Search Results for: kemalangan di sri aman

Penumpang Bas Ekspress wajib beli insurans

 Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) mencadangkan supaya setiap penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu bagi memastikan mereka mendapat pampasan sewajarnya jika berlaku kemalangan jalan raya.

Pengerusi PPBSM, Sa’adan Man (gambar kecil) berkata, cadangan itu bagi memastikan setiap penumpang mendapat perlindungan sewajarnya selain mereka tidak lagi menyalahkan atau menuntut ganti rugi daripada syarikat bas di kemudian hari.

Katanya, melalui cadangan itu, setiap penumpang akan diminta membeli insurans dengan membayar tambahan RM1 [Read more...]

Incoming search terms:

Jururawat dan bayi dalam kandungan maut dalam kemalangan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat

 Kemeriahan Aidilfitri mungkin tidak akan dirasai oleh seorang pegawai polis apabila beliau kehilangan isteri bersama anak dalam kandungan berusia tujuh bulan, dalam satu kemalangan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat dekat sini, semalam.

Inspektor Mohd. Nor Idham Ali Mat Nor, 27, dari Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan kehilangan isteri [Read more...]

Incoming search terms:

Kereta bertembung , Seorang jururawat dan seorang lelaki maut

Seorang jururawat dan seorang lelaki maut apabila kereta yang mereka pandu bertembung di persimpangan lampu isyarat, Jalan Datuk Md Zin, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), Cheng di sini, awal Ahad.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Tengah Asisten Supritendan (ASP) V.Gunasegaran berkata kemalangan kira-kira 4 pagi itu menyebabkan Cynthia Lim Ching Gek, 24, yang bertugas di Pusat Perubatan Mahkota dan pemandu teksi Ismail Zainol Abidin, 45, mati di tempat kejadian.

“Ismail yang datang dari arah Alor Gajah menghala ke Bandar Melaka berlanggar dengan kereta yang dipandu Cynthia dari arah bertentangan,” [Read more...]

Incoming search terms:

[Sinopsis]Slot Akasia TV3 – Kasih Alia

Kasih Alia: Tampilkan Kemelut Tragedi, Dendam, CintaAkibat dendam, 2 orang kanak-kanak iaitu Kasih dan adiknya Qabil telah menjadi korban dalam sebuah tragedi hitam hingga memaksa mereka terjerumus di dalam sindiket menjual kanak-kanak. Mereka kemudian terpisah, namun takdir telah menemukan semula mereka selepas bertahun-tahun lamanya.

Bagaimana pertemuan itu berlaku dan adakah Kasih dan Qabil mengetahui bahawa mereka mempunyai pertalian darah?

Semua itu dapat disaksikan dalam drama bersiri terbaru Kasih Alia’ terbitan JS Pictures. Menggantikan drama bersiri Dewa Cinta di slot Akasia mulai 1 Ogos yang lalu, Kasih Alia telah mendapat sentuhan kreatif daripada pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland.

Drama bersiri 26 episod ini membariskan pelakon seperti Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly(Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain.

Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah [Read more...]

Incoming search terms:

Wanita pengsan rumah terbakar di Kampung Atas Tol, Terengganu

 

FotoWAN MAHANI masih dalam keadaan terkejut dirawat pegawai perubatan.

Seorang wanita pengsan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas terkejut apabila rumah didiaminya lebih 30 tahun di Kampung Atas Tol, hangus dalam kebakaran pagi semalam turut memusnahkan semua barangan persiapan Ramadan dan Aidilfitri.

Ketika kejadian jam 11.35 pagi itu, mangsa, Wan Mahani Wan Omar, 57, sedang bekerja di tempat memproses keropok tidak jauh dari rumahnya dan bergegas pulang selepas dimaklumkan kejadian itu oleh anaknya.

 Suaminya, Mustaffa Abu Bakar, 56, berkata beliau bersama cucu, Mohd Faris Farizal Faizal, 3, sedang berehat di luar rumah dan terdengar bunyi percikan api dari dapur dan selepas itu, api mula marak menyebabkan mereka berlari keluar menyelamatkan diri.
“Saya berlari keluar memaklumkan kepada kakak ipar yang tinggal berhampiran rumah dan kami tidak sempat menyelamatkan harta benda.

“Memang sedih kerana ia terjadi pada bulan Ramadan dan akan menyambut Aidilfitri, [Read more...]

Incoming search terms: