Search Results for: gambar stacy yang terbaru

STACY ANGGAP KEMENANGAN REZEKI ANAK|STACY PULANG KAMPUNG SAMBUT KAAMATAN

STACY MANIA

Pentas akhir galaksi Mania yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Sabtu lalu menyaksikan Stacy merangkul tempat kedua sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 beserta trofi. Stacy yang merupakan selebriti Mania di bawah empayar Merah bimbingan Dato’ M. Nasir menyampaikan dua buah lagu, ‘Takkan Melupakanmu’ dan ‘Cinta’ duet bersama Fiq.

“Sejujurnya Stacy tak mengharapkan berada di tempat mana-mana sebab ini pertandingan SMS. Jika juri, kita boleh jangka siapa boleh menang, namun ini SMS, jadi sukar nak jangka. Apapun, Stacy sangat bersyukur  dengan kemenangan ini.

“Stacy sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi dan bersikap positif, jadi Stacy yakin boleh menang. Bagi Stacy, dapat nombor dua pun dah bersyukur. Terima kasih kepada yang mengundi dan bagi Stacy yang paling berharga dan bernilai [Read more...]

Incoming search terms:

Akim Menghidapi Penyakit Ganjil

Mungkin akibat masih lagi mengimbau tragedi yang berlaku baru-baru ini menyebabkan ketakutan pelakon dan penyanyi Akim Ahmad untuk menaiki kapal terbang semakin serius. Dia yang mengalami penyakit yang dipanggil aerofobia amat memberi kesan malah  menyebabkan kerjayanya sebagai seorang artis terbatas dek kekangan masa.

Ini kerana, untuk sesetengah perkara dia perlu ke lokasi penggambaran yang jauh dengan segera dan terpaksa menaiki pesawat. Oleh sebab itu, Akim terpaksa menolak tawaran tersebut kerana masih tidak dapat melawan perasaan gemuruhnya. Untuk mengatasi masalah tersebut, kini dia sedang berlatih untuk menaiki pesawat dalam jarak yang dekat agar dapat memberi pendedahan kepada dirinya kelak..

Akim turut berseloroh apabila memberitahu penyakit pelik yang dialaminya akan membuka rezeki tersebut kepada artis yang lain. Selain itu, dia turut menerima rawatan dari pakar psikologi untuk mengawal aerofobia dan apa yang paling penting penyakit tersebut tidak berbahaya kepada orang lain.

Mengenai perkembangan semasa pula, dia amat bersyukur kerana telah memenangi anugerah Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Popular ABPBH 2013 bersama Stacy. Tambah Akim, mereka tidak pernah menyangka akan naik ke atas pentas namun mengakui sempat bergurau bersama Stacy supaya menerima anugerah tersebut bagi pihaknya. Akim juga bakal mempunyai album penuh duo bersama penyanyi “Gilalah” ini dan berharap agar semua peminat bersabar dengan album terbarunya kelak.

Incoming search terms:

Ujibakat AF 2013|Tarikh Dan Lokasi Ujibakat Akademi Fantasia 2013

af2013

af2013Program realiti TV popular, Akademi Fantasia telah diumumkan akan kembali menemui penonton selepas setahun tidak bersiaran.

Selari dengan aspirasi Astro untuk menjadi peneraju kandungan utama di negara ini, Astro sentiasa mencari peluang untuk terus memperbaharui pengisian kandungan tempatan yang ditawarkan bagi mempertingkatkan nilai kedudukan di pasaran demi memenuhi corak permintaan para pelanggan.

Kembalinya AF 2013 akan membawakan pembaharuan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Untuk musim terbaru ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet. Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang rasmi.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menghadiri ujibakat menerusi lokasi yang ditetapkan, anda boleh menjalani ujibakat AF 2013 secara online.

PENYERTAAN SECARA ONLINE

• Akademi Fantasia menawarkan perkhidmatan interaktif khas untuk anda! Dapatkan info-info ujibakat, syarat-syarat penyertaan serta ujibakat secara ONLINE dengan melayari www.akademifantasia.com.my

Cara-cara menghantarkan penyertaan:

1. Pilih mana-mana lagu.
2. Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.
3. Muat naik video anda di youtube sendiri.
4. Isi borang uji bakat yang terdapat di laman web ini bersama dengan youtube link. Untuk penyertaan secara duo (2 orang) anda perlu mengisi borang secara individu.
5. Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke [email protected]
6. Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya. Anda tidak perlu melalui peringkat pertama dan terus mara ke peringkat ke-2.

• Setiap video penyertaan adalah hak milik MBNS

• Anda juga boleh berinteraksi, berkongsi pengalaman dan mendapatkan info-info terkini Akademi Fantasia seperti foto-foto ketika ujibakat, sidang media dan acara-acara berkaitan melalui laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

1. Facebook: www.facebook.com/AkademiFantasia2013
2. Twitter: www.twitter.com/AkademiFantasia @AkademiFantasia
3. Instagram: www.instagram.com/AkademiFantasia

————————————————————————————–

Rancangan realiti TV paling popular di negara ini, Akademi Fantasia akan kembali semua menemui penonton dengan penjenamaan semula serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) kembali menemui penonton selepas sembilan musim yang penuh gemilang bermula dengan musim pertama pada tahun 2003. Bakal menyaksikan kebangkitan bintang sebenar, AF 2013 akan memulakan penjelajahan di lima buah negeri seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun ini untuk sesi uji bakat bagi mengenal pasti calon-calon terbaik yang dilihat layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan untuk AF 2013.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata, “Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003 sehinggalah berakhirnya tirai AF di musim yang kesembilan, kami melihat jenama AF ini sebagai satu platform dominan yang membekalkan pelapis-pelapis seni tanah air kepada industri.

Ianya terbukti masih relevan apabila ramai bintang-bintang Akademi Fantasia seperti Hafiz, Stacy, Hazama, Akim, Aril, Aizat dan ramai lagi berjaya bertapak dan mencipta nama di dalam setiap cabang seni yang diceburi seperti bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.

Melihat kepada kejayaan demi kejayaan yang diukir oleh bintang-bintang ini, kami percaya AF perlu terus wujud di dalam lanskap hiburan tanah air,” jelas Khairul.

“Setelah lebih setahun rancangan ini tidak bersiaran, pihak Astro telah merangka strategi dan format efektif bagi menambah baik program ini yang pastinya menjanjikan kepuasan maksima bagi memenuhi tuntutan penonton yang dahagakan program hiburan yang berkualiti. Menyaksikan perkembangan arus teknologi dan media baru, pihak kami juga pastinya tidak ketinggalan untuk meneroka dan menggunakan kapasiti media baru atau social media untuk sebarang komunikasi dan interaksi kelak.

Kami berjanji untuk memberikan sepenuh komitmen kami bagi menghasilkan sebuah lagi musim yang pastinya membawakan kebangkitan bintang sebenar menerusi AF 2013. Kami juga yakin dengan pembaharuan yang diperkenalkan ini akan mengembalikan semula zaman kegemilangan program yang menjadi aset kami ini,” ujar Khairul.

Menariknya, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan bagi memantapkan lagi mutu pengisian program agar terus segar serta menepati kehendak para penonton yang dahagakan program-program berkualiti. Untuk musim terbaru ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet.

Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang rasmi.

Program Akademi Fantasi 2013 ini dijadualkan untuk mula bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (104) pada bulan September kelak.

Bagi anda yang mempunyai bakat terpendam serta mempunyai keinginan untuk mencipta di persada seni hiburan, anda boleh hadir di ujibakat tersebut :

NO. NEGERI TEMPAT TARIKH
1. Johor Hotel The Zon, Johor Bahru 1 & 2 Jun 2013
2. Pulau Pinang Hotel Vistana, Pulau Pinang 8 & 9 Jun 2013
3. Sarawak Hotel Merdeka Palace, Kuching 15 & 16 Jun 2013
4. Sabah Hotel Promenade, Kota Kinabalu 22 & 23 Jun 2013
5. Selangor Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam 29 & 30 Jun 2013

INFO PENTING

Nota

  1. Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  2. Calon digalakkan datang awal untuk mengelakkan sebarang kesesakan
  3. Calon bebas untuk menyanyikan sebarang genre lagu secaraacapella

Syarat Ujibakat:

  1. Peserta lelaki dan wanita
  2. Peserta individu ataupun duo
  3. Berumur 18 – 35 tahun (pada tarikh ujibakat diadakan)
  4. Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan

Sila bawa:

  1. Salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia ataupun salinan passport bagi warga Singapura
  2. 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang)

Incoming search terms:

KONSERT REUNION AF TERAKHIR|NOSTALGIA BINTANG AF

SABAN tahun selepas program diari dan konsert mingguan Akademi Fantasia (AF) tamat, pasti akan disusuli dengan konsert Reunion AF yang menghimpunkan setiap peserta rancangan realiti TV popular itu.

Ia diadakan dengan tujuan mengingatkan kembali penonton setia terhadap setiap peserta yang bertanding dalam satu- [Read more...]

Incoming search terms: