Search Results for: kejadian bot karam di sungai

Bot Ekspres bertembung , Satu di Khuatiri lemas di Sungai Rejang, Sarawak

Gambar Hiasan

Keadaan di pekarangan jeti, di sini, cemas apabila dua bot ekspres bertembung menyebabkan seorang pembantu juragan satu daripada bot terbabit terjatuh dan dikhuatiri lemas dalam Sungai Rejang, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang apabila bot ekspres dari Kapit dikatakan membuat pusingan ‘U’ kerana mahu berlabuh di jeti berkenaan.

Pada masa sama, sebuah lagi bot sedang berundur keluar dari jeti untuk ke Sibu sebelum kedua-duanya berlanggar. [Read more...]

Incoming search terms:

Tragedi bot Karam di Semporna : Dua bayi maut dan dua masih hilang

Seorang nelayan hanya mampu meraung kesedihan melihat dua bayi yang didakapnya maut, ketika beliau sendiri terpaksa bertarung nyawa, dalam satu insiden bot karam di sini, kelmarin.
SEDIH … Darwina (kanan) menangis kesedihan di hadapan dua bayi yang maut dalam tragedi itu.
Dalam kejadian yang berlaku di Muara Sungai Inderasabah itu, Liling Sahi, 41, turut kehilangan seorang lagi anak dan cucunya, yang sehingga berita ini ditulis masih belum ditemui.
Bagaimanapun, isterinya, Darwina Rasyid, 38, yang turut berada di dalam bot yang membawa enam orang itu, terselamat di dalam tragedi berkenaan.
Dua bayi yang maut itu adalah anak dan cucu Liling iaitu Asrin Liling, 4 bulan, dan Asyraf Norsin, 3 bulan, manakala yang masih hilang ialah Faridah Liling, 22, dan Norsimah Norsin, 2 ½ tahun.
Liling ketika ditemui berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang dalam perjalanan balik menuju ke Kg. Indera- sabah dari menghadiri satu kenduri arwah di Kalumpang, Semporna.
Mereka yang menaiki bot pam miliknya itu katanya bertolak dari Kalumpang pada kira-kira jam 6.30 petang sebelum bot yang dinaiki mereka karam dipukul ombak pada kira-kira jam 2.30 pagi.
“Bot kami tenggelam dan berpusing-pusing akibat ombak kuat. Saya sempat memeluk anak dan cucu saya, tetapi mereka tidak mampu bertahan dan meninggal dalam pelukan saya,” katanya sedih.
Beliau redha dengan apa yang berlaku dan berharap dua lagi ahli keluarganya yang masih hilang dapat segera ditemui.
New Sabah Times mendapati kediaman Liling di Kg. In- derasabah dipenuhi dengan sanak-saudara dan penduduk kampung yang hadir menziarahi keluarga itu.
Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan sehingga petang kelmarin oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Unit Udara Polis, dibantu oleh masyarakat nelayan di kampung terbabit.
Sementara itu, Pemangku Pegawai Pemerintah PGM, ASP Mohamad Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat itu pada kira-kira jam 10.00 pagi daripada penduduk kampung.
Sebaik menerima maklumat, katanya, anggota Marin segera dikerah untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat.
sumber : New Sabah Times