Search Results for: ibu main ngan anak

Kanak Kanak Tertikam Gunting Semasa Ibubapa Bergaduh[Gambar]

KANAK-KANAK yang cedera di kepala selepas tertikam dengan gunting sempat bermain telefon bimbit ketika mendapat rawatan di Hospital Miri semalam.
KANAK-KANAK yang cedera di kepala selepas tertikam dengan gunting sempat bermain telefon bimbit ketika mendapat rawatan di Hospital Miri semalam.

KANAK-KANAK yang cedera di kepala selepas tertikam dengan gunting sempat bermain telefon bimbit ketika mendapat rawatan di Hospital Miri semalam.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi mangsa pertelingkahan ibu bapanya apabila kepala tertikam dengan gunting sedalam tiga sentimeter di rumah mereka di Jalan Tanjung, di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, ibu mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an sedang bertengkar dengan suaminya akibat masalah rumah tangga sebelum dia mengambil sebilah gunting.

Bagaimanapun, cubaan wanita itu untuk menyerang suaminya berakhir dengan dia tertikam kepala anaknya sendiri yang kebetulan bermain di situ.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, tikaman tersebut menyebabkan gunting itu tertusuk sedalam tiga sentimeter di kepala mangsa.

Mayat Kanak Kanak 11 Tahun Mangsa Rogol Di Temui Di Medan Letak Kereta

 SEDIHMayat seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai mangsa kes bunuh ditemui di medan letak kereta, Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini malam Rabu.

Mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, ditemui terbaring di bahagian tepi medan letak kereta itu oleh seorang gadis yang kebetulan lalu di situ pada pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Md Yusop berkata gadis berusia 19 tahun itu kemudian memberitahu orang awam di situ untuk melaporkan penemuan itu kepada polis.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi di sini.

Mohamad berkata pemeriksaan awal pihak hospital mendapati Nur Amyliana Shuhada meninggal dunia kurang dari tempoh 24 jam dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya, kecuali kesan pendarahan di bahagian kemaluan mangsa.

“Mangsa ditemui mati kira-kira 200 meter dari kawasan rumahnya. Berikutan itu polis menahan dua lelaki yang berasal dari Sabah, yang kita syaki ada kaitan dengan kematian mangsa, untuk membantu siasatan,” katanya. Suspek yang berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan di sekitar lokasi kejadian sejurus selepas polis menerima laporan mengenai kes itu dan direman tujuh hari mulai hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu Acha Kusain, 31, berkata beliau terperanjat bila diberitahu bahawa anaknya ditemui mati dalam keadaan yang amat memilukan itu.

“Kami baru berpindah ke sini dari Kuantan, Pahang dua bulan lepas kerana mengikut suami saya yang bertukar tempat kerja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan rumah mayat HTAR.

Acha berkata Amyliana yang mesra dipanggil Cina oleh keluarga, merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik yang sangat peramah dan paling rapat dengannya.

“Sebelum kejadian dia bermain di sekitar kawasan rumah kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan saya ingat dia akan pulang sebelum malam, tapi tak sangka saya bertemunya ketika dia telah tiada,” katanya sebak.-BERNAMA

Kanak Kanak 5 Tahun Tertembak Adik Sendiri

di tembakSeorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang sedang bermain dengan sepucuk raifal .22 kaliber dengan tidak sengaja menembak adik perempuannya yang berusia dua tahun di kediaman mereka di Cumberland, Kentucky, kata beberapa pegawai.

Polis negeri berkata, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu dan kanak-kanak malang itu telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan [Read more...]

3 Gambar Comel Anak Lee Chong Wei, Kingston Lee

kingston lee2

kingston lee2 Pemain nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan isteri yang juga bekas pemain badminton kebangsaan, Datin Wong Mew Choo pada Jumaat bergelar ibu dan ayah kepada bayi lelaki comel yang diberi nama, Kingston Lee.

Mew Choo selamat melahirkan Kingston secara pembedahan pada pukul 1.36 petang di Hospital Gleneagles di Jalan Ampang.

Bayi berkenaan dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram.

Chong Wei, yang menemani isterinya sepanjang proses kelahiran [Read more...]

KEKASIH BARU RAJA AZMI|RAJA AZMI BERCINTA DENGAN JEJAKA 27 TAHUN

raja azmi kekaish

raja azmi kekaishProduser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, mengakui, beliau kini bahagia dan sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka yang jauh lebih muda daripadanya.

Beliau berkata, jarak usia 27 tahun bukan penghalang untuk mereka menjalin hubungan cinta kerana jejaka tersebut, seorang pemain gitar di sebuah kelab terkemuka di ibu kota telah berjaya mencuri hatinya.

“Perkenalan kami baru sebulan dan dia membuat saya merasai semula perasaan cinta yang sekian lama terpadam.

“Setakat ini, keluarga saya dapat menerima kehadiran dia walaupun pada mulanya, anak-anak terkejut dengan berita [Read more...]