banner

Search Results for: isteri chef adu amran

MASTERCHEF MUSIM KE-2|24 PESERTA MASTERCHEF MUSIM KE-S DIPERKENALKAN

masterchef malaysia

MasterChef Malaysia ternyata telah mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Bertitik tolak daripada kejayaan dan sambutan musim lalu, Astro berbesar hati membawakan kembali MasterChef Malaysia untuk musim kedua.  Sesi ujibakat telahpun bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) sejak 8 September lalu. Persoalannya, siapakah 24 peserta terbaik yang layak ke pusingan seterusnya sekaligus berpeluang merebut gelaran Juara MasterChef Malaysia musim kedua? Segalanya akan dapat disaksikan setiap Sabtu hingga Khamis jam 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104)

Seramai 24 orang peserta yang akan meneruskan perjuangan MasterChef Malaysia musim kedua ini rata-rata mempunyai kualiti yang baik dan berpotensi untuk pergi jauh. Mereka hadir daripada pelbagai latarbelakang seperti doktor, arkitek, penasihat kecantikan dan peninju tomoi. Sewaktu di Boot Camp, kesemua peserta terpaksa mengharungi beberapa siri rintangan dan penyingkiran sebelum berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam MasterChef Malaysia musim kedua [Read more...]

Incoming search terms:

MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KE-2 KEMBALI…

masterchef malaysia 2

Rancangan masakan popular MasterChef telah kembali untuk musim kedua. Rancangan yang mendapat tempat dihati penonton terutama kepada yang meminati bidang masakan ini akan mula bersiaran di Astro Ria (saluran 104) pada 8 September 2012, Sabtu, jam 7.30 malam. Bukan itu saja, program realiti masakan ini juga dapat memberikan inspirasi kepada semua peserta terutama apabila dilatih oleh mereka yang berpengalaman didalam bidang masakan. Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe serta Chef Zubir Md Zain masih dikekalkan sebagai juri dan bagi musim kedua ini Chef Adu Amran akan turut menyertai senarai juri yang juga merupakan juri semasa di MasterChef Selebriti Malaysia.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad menjelaskan di pihak Astro Ria mereka amat berbesar hati kerana telah dapat merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman menonton program realiti [Read more...]

Incoming search terms: