banner

Search Results for: keadaan mayat mangsa lemas

Tragedi Bot Karam Di Korea: Mayat Dihantar Salah Alamat

lemas

lemasKetika mayat 48 pelajar perempuan mengenakan jaket keselamatan ditemui dalam sebuah kabin feri Sewol, pegawai kerajaan terpaksa mengaku mereka tersilap menghantar sesetengah mayat kepada waris.

Keadaan itu menambahkan lagi kekecewaan dan kemarahan keluarga mangsa feri malang itu.

Sumber berkata, kebanyakan waris terkejut apabila mengetahui 48 pelajar terbabit ditempatkan dalam kabin yang sepatutnya hanya memuatkan 30 penumpang.

Katanya, pegawai kerajaan kemudian akur apabila beberapa waris mempertikaikan ketelitian petugas mengendalikan kes berkenaan.

“Dalam beberapa kes, keluarga mangsa menerima mayat tidak dikenali dan ia berlaku secara tidak sengaja apabila petugas tersilap menghantar mayat berkenaan,” katanya.

Incoming search terms:

Misteri 3 Beradik Di Bunuh Dengan Kejam|Gambar 3 Mangsa Pembunuhan Kejam

syafik

syafikMisteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

Nur Izzati Husna Rusdi berusia 12 tahun.

Nur Izzati Husna Rusdi berusia 12 tahun.

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.

Puteri Nurul Akma berusia 3 tahun.

Puteri Nurul Akma berusia 3 tahun.

Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.

Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.

“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.

“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.

Incoming search terms:

PerkhemahanLatihan Intensif Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia|2 Penuntut UITM Mati Lemas

mati lemas

mati lemas

Dua sahabat dipercayai mati lemas ketika mandi di Pantai Sri Telong lewat petang kelmarin ditemui terdampar bersebelahan pesisir pantai tersebut selepas kira-kira tiga jam disedari hilang.

Mayat kedua-dua rakan itu, Muhamad Suhairi Abas, 20, dan Mohamad Mahfuz Ladin, 22, ditemui dalam keadaan tertiarap berdekatan pukul 9.51 malam pada jarak 100 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang pada pukul 7.15 kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Ab. Rahim Che Ghani [Read more...]

Incoming search terms:

LELAKI MATI LEMAS DI SERANG TEBUAN

ALOR GAJAH: Tindakan seorang lelaki terjun ke sungai dipercayai bagi mengelak disengat tebuan ketika menjaring ikan berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui lemas di sebuah lubuk sungai di Kampung Sungai Petai, Rembia, di sini, kelmarin.

Mangsa, K Mogan, 33, yang masih bujang dikatakan keluar dari rumah sepupunya sejak jam 7.30 pagi, namun disedari masih tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya membuat laporan polis.

Berikutan itu, sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah dengan kerjasama polis [Read more...]

Incoming search terms:

BAKAL PENGANTIN DI TEMUI MATI DALAM KEADAAN BERDIRI

gantung diri2

IPOH: Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinannya hari ini ditemui mati dalam keadaan misteri dengan mayatnya ditemui dalam keadaan leher terjerut berhampiran sebuah kawasan perkelahan terkenal, awal pagi semalam.

D Saravanan, 38, ditemui pengunjung pusat perkelahan Lubuk Timah, Jalan Cameron Highlands, Simpang Pulai di sini, pada jam 8 pagi dalam keadaan berdiri dan tergantung pada sebatang pokok di tepi sungai di tempat kejadian.

Mangsa mulanya disyaki membunuh diri, namun kejadian itu menimbulkan rasa curiga polis dan orang ramai apabila mendapati kaki mangsa masih memijak tanah.

Pekerja pusat perkelahan itu, Talib Dahaman, 65, berkata, dia dimaklumkan penemuan mayat mangsa oleh seorang [Read more...]

Incoming search terms: