banner

Search Results for: gambar orang mati

Kerana Nak Jadi Terkenal, Bunuh Isteri Dan Upload Gambar Di Facebook

bunuh is

bunuh isDerek Medina, Seorang lelaki di Florida ditahan berkaitan dengan pembunuhan isterinya selepas memuat naik gambar mayat isterinya yang berlumuran darah di laman Facebook beliau, beliau memuat naik gambar pembunuhan isterinya kerana ingin menjadi terkenal.

Dalam mesej yang muncul di akaun Facebook peribadi beliau, Derek Medina mengaku membunuh isterinya, Jennifer Alfonso.

bunuh is2“Saya akan ke penjara atau menjalani hukuman mati kerana membunuh isteri saya, selamat tingggal semua, dan anda akan melihat saya dalam berita,“

“Isteri saya telah menumbuk saya dan saya tidak akan berdiam diri lagi, jadi saya melakukan apa yang patut saya lakukan saya harap anda faham.”katanya.

Medina memuat naik gambar menunjukkan isterinya terbaring di dapur dengan darah yang meliputi wajah dan tangan kirinya dengan komen: ‘. Rip

Misteri 3 Beradik Di Bunuh Dengan Kejam|Gambar 3 Mangsa Pembunuhan Kejam

syafik

syafikMisteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

Nur Izzati Husna Rusdi berusia 12 tahun.

Nur Izzati Husna Rusdi berusia 12 tahun.

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.

Puteri Nurul Akma berusia 3 tahun.

Puteri Nurul Akma berusia 3 tahun.

Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.

Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.

“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.

“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.

Incoming search terms:

Suspek Pembunuh Pegawai Ambank Telah Ditangkap[Gambar]

am

amKetua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

“Syabas pasukan Ops Cantas Bukit Aman… terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM Malaysia,” ujar Khalid di laman mikto Twitter miliknya.

Sementara itu, menurut Facebook Polis diRaja Malaysia (PDRM), suspek berjaya diberkas jam 7.00 pagi tadi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi.

Penahanan dibuat atas maklumat yang diberikan kepada agensi itu.

Facebook yang memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu berkata, pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan.

Pihak polis merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keprihatinan dalam kes ini.

Ambil Ubat Kuat Berlebihan Boleh Bawa Maut|Punca Masalah Mati Pucuk

mati pucuk

mati pucukPENGAMBILAN ubat kuat untuk mengatasi masalah lemah syahwat dianggap tindakan sangat berbahaya sekiranya tidak mendapatkan nasihat pakar dalam bidang berkenaan. Pakar Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi yang sudi berkongsi pengalamannya merawat pesakit lemah tenaga batin terutamanya lelaki berkata, pesakit perlu merujuk pakar terlebih dahulu dan bukannya membeli ubat kuat di merata tempat yang dipercayai boleh mengakibatkan maut.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak berasa malu sekiranya mengalami masalah tersebut sebaliknya perlu sedar ia adalah penyakit yang perlu dirawat.

Ikuti temu bual bersama Pakar Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi.

Boleh Dr jelaskan mengenai masalah penyakit lemah tenaga syahwat yang dihidapi oleh lelaki sehingga ada yang sanggup mengambil ubat kuat bertujuan untuk membantu memulihkannya?

Ia sering dikaitkan dengan syahwat iaitu masalah batin. Istilah sama turut memberi gambaran ketidakmampuan lelaki mengadakan hubungan seks bersama pasangannya. Mungkin mampu buat tetapi tidak berdaya atau dalam erti kata lain tidak puas terutamanya pasangan. Kita sedia maklum perkara ini adalah hubungan intim melibatkan lelaki dan perempuan bagi mengeratkan keharmonian keluarga. Namun perkara ini boleh jadi masalah kepada lelaki, beri tekanan serta mengaibkan jika mengalami masalah saya sebutkan tadi. Ini kerana lelaki khuatir ia mengganggu hubungan dan beri banyak kesan. Ciri-ciri kejantanan itu tergugat. Dia (pesakit) perlu buat sesuatu tetapi malu nak berkongsi dengan orang jadi terpaksa memendamnya hingga jadi dilema hingga menderita. Dia buat macam tiada apa berlaku malah isteri pun serba salah nak cakap kerana tak mahu lukakan hati suami lantas membiarkan perkara ini berlarutan. Tetapi ada juga pasangan yang beri tekanan hingga menyebabkan perbalahan kerana tidak dinafikan ia (seks) perkara paling penting.
Lalu ada yang sanggup pergi berubat melalui cara mistik sebagainya.

Ada lelaki bimbang sekiranya ‘kelemahan’ tersebut akan menjadi bahan ketawa sekeliling? Apa pendapat Dr?

Itu hanya tanggapan. Tanggapan kita. Sepatutnya kita kena sedar kita alami masalah kesihatan fungsi seksual lelaki iaitu biasanya mati pucuk. Tetapi mereka anggap ia sebagai hal peribadi, senyap dan tidak telus.

Apa punca-punca menyebabkan masalah lemah syahwat?

Punca utamanya adalah kesan penyakit lain umpamanya kencing manis, darah tinggi, sakit belakang, sakit pundi prostat dan kandungan kolesterol meningkat. Apabila menghidap penyakit ini maka kesan sampingannya menyebabkan darah tak lancar hingga menyebabkan gangguan ereksi.

Tanggapan negatif sesetengah pesakit menyebabkan mereka terjebak memilih untuk mencuba pengambilan ubat kuat. Bagaimana Dr lihat mengenai perkara ini. Apakah risikonya?

Apabila kita mencari ubat kuat itu membawa maksud kita buka ruang untuk diperdayakan.  Ada pelbagai jenis ubat kuat antaranya, kapsul, minyak, pil, jus dan kopi.  Kesemuanya mengandungi bahan kimia larangan. Ia bukan sebarang kopi sebaliknya dicampurkan bahan kimia yang tidak ditulis kandungannya. Banyak sangat ubat kuat di pasaran sekarang macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ubat kuat sekarang dah macam perkara normal. Masyarakat perlu ingat bahawa risikonya amat tinggi. Ibarat bermain dengan api kerana sekiranya tersalah makan boleh membawa maut. Ada juga yang tidak mengalami penyakit lemah tenaga batin tetapi diri sendiri merasakan tak cukup power. Mulalah gunakan ubat kuat untuk besar dan panjangkan zakar atau pun tahan lama ketika bersetubuh. Kadangkala kerana sifat ingin cuba disebabkan melihat kawan-kawan menggunakannya. Boleh kata sebab suka-suka.

Apa penyelesaian yang boleh dilaksanakan bagi membendung penggunaan ubat kuat yang berbahaya ini?

Perkara paling utama adalah kesedaran kita sendiri bahawa kita berpenyakit. Kita kena pergi berjumpa doktor atau pakar bidang ini sebelum mendapatkan nasihat. Kita kena guna teknologi dan kemudahan moden yang ada bukannya pergi jumpa bomoh sebagainya. Ubahlah tanggapan negatif. Selain itu, mungkin serbuan ke atas premis yang menjual ubat kuat ini dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Namun ia memang agak sukar tetapi perlu diperangi secara berterusan.

Incoming search terms:

Kemalangan Ngeri Di Jalan Kolombong-Tuaran, Kepala Hancur Diseret Lori Simen[Gambar]

mati giant

mati giantSeorang lelaki warga asing mati dalam keadaan mengerikan dengan kepala dan sebahagian badannya hancur selepas basikal dinaiki dilanggar sebelum diseret beberapa meter oleh sebuah lori simen dalam kejadian di Jalan Kolombong-Tuaran di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu berlaku apabila mangsa, Heri Bertus Niran, 33 dari Indonesia dalam per jalanan menuju ke Likas dari arah Inanam.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila lori simen tersebut tiba-tiba memasuki satu persimpangan lalu merempuh basikal yang dinaiki mangsa. – KOSMO!