banner

Search Results for: kemalangan jalan raya di kota kinabalu

Tanah Runtuh: Laluan Di Kilometer 46, Jalan Tambunan-Penampang Tidak Dapat Dilalui

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Laluan di Kilometer 46, Jalan Penampang-Tambunan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan dari kedua-dua arah berikutan kejadian tanah runtuh yang menimbus sama sekali jalan raya di lokasi berkenaan.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang awam pada pukul 3.36 petang ini dan kini berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang setengah kilometer melibatkan pengguna dari Penampang.

“Kami dimaklumkan pihak berkuasa sudah menghantar jentera ke lokasi untuk mengalih runtuhan tanah di atas jalan raya. Tidak ada kemalangan jiwa berlaku,” kata jurucakap itu.

Setakat ini, belum ada maklumat tentang jarak jalan raya yang tertimbus dan bila jalan di situ boleh dilalui semula kerana jentera masih dalam perjalanan ke lokasi untuk menjalankan kerja pembersihan.

Justeru, beliau menasihati pengguna yang hendak ke Tambunan atau ke Kota Kinabalu dan Penampang supaya tidak menggunakan laluan itu buat sementara waktu.

Bagaimanapun, jika terpaksa meneruskan perjalanan, pengguna jalan raya dari Kota Kinabalu ke Tambunan dan sebaliknya dinasihati menggunakan laluan alternatif iaitu Kota Kinabalu-Ranau-Tambunan atau Kota Kinabalu-Kimanis-Keningau namun laluan alternatif itu agak jauh. – Bernama

Incoming search terms:

Punca kereta Honda Terjunam Ke Dalam Laut Di Tanjung Lipat

Seorang remaja berusia 17 tahun terbunuh selepas kereta Honda Civic yang dinaiki bersama dua lagi rakannya terbabas sebelum terhumban ke dalam laut berhampiran lampu isyarat KPD, Tanjung Lipat, Jalan Tun Fuad Stephen, di sini, pagi kelmarin.
Insiden terjadi kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Alvinuslan Madayau, disahkan meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan akibat tercampak keluar daripada kenderaan selain terhempas di atas batu dalam kejadian berkenaan.
Berdasarkan siasatan awal polis, mangsa dipercayai duduk di bahagian belakang Honda terbabit sementara dua lagi rakannya Eyad Azli Kassim, 20, sebagai pemandu dan seorang lagi, Mohd Abdul Halim Abdul Rabak, 21, sebagai penumpang hadapan.
Ketiga-tiga mangsa dikatakan sedang menuju ke kawasan Sepanggar dari Bandaraya Kota Kinabalu sebelum kenderaan dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terjunam ke dalam laut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, impak daripada kemalangan itu, mangsa yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar manakala pemandu dan penumpang hadapan sempat menyelamatkan diri.
“Siasatan awal polis mendapati kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan sebelah kiri jalan sebelum terhumban ke dalam laut.
“Mangsa yang meninggal dunia dikatakan tercampak keluar dari kereta itu manakala dua lagi rakannya sempat menyelamatkan diri sebelum kenderaan berkenaan tenggelam,” katanya.
Jauteh berkata, ketiga-tiga mereka dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) oleh orang awam namun salah seorang daripada mereka disahkan meninggal selepas mengalami kecederaan parah dalam insiden itu.
“Dua lagi mangsa dipercayai mengalami kecederaan ringan dan kini menerima rawatan lanjut di hospital.
“Polis masih menyiasat kejadian kemalangan ini dan kita meminta kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan,” katanya.
Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohammad Affendy K Ramin berkata, proses mengangkat kereta yang tenggelam di laut terbabit berjaya dilakukan kira-kira jam 3.30 petang kelmarin dengan bantuan sebuah kren pengangkut.
“Bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam termasuk menggunakan khidmat unit penyelam bagi kerja-kerja mengangkut kereta itu dengan bantuan sebuah jentera kren,” katanya.

Incoming search terms:

DUA MAUT, DUA PARAH DALAM KEMALANGAN DI INDAH PERMAI DAN KG LOBOU.

KEMALANGAN INDAH PERMAI

KOTA KINABALU: Seorang pemandu Perodua Kancil dan seorang pejalan kaki maut dalam dua nahas jalan raya berasingan di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pertama, seorang terbunuh sementara dua lagi parah setelah terlibat dalam nahas jalan raya ngeri berhampiran Indah Permai, Sepanggar, dekat sini kira-kira jam 1.50 pagi kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Francis Voon Chee, 24, berasal dari Taman Satria, Menggatal, meninggal dunia di Hospital Likas sekitar jam 3.50 pagi setelah kereta Perodua Kancil dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah Toyota Innova.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama seorang rakan menuju ke Indah Permai dari kawasan Rampayan, [Read more...]

Incoming search terms:

DUA PELAJAR IPTS MAUT DALAM KEMALANGAN DI JALAN KOTA BELUD

BEGINILAH keadaan kereta Kancil mangsa yang rosak teruk dalam insiden itu

KOTA KINABALU: Dua pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terbunuh sementara dua lagi rakan cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan ngeri berhampiran Kilometer 14 Jalan Kota Belud-Kota Kinabalu dekat sini.

Difahamkan mangsa, Jeniffer L. Sevilla, 22, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian sementara rakannya dikenali sebagai Ady Mohd Firdaus Abdullah, 23, meninggal dunia di Hospital Kota Belud ekoran [Read more...]

Incoming search terms:

SEORANG IBU TERPELANTING DAN PUTUS KAKI DALAM KEMALANGAN DI PENAMPANG, SABAH

putus kaki di penampang

PENAMPANG: Seorang ibu yang baru membeli makanan di restoran untuk anaknya di rumah, parah termasuk putus kaki kiri apabila dirempuh sebuah motosikal dalam kemalangan berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Putatan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam, mangsa, Faridah Mohd Taib, 56, parah dirempuh motosikal ditunggangi seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Mohd Saiful, 24, yang turut patah kaki kiri dan kedua-dua mereka mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII), Kota Kinabalu.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa melintas jalan untuk perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Ulu [Read more...]

Incoming search terms: