banner

Search Results for: kereta rosak

10 TANDA SI DIA ‘POKET KERING’

TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.

Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan [Read more...]

Incoming search terms:

Sharnaaz Enggan Mati Tak Bertutup Mata Kerana Lisdawati

sharnaaz

sharnaazPelakon Sharnaaz Ahmad ingin bersemuka dengan aktres Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi selepas wanita itu selamat bersalin bagi  menyelesaikan isu pertelingkahan di antara mereka ketika penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Sharnaaz, 29, berkata, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan sehingga mampu menjejaskan kesihatan Lisdawati yang kini sedang sarat mengandung anak ketiga.

“Pergaduhan saya dan Lisdawati itu biarlah berlalu, tetapi saya rasa ia patut diselesaikan kerana saya tidak mahu kalau saya mati, mata tidak tertutup rapat.

“Tapi tunggu masa yang sesuai mungkin selepas dia beranak dahulu baru bincang,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Encorp Strand Mall, di sini, malam Selasa lalu.

Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi antara dia dan Lisdawati apabila wanita itu  mendakwa diserang dan diugut Sharnaaz ketika penggambaran drama berkenaan.

Dalam kejadian Februari lalu itu, Lisda  membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebagai langkah keselamatan.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia enggan memanjangkan dan bercakap tentang perkara tersebut lagi.

Sementara itu, pelakon Lisdawati yang dihubungi berkata, Sharnaaz tidak perlu menunggu sehingga dia bersalin untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Kata Lisda, banyak cara dan teknologi terkini yang membolehkan aktor itu menghubunginya jika benar-benar berniat untuk berbuat demikian.

“Saya tidak mahu panjangkan hal ini jika dia tidak buka mulut lagi, tetapi kalau dia kata ingin berdamai tidak perlulah nak tunggu sampai saya bersalin.

“Banyak cara kalau ingin berjumpa atau telefon sahaja kalau benar-benar ikhlas untuk bersemuka dan berdamai,” katanya.

Tambah Lisda, sebagai pelakon lebih senior dia lebih lama dalam industri dan pernah melalui pelbagai kontroversi lebih teruk daripada itu.

Sementara itu, Lisda, dia tidak dapat hadir pada tayangan episod akhir drama tersebut berikutan keretanya mengalami kerosakan dan terpaksa dihantar ke bengkel.

“Saya sudah siap-siap nak datang tetapi kereta pulak buat hal dan terpaksa ke bengkel untuk dibetulkan, pada mulanya memang saya ingin menonton bersama-sama dan bertemu peminat drama itu,” katanya yang kini sarat mengandung lapan bulan.

Drama  Bukan Kerana Aku Tak Cinta mula disiarkan sejak 9 Disember lalu pada setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 10 malam di Astro Mustika (saluran 134).

Bahaya Penggunaan ‘Headphone’ Dan ‘Earphone’

Tidak pelik kalau dilihat anak muda menggunakan ‘earphone’ untuk mendengar muzik ketika menunggu teman, duduk seorang diri sambil minum atau membaca dan paling kronik menjadikan kewajipan untuk tidur malam. Itu adalah obsesi kebanyakan anak muda hari ini.

Malah, ada juga yang mengenakan ‘headphone’ untuk kelihatan lebih bergaya lebih-lebih lagi beberapa jenama terkenal dari barat sudah memperkenalkannya sebagai satu gaya hidup moden terbaru golongan remaja seluruh dunia. Justeru mana mungkin remaja kita mahu ketinggalan.

Ada juga yang mengenakan ‘earphone’ ketika memandu bagi mengelakkan kecuaian bercakap dalam telefon ketika memandu. Kemudian ‘earphone’ itu tidak ditanggalkan walaupun sudah habis berbual.

Semua tindakan ini ada kesannya dan berbahaya namun jarang sekali kita sedar. Mengikut kajian, penggunaan kedua-dua alat ini boleh menyebabkan kesan negatif berpanjangan. Apakah sebabnya?

Meningkatkan kadar bakteria dalam ­telinga

Percaya atau tidak, udara bersih di sekeliling anda tidak berupaya memasuki telinga. Ini kerana pemakaian alat itu menyebabkan ruang udara di telinga menjadi padat dan kecil. Bakteria yang didapati dalam telinga juga akan meningkat jumlahnya jika anda terus menerus memakai alat itu tanpa henti.

Mengikut kajian, telinga anda tidak boleh menampung pelbagai bakteria dan pemakaian dua alat kegemaran golongan muda ini secara berterusan akan menyebabkan kesakitan pada telinga pada masa hadapan.

Mendengar muzik dengan kuat pada ‘earphone’ boleh merosakkan telinga dan menurunkan kekuatan daya pendengaran

Ketika anda memakai alat ini, ia berada berdekatan bahagian dalam telinga yang sensitif. Anda akan kehilangan keupayaan mendengar secara efektif sekiranya muzik dengan ‘volume’ yang kuat didengar secara berterusan.

Namun, itulah realiti kebanyakan anak muda ketika menggunakan alat ini yang mana mereka lebih gemar meletak ‘volume’ kuat seakan-akan mendengar konsert atau menonton acara sebenar. Kajian mengatakan yang masalah pendengaran adalah lebih tinggi dalam kalangan ‘earphone’ berbanding alat pembesar suara di rumah.

Memakai dua alat ini ketika memandu atau melancong tidak digalakkan

Memanglah pemakaian alat ini dikatakan sebagai trend, tapi ada juga situasi di mana alat ini tidak boleh dipakai kerana bahaya yang menanti. Misalnya, penggunaan alat ini di saat memandu adalah sangat ditegah. Anda tidak mendengar bunyi kenderaan di belakang atau di depan anda dan ini boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Banyak laporan berita dan rekod yang mengatakan punca berlakunya kemalangan dalam kalangan anak muda adalah mereka sedang menggunakan ‘headphone’ ketika memandu hingga tidak sedar isyarat yang diberikan oleh kereta lain.

Kesan negatif pada kesihatan

Walaupun mendengar muzik di telinga tampak lebih tenang dan santai, ia juga menyebabkan kepala pening bagi sesetengah orang. Tidak cukup dengan itu, perkongsian alat ini juga boleh membawa kepada masalah jangkitan telinga.

Sebaiknya bersihkan ‘headphone’ dan ‘earphone’ anda dengan sanitizer sebelum atau selepas berkongsi bersama rakan.

3 Tip Membeli Rumah Baru

tip

tipMembeli rumah salah satu keputusan yang amat besar dalam hidup kita terutama kerana selalunya rumah adalah perbelanjaan kita yang paling besar seumur hidup. Amat mengujakan diri dan juga keluarga apabila mengambil keputusan dan langkah untuk memiliki rumah.

Tip 1: Selidik secara dalam talian dan nyata (online dan offline)

Oleh kerana perbelanjaan membeli rumah sememangnya besar, justeru masa juga perlu diperbanyakkan dalam menyelidik rumah idaman.

Kini, terdapat pelbagai laman web hartanah dan jual beli rumah yang anda boleh dilayari untuk melakukan penyelidikan. Menariknya, melakukan penyelidikan secara dalam talian tidak memerlukan anda keluar rumah dan mengambil lebih banyak masa untuk memantau rumah dan kawasan mengikut kesesuaian anda.

Namun, bergantung 100 peratus kepada penyelidikan secara dalam talian juga tidak digalakkan. Apabila anda sudah mendapat beberapa idea rumah dan lokasi terbaik untuk anda, anda perlu melawat beberapa tempat dan lakukan penyelidikan di lokasi pula.

Apabila melawat, disarankan juga untuk melawat tempat yang sama pada waktu-waktu yang berbeza untuk mendapat gambaran keseluruhan kawasan perumahan tersebut. Teringat saya seorang rakan yang membeli satu unit kondominium membuat keputusan pembelian dengan hanya sekali saja melawat kawasan terbabit di hujung minggu.

Dia tertarik dengan kawasan kediaman itu yang dikatakan amat sunyi dan menenangkan. Tetapi apabila sudah membeli kondominium berkenaan, tanggapannya salah sama sekali kerana setiap pagi hujung minggu, kesesakan di hadapan kediamannya amat teruk.

Malah sebelum ke tempat kerja, dia terpaksa menempuh kesesakan di kawasan parkir kediamannya sehingga 40 minit sebelum sampai ke jalan utama di hadapan kondominium!

Tip 2: Ukur baju pada badan sendiri

Keputusan membeli rumah perlu mengikut kemampuan anda. Bukan kemahuan anda sekiranya tidak mampu. Ramai orang mahukan rumah besar, hebat, cantik dan kawasan ternama. Namun rumah besar, hebat dan cantik di lokasi ternama pasti tinggi juga harganya.

Satu amalan kewangan yang baik ketika memilih membeli rumah adalah dengan melakukan perkiraan bayaran bulanan rumah dibandingkan dengan gaji anda. Angka yang baik membabitkan bayaran bulanan rumah tidak sepatutnya melebihi 30 peratus daripada gaji bulanan anda.

Ertinya, sekiranya gaji bulanan adalah RM3,000 sebulan, sebaiknya bayaran bulanan rumah kurang daripada RM900 dan tidak lebih. Angka ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan kepada kemampuan anda memiliki sesuatu rumah.

Selain itu, jangan lupa harga rumah yang tinggi pasti memerlukan bayaran pendahuluan rumah yang banyak. Apabila melakukan bayaran pendahuluan rumah pula, jangan sehingga habis segala simpanan anda. Pastikan masih terdapat lebihan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan perbelanjaan.

Tip 3: Kos jangka panjang

Pastikan anda memikirkan kos jangka panjang memiliki rumah berkenaan. Sememangnya melakukan bayaran pendahuluan dan mampu membayar bulanan satu langkah pertama. Terdapat lagi kos yang anda perlu fikirkan.

Sebagai contoh, rumah yang besar lazimnya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk melengkapi setiap bilik dan penjuru. Mampukah anda membeli segala perabot untuk memenuhinya? Begitu juga pertimbangan rumah yang hebat, apabila tiba masa memperbaiki kerosakan kelak pasti kosnya juga hebat.

Fikirkan juga kos pengangkutan iaitu rumah yang jauh dari tempat kerja akan memakan belanja petrol dan tol yang ting­gi.

Itu belum termasuk kos penyelenggaraan kereta. Begitu juga sekiranya anda berkeluarga, perlu fikir lokasi dan kemudahan untuk menghantar anak ke sekolah yang akan memakan kos tambahan. Bukan itu saja, kos dari segi masa juga perlu diambil kira seperti contoh rakan saya tadi yang membuang banyak masa sehingga 40 minit setiap pagi apabila tersilap membeli rumah.

Membeli rumah baru amat mengujakan dan perlu dipertimbangkan dari pelbagai sudut. Apabila perbelanjaan tinggi, risiko kesilapan membeli juga tinggi dan ini memerlukan anda membuat keputusan penting dalam hidup anda.

David Beckham Dan Anaknya Terlibat Dalam Kemalangan

beckham

Bekas pemain bola sepak England, David Beckham, 38, dilaporkan terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu keluar dari rumahnya berlanggar dengan sebuah kereta di sini pada Jumaat lalu,” lapor akhbar Daily Mail.

Beckham memandu sebuah Range Rover Sport berwarna hitam manakala anak lelakinya, Brooklyn, 14, duduk di bahagian penumpang ketika kejadian.

Seorang saksi berkata, Beckham memandu keluar dari rumahnya apabila berlanggar dengan sebuah kereta dari arah hadapan.

Dia kemudian dilapor mengundurkan kenderaan pacuan empat roda tersebut ke kediamannya sementara menunggu polis tiba untuk mengambil keterangan mengenai kejadian tersebut.

Kereta jenis Acura 4×4 yang dipandu seorang wanita rosak dalam kemalangan tersebut manakala bumper kereta mewah Beckham pula bengkok.

Bekas bintang bola sepak itu membeli kenderaan tersebut pada harga antara AS$60,595 (RM190,510) hingga AS$76,195 (RM239,557) pada tahun 2010.

Ini bukan kali pertama Beckham dan Brooklyn terlibat dalam kemalangan kerana pada tahun 2011 mereka terselamat selepas kereta yang dipandu Beckham merempuh belakang sebuah kereta lain di sebuah lebuh raya di Los Angeles.

Namun, mereka tidak cedera dalam kemalangan tersebut kerana kedua-duanya memakai tali pinggang keledar. – Agensi