Search Results for: isteri main seks dengan orang tua

Kerana Cemburu, Suami Bakar Isteri Yang Baru Seminggu Dikahwininya

dibakar

dibakar Pada masa mereka sepatutnya menikmati hidup bahagia berbulan madu, sepasang suami isteri yang baharu seminggu berkahwin sebaliknya sering bertengkar.

Puncanya kerana si suami dikatakan cemburu melampau lantaran mengesyaki isterinya main kayu tiga dengan lelaki lain.

Pagi semalam, perasaan cemburu itu dipercayai tidak terkawal lagi hingga dia dikatakan bertindak melampaui batas cuba membakar wanita itu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kejadian berlaku di rumah keluarga lelaki itu di Kampung Abi, Padang Machang di sini,  kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
“Pada masa kejadian, seorang jiran mendengar pasangan itu bergaduh besar sebelum bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan kerana risau berlaku perkara tidak baik. Dia terkejut apabila melihat suami isteri itu terbakar di dalam bilik air rumah berkenaan,” katanya.
Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal , suspek yang juga seorang penganggur  berusia 23 tahun itu, dipercayai menyimbah petrol ke badan isterinya sebelum bertindak mencucuh dengan menggunakan pemetik api.
“Namun api turut menyambar kaki dan tangannya  mengakibatkan dia sendiri turut mengalami kesan terbakar kira-kira 20 peratus,” katanya.
Menurut Abdul Rahman, mangsa pula mengalami kecederaan akibat terbakar kira-kira 85 peratus berikutan api menyambar bajunya menyebabkan bahagian pinggang dan kakinya terbakar.
Katanya, beberapa jiran menolong memadamkan kebakaran sementara menunggu kedatangan bomba dan penyelamat.
“Mangsa dihantar ke Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan rapi sementara suspek masih berada di Hospital Tuanku Fauziah dan akan direman untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, keluarga mangsa sepatutnya mengadakan majlis kenduri kesyukuran semalam bagi menyambut ulang tahun kelahiran wanita tersebut.

Nenek mertua mangsa berusia 70-an berkata, mereka sekeluarga sepatutnya mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mangsa yang ke 23 semalam.
Bagaimanapun, mereka sekeluarga dikejutkan dengan kejadian berkenaan.

Menceritakan semula kejadian, ketika itu, dia baru pulang dari pasar sebelum terdengar jeritan orang meminta tolong dari dalam bilik.

“Saya kemudian masuk ke dalam rumah dan melihat badan mangsa sedang terbakar.

“Cucu saya yang cuba memadamkan api itu juga mengalami kecederaan, sebelum membantu mangsa dengan mengambil air dan mencurahkannya ke badan mangsa,” katanya dalam nada sedih.

Incoming search terms:

MISTERI JAM 1 PAGI: BUDAK BERUSIA 4 TAHUN BERMAIN DI PADANG PERMAINAN SEORANG DIRI

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

SHAH ALAM: Penduduk pangsapuri Nervillia, Seksyen 31, Kota Kemuning, di sini, gempar dengan penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 4 dan 5 tahun leka bermain berseorangan di padang permainan kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Bagaimanapun, identiti kanak-kanak lelaki terbabit masih menimbulkan tanda tanya kerana usaha penduduk mendapatkan maklumat dirinya menemui jalan buntu kerana dia hanya berdiam.

Beberapa pelanggan restoran berhampiran yang prihatin dengan nasib kanak-kanak terbabit kemudian berusaha [Read more...]

Incoming search terms:

GILA!!TAWAR ISTERI DAN ANAK RAKAN UNTUK DI MAKAN OLEH ORANG LAIN

MAKAN DAGING MANUSIA

LONDON: Seorang ahli politik sadis menawarkan isteri dan anak rakannya untuk dimakan menyelamatkan rakannya daripada berdepan dengan kes perceraian yang rumit.

Hans Ulrich Rudel, 53, yang didapati bersalah kerana membunuh, dituduh menyiarkan iklan dengan menggunakan nama wanita itu dan anak perempuannya berusia 12 tahun.

Dia menulis dalam iklan itu: “Mencari orang yang tegas dan berpengalaman atau sadis yang boleh mengubah menjadi haiwan tanpa kerelaan sendiri.” Kandungan iklan itu seterusnya berbunyi: “Juga berminat untuk menemui lelaki yang [Read more...]

Incoming search terms:

SUAMI MARAH HANDPHONE DIALIHKAN. ISTERI PATAH RAHANG DIBELASAH

KANGAR: Hanya kerana mengalihkan telefon bimbit suaminya yang sedang dicaj, seorang isteri muda patah rahang kanan selain cedera di muka dan badan dibelasah suaminya yang panas baran dalam kejadian di rumah mereka di Taman Hijrah di sini, pagi kelmarin.

Kejadian yang menimpa Yusliza Yusof, 25, itu berlaku kira-kira jam 9.45 pagi kelmarin apabila suaminya yang berusia 26 tahun berang kerana isterinya itu mengalihkan telefon bimbit miliknya yang dicaj di atas katil dalam bilik tidur mereka ke atas meja.

Lelaki itu kemudian bertindak menumbuk isterinya beberapa kali selain membaling muka Yusliza yang juga seorang suri [Read more...]

Incoming search terms:

Ambil Ubat Kuat Berlebihan Boleh Bawa Maut|Punca Masalah Mati Pucuk

mati pucuk

mati pucukPENGAMBILAN ubat kuat untuk mengatasi masalah lemah syahwat dianggap tindakan sangat berbahaya sekiranya tidak mendapatkan nasihat pakar dalam bidang berkenaan. Pakar Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi yang sudi berkongsi pengalamannya merawat pesakit lemah tenaga batin terutamanya lelaki berkata, pesakit perlu merujuk pakar terlebih dahulu dan bukannya membeli ubat kuat di merata tempat yang dipercayai boleh mengakibatkan maut.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak berasa malu sekiranya mengalami masalah tersebut sebaliknya perlu sedar ia adalah penyakit yang perlu dirawat.

Ikuti temu bual bersama Pakar Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi.

Boleh Dr jelaskan mengenai masalah penyakit lemah tenaga syahwat yang dihidapi oleh lelaki sehingga ada yang sanggup mengambil ubat kuat bertujuan untuk membantu memulihkannya?

Ia sering dikaitkan dengan syahwat iaitu masalah batin. Istilah sama turut memberi gambaran ketidakmampuan lelaki mengadakan hubungan seks bersama pasangannya. Mungkin mampu buat tetapi tidak berdaya atau dalam erti kata lain tidak puas terutamanya pasangan. Kita sedia maklum perkara ini adalah hubungan intim melibatkan lelaki dan perempuan bagi mengeratkan keharmonian keluarga. Namun perkara ini boleh jadi masalah kepada lelaki, beri tekanan serta mengaibkan jika mengalami masalah saya sebutkan tadi. Ini kerana lelaki khuatir ia mengganggu hubungan dan beri banyak kesan. Ciri-ciri kejantanan itu tergugat. Dia (pesakit) perlu buat sesuatu tetapi malu nak berkongsi dengan orang jadi terpaksa memendamnya hingga jadi dilema hingga menderita. Dia buat macam tiada apa berlaku malah isteri pun serba salah nak cakap kerana tak mahu lukakan hati suami lantas membiarkan perkara ini berlarutan. Tetapi ada juga pasangan yang beri tekanan hingga menyebabkan perbalahan kerana tidak dinafikan ia (seks) perkara paling penting.
Lalu ada yang sanggup pergi berubat melalui cara mistik sebagainya.

Ada lelaki bimbang sekiranya ‘kelemahan’ tersebut akan menjadi bahan ketawa sekeliling? Apa pendapat Dr?

Itu hanya tanggapan. Tanggapan kita. Sepatutnya kita kena sedar kita alami masalah kesihatan fungsi seksual lelaki iaitu biasanya mati pucuk. Tetapi mereka anggap ia sebagai hal peribadi, senyap dan tidak telus.

Apa punca-punca menyebabkan masalah lemah syahwat?

Punca utamanya adalah kesan penyakit lain umpamanya kencing manis, darah tinggi, sakit belakang, sakit pundi prostat dan kandungan kolesterol meningkat. Apabila menghidap penyakit ini maka kesan sampingannya menyebabkan darah tak lancar hingga menyebabkan gangguan ereksi.

Tanggapan negatif sesetengah pesakit menyebabkan mereka terjebak memilih untuk mencuba pengambilan ubat kuat. Bagaimana Dr lihat mengenai perkara ini. Apakah risikonya?

Apabila kita mencari ubat kuat itu membawa maksud kita buka ruang untuk diperdayakan.  Ada pelbagai jenis ubat kuat antaranya, kapsul, minyak, pil, jus dan kopi.  Kesemuanya mengandungi bahan kimia larangan. Ia bukan sebarang kopi sebaliknya dicampurkan bahan kimia yang tidak ditulis kandungannya. Banyak sangat ubat kuat di pasaran sekarang macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ubat kuat sekarang dah macam perkara normal. Masyarakat perlu ingat bahawa risikonya amat tinggi. Ibarat bermain dengan api kerana sekiranya tersalah makan boleh membawa maut. Ada juga yang tidak mengalami penyakit lemah tenaga batin tetapi diri sendiri merasakan tak cukup power. Mulalah gunakan ubat kuat untuk besar dan panjangkan zakar atau pun tahan lama ketika bersetubuh. Kadangkala kerana sifat ingin cuba disebabkan melihat kawan-kawan menggunakannya. Boleh kata sebab suka-suka.

Apa penyelesaian yang boleh dilaksanakan bagi membendung penggunaan ubat kuat yang berbahaya ini?

Perkara paling utama adalah kesedaran kita sendiri bahawa kita berpenyakit. Kita kena pergi berjumpa doktor atau pakar bidang ini sebelum mendapatkan nasihat. Kita kena guna teknologi dan kemudahan moden yang ada bukannya pergi jumpa bomoh sebagainya. Ubahlah tanggapan negatif. Selain itu, mungkin serbuan ke atas premis yang menjual ubat kuat ini dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Namun ia memang agak sukar tetapi perlu diperangi secara berterusan.

Incoming search terms: