Search Results for: harga tambang firefly

FIREFLY PERKENALKAN FI PERUBAHAN PRABAYAR

PRABAYAR FIREFLY

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama)— Penumpang Firefly yang memilih untuk menukar tarikh atau masa penerbangan mereka setelah membayar bagi tempahan tempat duduk kini boleh berbuat demikian melalui Fi Perubahan Prabayar.

Produk baharu yang diperkenalkan hari ini oleh syarikat penerbangan itu, menawarkan penjimatan kepada pelanggannya.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan komuniti itu berkata, Fi Perubahan Prabayar yang dikenakan ialah RM40 bagi perubahan penerbangan laluan domestik dan RM50 bagi penerbangan antarabangsa, dan hanya boleh dibeli melalui [Read more...]

Incoming search terms:

MATTA FAIR 2012: PAKEJ MURAH DARI FIREFLY

Sempena penganjuran Matta Travel Fair yang bermula hari ini sehingga 18 Mac ini, syarikat penerbangan komuniti, FlyFirefly Sdn Bhd menawarkan tambang penerbangan dan pakej percutian hebat untuk destinasi domestik dan Asean.

Jika membeli-belah termasuk dalam agenda pelancongan anda, apa kata anda membeli pakej percutian 3 Hari 2 Malam ke Johor Bahru. Pakej yang membawa anda ke Johor Premium Outlet (JPO)ini cuma berharga RM359 untuk tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan dua malam serta layak mendapat baucer membeli-belah bernilai RM50.

Bagi yang menggemari destinasi pantai, apa kata dapatkan pakej ke Langkawi atau ke Koh Samui, Thailand. [Read more...]

Incoming search terms:

TAWARAN TERBESAR DARI FIREFLY, ‘JUST PAY THIS TO FLY’

KUALA LUMPUR – Firefly melancarkan kempen “Just Pay This To Fly” yang menawarkan tempat duduk berharga RM19, yang merupakan satu daripada “Tawaran Terbesar”nya tahun ini.

Mulai hari ini hingga 19 Februari, tambang sehala termasuk semua dari serendah RM19 ke destinasi-destinasi domestiknya dijual bagi tempoh perjalanan yang panjang iaitu dari 19 Mac hingga 27 Oktober, 2012.

“Kempen promosi ini disasarkan kepada mereka yang merancang bercuti seketika daripada rutin harian yang sibuk dan mereka yang merancang perjalanan semasa cuti sekolah pada Jun dan Ogos.

“Kami percaya ini adalah peluang yang baik bagi pelancong tempatan dan asing untuk meneroka tarikan-tarikan hebat [Read more...]

Incoming search terms:

Firefly Tawar Tambang Murah/Termampu antara KL-KK/KL-Kuching

Operasi perkhidmatan Firefly antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur akan bermula pada 15hb Januari 2011.  Ianya akan dapat memberikan satu lagi altenatif perjalanan udara dengan tambang termampu atau termurah antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat.


Tinjauan ke atas laman sesawang Firefly dan juga pengangkutan Tambang murah Air Asia menunjukkan tambang yang ditawarkan oleh Firefly jauh lebih rendah, bermula daripada RM59.0 setiap penumpang bagi perjalanan sehala.

Firefly dikendalikan oleh Firefly Sdn Bhd iaitu subsidiari Penerbangan Malaysia(MAS) telah membuka tempahan dalam taliannya untuk laluan tersebut (KLIA-KKIA) sejak sabtu lalu untuk perjalanan antara 17 Jan dan 15 Mei tahun ini.

Pesawat 737-800 digunakan dalam perkhidmatan itu yang akan membuat dua kali penerbangan setiap hari dari KL ke KK dan sebaliknya sehingga 24 Jan, dan ianya bakal ditambah kepada tiga kali sehari.

Laluan perkhidmatan baru Firefly adalah sebahagian daripada rancangan perluasan syarikat itu ke Malaysia Timur bagi melengkapkan strategi MAS untuk mengembangkan perniagaan kumpulan itu secara apa yang disasarkan.

Selain dari tambang lebih murah, Firefly juga menawarkan pilihan set perkhidmatan standard atau premium kepada Para Penumpang yang mempunyai opsyen untuk memilih tambahan harga sarapan dalam penerbangan, barang niaga, bayaran periksa bagasi atau lebih kepada kos tiket.

Seseorang penumpang hanya dikenakan RM38 untuk set perkhidmatan standard dengan membuat pembelian secara online, yang termasuk sarapan pilihan dalam penerbangan, pemilihan kerusi premium dan pemeriksaan bagasi 15kg + 5kg.  Jika dihitung semuanya ini lebih murah berbanding pesaingnya iaitu AirAsia.

Nak share sket pasal apa yang ada kat laman sesawang Firefly ni..
Untuk melayari Laman sesawang FireFly sila klik SINI

So, kepada mereka2 yang berada di Semenanjung dan ingin ke Sabah, kini anda mempunyai pilihan lain untuk ke KK dengan harga yang lebih murah lagi..rancanglah percutian anda..jangan lupa colling2 ellen ya..hehe..
[harap2 pihak Firefly bagi tambang free kat Ellen bila buat n3 ni..miahahahaha]

Incoming search terms: