banner

Search Results for: gambar menyapu lantai

MAYAT BAYI DALAM PLASTIK DITEMUI DALAM LONGKANG DI SANGKA PATUNG[GAMBAR]

Mayat bayi yang diikat dengan plastik ditemui peniaga di dalam longkang.

Mayat bayi yang diikat dengan plastik ditemui peniaga di dalam longkang.

SELAYANG – Seorang peniaga pisang goreng terkejut kerana plastik yang disangkakan mengandungi patung kanak-kanak rupa-rupanya mayat seorang bayi lelaki yang ditemui di longkang berhampiran tempat niaganya sekitar Selayang Baru di sini jam 1.30 petang, semalam.

Menceritakan kejadian, saksi yang dikenali Norlisa Abdullah berkata, dia ketika itu sedang menyapu lantai kedainya untuk memulakan operasi perniagaan dan secara kebetulan menjenguk longkang yang berada di sebelah gerainya.

“Ketika ingin bersihkan lantai berhampiran longkang itu, saya terlihat suatu bungkusan yang mengandungi kepala bayi [Read more...]

Incoming search terms:

NEMO DI PATUK ULAR

Kejadian ni dah agak lama..just share kat sini…..ini berlaku time ellen balik kampung hubby baru baru ni…almaklumlah rumah kampung…masa tu hubby ngan nemo sibuk membersihkan rumah yang penuh ngan habuk…nak tahu habuknya…hmm…tak yah citer la…sebab masa tu Jalanraya depan rumah sedang di turap.



Gambar rumah kampung ni ellen godek dari uncle googel…TQ



Masa tu hubby ellen sedang menyapu2 dan nemo ni dengan rajinnya memungut benda benda yang bersepah kat lantai….nak di jadikan cerita, masa p jalan2 kat Langkawi hari tu, nemo ada minta untuk dibelikan mainan ular ni..dia bawa benda ni ke mana saja dia pergi, sampaikan orang yang melihatnya ada yang terteriak….hehhee…mainan je lah!!![itupon nak teriak ker..padahal!!ellen sendiri pun geli]—-abaikan..hehhe
ellen g sembunyi ular ni….

Ok..so sedang pungut benda2 ni,.,,nemo nampak ular ni…yang disangkanya mainan dia yang agak lama sudah dicarinya, waktu tu ellen sedang ada kat beranda rumah, tengah kemas kemas juga kat sana…tiba tiba dengar nemo ni teriak….DADDY…….ULAR!!!!!..dan ellen pon dengan membuang benda yang ada kat tangan berlari ke dalam rumah….sempat tengok jap ular tu masih melekat kat tangan Nemo….Daddynya tarik ular ni dan buang ke luar….heboh juga ketika tu kerana nemo dah nak pengsan….sibuk la jiran menjiran mencari penawar sambil hubby ellen menyediakan kereta untuk membawa nemo ke Klinik berhampiran…

Masa tu ellen pun tak tahu nak buat apa jer…so pakcik sebelah rumah ni ambiklah limau purut dan sapukan ke tangan nemo..waktu tu nemo dah lemas.,,,lagilah kami risau….so bila kereta dah sedia..ellen angkat nemo ni masuk ke dalam kereta dan hubby pecut ke klinik swasta berhampiran….waktu tu hari Ahad dan Klinik Kerajaan tak buka…sampai ke klinik tersebut…ellen mendaftarkan diri dan memberitahu nurse bertugas,…
Adoi!!lamanya mereka ni nak buat keputusan atau nak bwa jumpa Dr…sedangkan ni dah kes teruk…kritikal juga la…so nurse klinik tu kuar dengan selamba tanya apa jenis ular yang patuk so hubby gtau la ini dan itu..ellen ada snap gambar ular ni..so ellen bagi lah tengok…berlenggang lagi nurse ni masuk jumpa dr dengan Hp ellen di tangan…lepas tu keluar dan katakan “En, bagus kamu bawa anak kamu ke hospital kerajaan sekarang di Bahagian kecemasan…anak Encik ni dah tiada harapan, kami nda jamin sudah ni “….dupp!!!jantung ellen berhenti sebentar…ellen menangis dan mengamuk sket …hehhee…”Why, sekarang baru u ol gtau, kami dah tunggu setengah jam baru cakap anak sa nda da harapan..”…Nurse tu diam saja..tak jawab apa pun….

Dr yang bertugas langsung tak keluar pun tengok anak saya punya keadaan…so kami pun kelam kabut angkat nemo yang dah lemah..paling hebatnya, sempat lagi nurse tu panggil, “Puan, bayaran consultation RM15.00″….Ellen terkejut gila…”What? tanpa buat apa2 and u ask for RM15.00″ dengan suara yang berteriak dan emosi ellen benar benar tercabar dan ellen teriak kat sana …tanpa mempedulikan pesakit2 lain…rasanya ellen dah di luar diri ellen…”IF something happen to my son, saya tak akan maafkan kamu semua”..suara ellen teresak2 masa tu…air mata lancar ja membasahi pipi ellen….kalo mak2 atau sapa2 lain juga akan rasa cam tu agaknya atau adakah yang masih boleh bersabar….

Ellen dan Hubby langsung pecutkan kereta ke Hospital Ibu dan Kanak2 di Likas, Kota Kinabalu, Hubby drive macam pemandu Formula 1 sudah….ellen cuma menangis dan memangku nemo sahaja, waktu tu nemo dah tak sedarkan diri…

Sampai sahaja kat Unit Kecemasan, Nemo terus di bawa masuk ke dalam bilik rawatan.  Kat sana nemo di beri suntikan yang nak hilangkan bisa ular tersebut. Lebih kurang 2 jam selepas itu barulah nemo sedar dari pengsan tadi…syukur…anak ellen tak der apa2….dia lah satu satunya yang ellen ada dan tak mungkin ellen dapat teruskan hidup kalau berlaku apa apa ngan dia….

Moral of the story sini ialah jangan kita biasakan anak kita dengan barang barang permainan yang menyerupai binatang2 yang berbisa contohnya Ular, Kalajengking atau buaya ker…sebab anak tersebut tidak akan takut bila berdepan ngan benda2 ni…mereka sangka ini semua hanya barang permainan…

Ni beberapa picture yang sempat ellen snap guna Hp jer masa tu.


 Ni la ular yang melekat kat tangan nemo tu


Ular tu spesies yang ni [gambar dari FB anak saudara]—ular ni jenis ular yang suka kat pokok2…

Inilah tangan nemo yang dipatuk dan di sapu ngan limau purut, TQ untuk petua ni dan pada Pakcik yang tolong ni...

Ini waktu Nemo kat Wad Kecemasan Hospital Ibu dan Kanak Kanak, Likas, Kota Kinabalu.

Incoming search terms: