Search Results for: jep sepahtu dan kekasih

Gagal Dapat Sebarang Anugerah Dalam ABPBH 2013, Populariti Zizan Mulai Pudar?

ziz

zizKegagalan pelawak terkenal Zizan Razak untuk menggondol sebarang anugerah di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2013) dilihat sebagai petunjuk bahawa dirinya kini sedang melalui zaman malap dalam kerjaya seninya.

Walaupun menjadi calon lima teratas bagi tiga kategori iaitu Pengacara Televisyen Lelaki Popular, Pelakon Komedi Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular, Zizan redha nasib tidak menyebelahi dirinya pada malam itu.

Dirinya turut menafikan kecewa apabila Datuk AC Mizal, Jep Sepahtu dan Aaron Aziz diumumkan sebagai pemenang bagi anugerah tersebut dan menyifatkan dirinya bangga apabila sudah berjaya dicalonkan dan menduduki tangga lima teratas.

“Saya tumpang gembira apabila mereka diumumkan sebagai pemenang, terutama sekali Jep kerana kami sama-sama lahir dari program “Raja Lawak”,”ujar Zizan yang turut hadir bersama kekasihnya Emma Maembong pada malam itu.

Zizan turut mengatakan yang dirinya tidak gentar seandainya kekalahan tersebut ibarat memberi petunjuk zaman kejatuhannya kerana percaya pada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

“Saya tidak risau tewas malam ini kerana yakin kualiti kerja lebih memainkan peranan penting berbanding populariti yang diraih.

“Kalau setakat popular saja, tetapi kerja tidak berkualiti, orang akan tolak,”katanya seperti yang dipetik daripada media hiburan tempatan.

Dalam perkembangan lain, Zizan bakal muncul dengan filem “Abang Long Fadil” bersama Bintang Paling Popular ABPBH 2013 iaitu Aaron Aziz, Kamal Adli dan ramai lagi.

Incoming search terms:

MAMAT SEPAH MENDERITA PENYAKIT ANEH

KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2012: Pelawak Mamat Sepah atau Mohd Noor Murad,27, akui sedang menjalani perubatan kampung setelah menderita sakit aneh sejak beberapa bulan lalu.

Tidak pasti apa jenis penyanyakitnya, Mamat Sepah berkata dia kini hanya mampu berdoa supaya dirinya cepat sembuh dan kembali bekerja seperti biasa.

“Saya sudah mula rasa penyakit aneh ini sejak beberapa bulan lalu. Saya sentiasa akan rasa lemah ketika waktu magrib sehingga ke malam dan telah menyebabkan saya tidak boleh tidur.

“Namun setelah berjumpa dengan doktor, saya hanya diberikan vitamin dan disahkan tidak mempunyai [Read more...]

Incoming search terms:

SIARAN LANGSUNG SAMBUTAN AMBANG 2012 , DATARAN MERDEKA DI TV2

Kongsikan kemeriahan kiraan detik meraikan Tahun Baru bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi sambutan Ambang 2012 pada 31 Disember bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang bakal menjadi salah satu acara terunggul untuk menyambut tahun baru.

Konsert yang akan diadakan buat kali ketujuh akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2 seawal jam 9.00 malam sehingga jam 12.30 tengah malam ini bakal menyaksikan penghargaan RTM kepada pendengar dan penonton [Read more...]

Incoming search terms: