Search Results for: isteri ashraf muslim hamil

Sakinah Sah Mengandung, Ashraf Muslim Teruja Bergelar Bapa

ash

ashSelepas gambar ubat berupa asid folik yang dimuat naik di akaun Instagram isteri kepada pelakon Ashraf Muslim, Wan Sakinah menjadi bualan ramai, banyak pihak menganggap pasangan ini bakal menimang cahaya mata.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Ashraf mengesahkan berita kehamilan tersebut sambil mengakui teruja untuk bergelar bapa.
“Saya cukup seronok apatah lagi ini adalah anak pertama saya,” ujarnya.
Dengan kehamilan yang sudah mencecah enam minggu, Sakinah dikatakan mengalami alahan teruk seperti sakit kepala, muntah dan tidak berselera makan.
Pasangan ini telah berkahwin di Thailand pada 7 Julai lalu dan berita tersebut mendapat perhatian ramai apabila mereka telah melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan isteri pertama, Noor Dayana Lokman.
Tahniah MH Online ucapkan kepada Ashraf dan Sakinah. Semoga berita kehamilan ini akan menceriakan lagi kehidupan mereka.

Sakinah, Isteri Kedua Ashraf Muslim Mengandung, Kongsi Gambar Ubat

saki

sakiCerita mengenai kisah perkahwinan Ashraf Muslim kembali menjadi perbualan apabila timbul pula desas-desus mengatakan yang isteri kedua Ashraf, Sakinah kini hamil anak pertama.

Segalanya bermula apabila seseorang terserempak dengan pasangan itu di sebuah pusat membeli-belah dan menurutnya keadaan fizikal Sakinah pada masa itu kelihatan seperti orang mengandung.

Namun, melalui portal hiburan Rotikaya, Ashraf menafikan perkara tersebut dan menyatakan mereka masih mencuba.

Takdelah. Belum mengandung atau apa-apa. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti.

Sebelum ini Ashraf pernah dituduh berkahwin lain kerana belum mendapat zuriat melalui perkahwinan pertama. Namun, pelakon itu turut menafikan perkara tersebut.

______________________________________________________________________________________

Namun baru-baru ini melalui sebuah forum tempatan, timbul pula persoalan yang sama apabila Sakinah memuat naik foto ubat-ubatan yang diterima dari sebuah klinik di Putrajaya.

Gambar itu bagaimanapun menarik perhatian kebanyakan pengikut Sakinah di Instaram hingga ada yang mengucapkan tahniah kepadanya.

sakinKalau difikirkan semula, mana ada sakit lain yang membolehkan orang ucap tahniah kecuali mengandung, betul tak?

Jadi persoalannya di sini, adakah Sakinah kini betul-betul berbadan dua? Mungkin Ashraf ada sebab tersendiri untuk merahsiakan perkara ini sebelum ini.

Jika mengikut kata-kata orang lama, memang tidak elok menghebohkan perkara ini di awal kehamilan kerana takut tak menjadi. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Sakinah dan Ashraf ya.

sumber: Ohbulan