Search Results for: kes lahad datu sabah

Jumlah Perkahwinan Dengan Warga Asing Meningkat Di Sabah

 BANTUAN KAHWINJumlah perkahwinan warga asing dengan penduduk tempatan Sabah mencecah hampir 20,000 sejak tahun 2000 sehingga tahun ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diberitahu hari ini.

Baharuddin Alwi, yang berkhidmat di Jabatan Agama Islam Sabah (JAIS) berkata statistik jabatan itu menunjukkan 8,859 lelaki warga asing berkahwin dengan wanita di negeri ini dari tahun 2000 hingga Oktober 2012.

Beliau yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Syariah, di JAIS berkata 10,922 wanita warga asing pula berkahwin dengan lelaki  tempatan dalam tempoh sama.

Baharuddin berkata sejak tahun 2000 hingga 2013 jumlah perkahwinan warga asing yang direkodkan ialah 19,781.

Saksi itu berkata perkahwinan warga asing juga meningkat daripada 399 pada tahun 2000 kepada 2,545 pada Oktober 2012.

Menjawab soalan pegawai pengendali Datuk Azmi Arifin, saksi ke-78 itu berkata mengikut Undang-Undang Islam Negeri Sabah setiap perkahwinan warga  asing mesti didaftarkan dengan JAIS.

Ketika ditanya pengerusi Suruhanjaya Tan Sri Steve Shim Lip mengenai relevan soalan perkahwinan warga asing itu, Azmi menjawab ia bagi menunjukkan perkahwinan itu menyebabkan populasi penduduk Sabah meningkat.

Shim juga meminta Baharuddin mengemukakan statistik perkahwinan sebelum tahun 2000, di mana saksi itu memberitahu bahawa pihaknya memerlukan  masa untuk berbuat demikian kerana rekod sebelum tahun itu dibuat secara manual.

Baharuddin juga berkata warga asing itu termasuk Filipina, Bangladesh, Algeria dan Afganistan.

Saksi itu memberitahu Suruhanjaya bahawa warga asing yang hendak berkahwin dengan rakyat tempatan mestilah mengemukakan dokumen pengenalan diri  yang sah seperti pasport, IMM13 iaitu resit pengenalan diri sementara dan surat bancian.

Kepada soalan lain, Baharuddin berkata memang terdapat perkahwinan gadis di bawah umur 16 tahun di negeri itu tetapi sebelum perkahwinan mereka  didaftar di JAIS, pemohon mesti mendapat kebenaran untuk berkahwin dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Sementara itu, Penolong pengarah Unit Kanak-Kanak di Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah Mohd Azlan Hussin berkata jabatan itu telah membantu kanak-kanak jalanan warga asing dengan menempatkan mereka di Rumah Perlindungan Ihsan dengan menyediakan tempat tinggal, buku, alat tulis, makanan dan pakaian.

Saksi ke-77 itu berkata sejak Jun 2007 hingga Okt 2012, seramai 1,455 kanak-kanak jalanan berumur enam tahun hingga 18 tahun tinggal di situ.

“Daripada jumlah itu, 1,119 adalah kanak-kanak lelaki manakala 336 lagi perempuan,” katanya sambil menambah kanak-kanak ini masuk ke Sabah bersama ibu bapa atau penjaga mereka tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Beliau menerangkan selepas mereka berumur 19 tahun, sekiranya tiada ibu bapa atau penjaga datang menuntut, mereka akan ditempatkan di penempatan tahanan sementara orang dewasa.

Saksi itu juga tidak menafikan berlakunya eksploitasi buruh kanak-kanak di samping masalah sosial lain melibatkan kanak-kanak jalanan ini.

Sementara itu, saksi ke-79 yang merupakan ketua jurutera Sabah Electric Sdn Bhd (SESB) Christiana Linus Majail, berkata pihaknya menjalankan operasi secara bulanan di setiap kawasan setinggan di negeri itu bagi membendung masalah kecurian talian elektrik.

Beliau berkata syarikat itu mencatat kerugian besar akibat kecurian elektrik yang berlaku di lima kawasan setinggan di negeri ini iaitu di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Semporna dan Lahad Datu.

“Sebagai contoh di Kota Kinabalu dari tahun 2009 hingga tahun lepas jumlah kerugian direkodkan ialah RM3,717,720 membabitkan 33 kawasan setinggan dengan penghuni seramai 5,530,” katanya.

Kepada soalan sama ada tindakan mahkamah diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan ini, Christiana berkata beliau kurang pasti mengenai perkara itu.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah Datuk Siti Aishah Mohd Asri pula menafikan jabatan itu tidak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan malah berkata peluang itu sentiasa terbuka kepada mereka.

Beliau berkata jabatan itu telah menjalankan promosi dalam sektor pertanian, peladangan dan pembinaan yang banyak dimonopoli warga asing kepada rakyat tempatan tetapi majikan masih sukar menarik minat mereka ke dalam sektor itu.

Beliau bersetuju dengan cadangan pegawai pengendali Manoj Kurup bahawa sektor itu dianggap ‘dull, dirty, dangerous and difficult’ (tidak menarik, kotor, bahaya dan sukar) oleh rakyat negeri itu.

Siti Aishah juga berkata negeri itu tidak membenarkan majikan mengambil warga asing bekerja sebagai pengawal keselamatan atas faktor keselamatan.

Saksi ke-76 itu berkata jabatan itu bertanggung jawab dalam menguruskan permohonan lesen pengambilan pekerja asing yang dikemukakan majikan.

Prosiding di hadapan lima anggota panel diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong bersambung esok.

Panel itu turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Professor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas timbalan ketua menteri dan bekas peguam besar Sabah Tan Sri Herman J.Luping. – Bernama

Incoming search terms:

35 Penganas Dalam Perjalanan Ke Pantai Timur Sabah Di Tembak Mati

mati

matiPasukan keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara jiran itu Sabtu lalu, ketika kumpulan tersebut merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut sumber, dalam pertempuran lewat malam itu, dua daripada kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan Filipina yang terlibat dalam serangan tersebut turut terbunuh.

“Dengan kejayaan itu, satu lagi usaha pencerobohan pengganas Kiram yang diketuai pemimpin kanannya, Kalling Amirul untuk masuk ke negara [Read more...]

Incoming search terms:

Lebih 400 Lagi Pengikut Kiram Tiba Di Lahad Datu, Sabah

kiram

kiramLebih 400 pejuang sukarela pengikut Kiram dikatakan tiba di Lahad Datu, Sabah bagi mengukuhkan lagi legasi pasukan keselamatan diraja.

Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani berkata, pejuang mereka semuanya [Read more...]

Ops Daulat, 5000 Warga Filipina Lari Dari Sabah

PILIPIN

PILIPINHampir 5,000 warga Filipina telah melarikan diri dari Sabah sejak pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas pengganas Sulu yang diketuai oleh Jamalul Kiram III, jelas Lembaga Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina semalam.

Agensi itu menyatakan telah merekod ketibaan 4,983 individu dewasa dan [Read more...]

Kronologi Ops Daulat Di Lahad Datu|52 Penceroboh Maut[Gambar]

ops daulat

ops daulat Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh bersenjata Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di sekitar kampung itu.

5 Mac (8 pagi) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (4 petang) – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang akhbar operasi susulan dan penggeledahan diteruskan kerana percaya masih ada musuh di kawasan itu.

6 Mac (11 pagi) – Ketua Polis Negara sahkan kumpulan penceroboh mula menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan gambar anggota pengganas Sulu yang mati dalam "Ops Daulat" pada sidang media di Felda Beach Resort di sini. Turut sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan). Sebanyak tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu.

 

6 Mac (4 petang) – Hari kedua Op Daulat: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota kumpulan penceroboh ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam lubang di kawasan ladang dekat Kampung Tanduo.

6 Mac – Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan [Read more...]

Incoming search terms: