banner

Search Results for: ibu elfira loy

Luahan Hati Elfira Loy Yang Dikatakan Ada Masalah Disiplin

elfira2

elfira2 Pelakon Elfira Loy menjelaskan bahawa kegagalannya untuk hadir pada beberapa sesi latihan dan pelancaran teater Di Bawah Lindungan Kaabah adalah kerana terikat dengan komitmen lain.

Bagaimanapun, Elfira, 20, berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak produksi sebelum dia bersetuju untuk terlibat dengan pementasan tersebut.

“Saya akui banyak kali tidak datang latihan teater ini kerana dialog dan babak saya tidak banyak pun, ketika pihak penerbit menawarkan saya untuk terlibat dengan pementasan ini, saya sudah beritahu awal-awal tentang komitmen lain.

“Kalau dalam perjanjian saya boleh bertolak ansur untuk teruskan projek ini biarpun saya sibuk, kenapa mereka perlu berkira,” katanya kepada mStar Online.

Elfira berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan bahawa dia tidak memberi komitmen terhadap teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang berlangsung bermula 9 hingga 18 Mei ini di Panggung Sari Istana Budaya.

Dia juga dikatakan disenaraikan oleh pihak produksi sebagai artis yang pada awalnya ingin digugurkan daripada pementasan tersebut.

Tambah Elfira, dia agak terkilan apabila berita tersebut hanya diketahui melalui surat khabar dan media sosial tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

“Ketika tahu tentang berita ini saya agak terasa hati juga kerana mereka tidak berjumpa saya sendiri sebaliknya memberitahu pihak media terlebih dahulu, kalau mereka anggap saya bawa masalah dan mereka ingin gugurkan sekalipun saya tidak kisah.

“Namun, saya anggap perkara ini tidak menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon kerana orang yang pernah bekerja dengan saya tahu bagaimana cara saya bekerja,” katanya.

Dalam pada itu, Elfira yang membawakan watak sebagai Zainab remaja ini berkata kontroversi tersebut tidak menganggu fokus lakonannya dalam pementasan teater yang kini sedang berlangsung.

Pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah bermula pada 9 hingga 18 Mei di Panggung Sari Istana Budaya.

Antara pelakon lain yang terlibat ialah Nasha Aziz, Adi Putra, Yasmin Hani dan Fizo Omar.

Incoming search terms:

LUAHAN HATI ELFIRA LOY|DI TUDUH BERLAGAK DAN DIKATAKAN ALERGI BARANG TAK BERJENAMA

UMURNYA baru mencecah 18 tahun, namun masa depan Nurul Elfira Loy atau Elfira Loy dalam bidang seni tanah air dilihat semakin cerah.

Bersandarkan raut wajah manis serta keningnya yang terukir rapi, tawaran berlakon yang menanti gadis berjiwa kental ini datang mencurah-curah hari demi hari.

Namun sebagai seorang anak seni, dia tidak dapat lari daripada asam garam dunia glamor yang penuh ranjau ini. [Read more...]

Incoming search terms:

ELFIRA LOY DAPAT TAJAAN BIASISWA KDU

elfira loy 2

JIKA dulu dia hanya menerima tawaran melakonkan watak kanak-kanak biarpun usianya sudah meningkat remaja, Nurul Elfira Loy, 18, kini boleh menarik nafas lega dan berasa bangga. Ini kerana dia sudah mula diberi kepercayaan untuk membawa watak heroin pula.

Ketika ini, pelakon cantik yang selesa disapa Elfira itu sedang berada nun jauh di Paris selama 11 hari bersama pelakon dari seberang, Randy Pangalila bagi menjayakan telefilem arahan Micheal Ang yang berjudul Dalam Hati Ada Taman.

Bertemu dengan gadis kelahiran Kuala Lumpur itu pada sidang akhbar memperkenalkan duta baharu Maybelline di Souled Out, Kuala Lumpur, Rabu lalu, Elfira nyata begitu teruja memberitahu akan melangkah ke kota romantis tersebut [Read more...]

Incoming search terms:

IBU ELFIRA ROY MAHU DIA CARI TEMAN LELAKI

ELFIRA LOY

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2012: Diusia baru mencecah 18 tahun, pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh gadis genit bernama Elfira Loy.

Namun jika melihat kepada tajuk di atas, seolah-olah bagaikan memberi gambaran bahawa ibu Elfira Loy telah memberikan kebebasan untuk anak gadisnya itu berbuat apa sahaja.

Tetapi bukan begitu. Sebaliknya itu adalah seloroh ibunya semata-mata kerana mahu anaknya merasa lengkap menjadi seorang perempuan jika menemui teman istimewanya.

Malah menurut Elfira Loy, ibunya berkata demikian kerana telah melihat dirinya terlalu kuat bekerja sehingga tidak [Read more...]

Incoming search terms:

ELFIRA LOY GANTIKAN LIYANA JASMAY SEBAGAI DUTA MAYBELLINE

elfira roy

KUALA LUMPUR, 8 MEI 2012: Nampaknya pelakon, Elfira Loy sedang melangkah ke fasa baru apabila dia bakal menggantikan pelakon Liyana Jasmay sebagai wajah baru produk kecantikan, Maybelline.

Siapa sangka pelakon yang dulu dikenali sebagai pelakonkanak-kanak itu kini sudah meningkat remaja dan dilihat sesuai menjadi wajah terbaru untuk produk jenama berkenaan.

Menariknya Elfira Loy yang kini berusia 18 tahun ini bakal diperkenalkan sebagai wajah baru Maybelline dalam satu [Read more...]

Incoming search terms: