Panas!..

Search Results for: kemalangan di lebuh raya utara selatan semalam

SEMPAT RAIKAN ULANG TAHUN PERKAHWINAN SEBELUM MAUT DALAM KEMALANGAN

REMBAU: “Abang sayang ayang sampai mati. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-2 kita,” itu kandungan ayat kad ucapan terakhir mangsa kemalangan maut, Ariffin Hamzah, 31, kepada isterinya sebelum kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter di Kilometer 242.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, semalam. Lebih menyayat hati, semalam genap dua tahun perkahwinan mangsa dan isteri, Haliza Hashim, ... Read More »

BAKAL PENGANTIN MAUT KEMALANGAN MOTOSIKAL DENGAN OTAK BERSEPAI DI ATAS JALAN

REMBAU: Seorang anggota tentera yang bakal melangsungkan perkahwinan Jun depan, maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Kilometer 230, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 8.30 malam, Khairulddin Abdullah, 29, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Pengkalan Indah, Alor Gajah, Melaka, meninggal dunia di tempat ... Read More »

KANAK KANAK 7 TAHUN MAUT DALAM KEMALANGAN, TERCAMPAK DARI KERETA BAPA

ALOR GAJAH – Seorang kanak-kanak perempuan menemui ajal dalam keadaan mengerikan manakala abangnya parah selepas masing-masing tercampak dari kereta dipandu bapa mereka dalam kemalangan di Kilometer 213.2 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam. Kejadian pukul 1 pagi itu mengakibatkan Siti Nurnajwa Nordin,7, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka manakala abangnya, Amir Haziq, 12, mengalami kecederaan parah ... Read More »

3 ANGGOTA KELUARGA POLIS TRAFIK MAUT KEMALANGAN SELEPAS HADIRI MAJLIS PERKAHWINAN

KUALA KANGSAR – Seorang anggota polis trafik yang selalu mengendalikan kes kemalangan maut semalam tergamam apabila mendapati tiga daripada enam ahli keluarganya mati serentak selepas kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler membawa muatan gelung plat besi semalam. Kejadian pukul 1.15 pagi di Kilometer 253, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora dekat sini mengakibatkan ... Read More »

GURU TADIKA MAUT TERCAMPAK DARI MPV

KLUANG: Seorang guru tadika wanita maut apabila tercampak dari kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama lima rakannya selepas dirempuh sebuah kereta lain di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Simpang Renggam di sini, petang kelmarin. Dalam kemalangan jam 4.15 petang di Kilometer 58 Jalan Machap-Simpang Renggam, mangsa, Zainun Maas, 44, mati di tempat kejadian akibat tercampak kira-kira lima meter hingga memasuki ... Read More »

Scroll To Top