiri tidak pasti di mana hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

“Tidak tahulah raya tahun ini nak sambut di mana.

“Saya ada banyak pilihan iaitu di Meru, Perak (kampung isteri) dan Negeri Sembilan (kampung bapa tiri),” katanya.

Incoming search terms:

Perkahwinan Saiful Bukhari Dengan Nik Suryani[Gambar]

sa

sa Dengan sekali lafaz Saiful Bukhari Azlan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman,33, di sini pada Sabtu.

Tampil dengan baju Melayu serba putih, Saiful yang dilihat tersenyum sepanjang majlis akad nikah yang diadakan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang Sabtu.

sa2Nik Suryani juga tampil jelita dengan busana sedondon tajaan pereka [Read more...]

Incoming search terms:

GAMBAR PERKAHWINAN LISA SURIHANI DAN YUSRY ABDUL HALIM

PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, pengarah dan penyanyi, Yusry Abdul Halim, 39, sah bergelar suami kepada pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed, 26.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh [Read more...]

Incoming search terms: