Search Results for: kesan kesan penyakit aids

Paracetamol[Panadol] Bawa Kesan Sampingan Buruk

para

 paraPenyelidik perubatan menganggap ubat tahan sakit paling popular, paracetamol tidak begitu berkesan seperti mana yang dianggap banyak pihak, malah turut mempunyai kesan sampingan buruk.

Beberapa siri kajian mengaitkan ubat tahan sakit itu dengan kesan sampingan yang serius termasuk asma, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau lebih dikenali ‘attention deficit hyperactivity disorder’ (ADHD) dan mungkin mengakibatkan masalah jantung dan buah pinggang.

Bukti yang ditemukan mencetuskan amaran daripada pemerhati kesihatan di Britain dan Amerika Syarikat (AS) terhadap doktor supaya tidak kerap memberikan paracetamol kepada pesakit, lapor Mail Online.

Keadaan itu, bagaimanapun mengundang pertikaian dalam kalangan profesional perubatan yang merasakan, tanpa ubat tahan sakit itu di peti simpanan perubatan, mereka tidak mempunyai apa-apa ubat untuk merawat jutaan pesakit.

Sementara itu, timbul andaian yang mendakwa bagi beberapa penyakit, ubat itu sebenarnya tidak begitu baik berbanding plasebo.

Bagaimanapun, paracetamol sehingga kini masih dianggap sebagai alternatif kepada mereka yang tidak boleh mengambil ubat antiradang tanpa steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen.

Penyelidik di Universiti Sydney menjalankan kajian ke atas lebih 1,650 responden yang menderita sakit belakang dan pelbagai penyakit lain dalam tempoh kira-kira enam minggu.

Satu pertiga responden diberikan dos harian paracetamol, satu pertiga lagi diberi ubat biasa dan satu pertiga lagi diberikan pil plasebo dengan kesemua mereka secara purata mengambil masa selama 17 hari untuk pulih.

Dr. Christopher Williams yang mengetuai kajian itu berkata, keputusan itu mengandaikan bahawa pakar perubatan perlu menimbangkan semula cadangan popular iaitu memberikan paracetamol sebagai ubat awal kepada rawatan sakit belakang.

Dalam perkembangan berasingan, jurnal JAMA Pediatrics dalam laporannya pada Februari lalu mengeluarkan amaran bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menggunakan ubat tahan sakit semasa mengandung, berisiko mengalami ADHD dan beberapa masalah lain. – AGENSI

Incoming search terms:

KENALI 5 PENYAKIT UTAMA WANITA

Fibroid
Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30 – 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/ m², wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous). Ada fibroid yang mencetuskan simptom dan ada juga yang berlaku tanpa simptom. Secara umumnya, wanita yang berada dalam lingkungan usia subur akan berisiko tinggi untuk menghidap fibroid. Dalam lingkungan umur ini, wanita digalakkan untuk hamil dan melahirkan anak.

Endometriosis

Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu endo, ‘dalam’, dan metra, ‘rahim’. Ianya membawa maksud kepada keadaan atau kejadian di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita. Simptom utama penyakit ini adalah sengugut dan sakit pada bahagian pelvik. Di Malaysia, tiada statistik khusus yang dijalankan bagi pengidap endometriosis. Endometriosis merupakan masalah yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pengidap endometriosis menjadi punca mandul (infertiliti) dalam kalangan wanita.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

PCOS merupakan gangguan hormon yang paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur dan menjadi salah satu faktor ketidaksuburan (infertiliti) dalam kalangan wanita. Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. Antara gejala yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid yang sedikit dan tidak teratur atau mengalami oligomenorea dan kadangkala amenorea (ketiadaan haid), bulu roma yang berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), masalah jerawat yang teruk dan kronik, masalah obesiti, masalah keguguran berulang, masalah kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan), dan juga masalah kebotakan menyerupai lelaki (male baldness).

Anorexia Nervosa

Anorexia atau nama saintifiknya ‘Anorexia Nervosa’ berasal daripada gabungan perkataan Greek (Anerektos) dan Latin (Nervosa) yang membawa maksud tiada selera dan juga gangguan makan akibat kesan psikologi dan fizikal yang teruk. Ia adalah sejenis gangguan disebabkan oleh peraturan sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet dan akhirnya mengakibatkan gangguan makan yang dimanifestasi oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurangan sampai ke tahap yang membahayakan. Penderita ingin menjadi kurus kerana kegemukan dianggap tidak menarik, tidak sihat, tidak mengikut ‘trend’ dan juga tidak diinginkan. Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada obsesi seseorang yang terlalu memikirkan mengenai berat badan dan apa yang dimakan. Obsesi ini mempengaruhi tabiat dan gaya makan serta segala aktiviti harian yang berkait langsung dengan makanan.

Menopaus

Putus haid atau menopaus ialah waktu pertengahan usia seseorang wanita itu, apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Hal ini terjadi, apabila ovari (kilang telur) berhenti menghasilkan telur. Biasanya, menopaus terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara mendadak. Kesannya, ia akan mempengaruhi hormon, badan dan perasaan seseorang wanita. Ada sebahagian wanita tidak merasakan apa-apa perubahan atau gangguan, manakala sebahagian besar mengalami gangguan vasomotor (seperti hangat memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa, mudah berkecil hati, kurang konsentrasi), fizikal dan kejiwaan (seperti kemurungan dan stres) yang boleh mengurangkan dan mengganggu gugat kualiti hidup. Dalam hal ini, sepasang suami isteri perlu mempunyai pengetahuan tentang menopaus.

Incoming search terms:

KESAN UBAT AIDS, LELAKI TANZANIA MILIKI PAYUDARA

Satu kejadian pelik berlaku di Tanzania apabila beberapa lelaki yang menghidap penyakit AIDS dilaporkan tiba-tiba memiliki payudara selepas mengambil ubat pengawal virus HIV.

Salah seorang lelaki penghidap AIDS, Joseph Mkanda, 43, telah mengambil ubat tersebut untuk mengawal perkembangan virus HIV ke dalam tubuh badannya. Bagaimanapun, ubat tersebut didapati memiliki kesan sampingan lain yang [Read more...]

Incoming search terms:

BAHAYA SPA IKAN, SEBARKAN PENYAKIT HEPATITIS C, HIV/AIDS DAN TIBI

TINJAUAN Berita Harian ke premis terapi ikan di sekitar ibukota yang<br />
dibimbangi sebar virus HIV dan Hepatitis C.Salam mesra…

Korang suka p Spa Ikan tak..biarkan kaki2 di hisap ikan2 tu.adeii..geli nya..haha..

Rupanya ini semua bahaya…sebab dikatakan satu sebab penyebaran penyakit berjangkit yang aktif…huhu…serik..tak nak p lagi lepas ni..hehe

Berita harian ada nyatakan pada hari ini dan Ellen juga pernah buat entry ni dulu…..boleh baca kat link di bawah…

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa [Read more...]

Incoming search terms:

Makanan mencegah Penyakit?

BETULKAH tomato membantu mengelak barah, bawang putih dapat mencegah AIDS atau minum banyak jus buah- buahan menjauhkan diri daripada nyanyuk atau alzheimer?

Meskipun sudah banyak kajian dijalankan, kesan makanan ke atas penyakit-penyakit yang membawa maut masih belum mampu dibuktikan secara total.

Begitupun, ahli sains percaya bahawa, kualiti amalan pemakanan atau diet yang seimbang adalah kunci kepada kesihatan yang baik.

Malah, kerajaan di kebanyakan negara di dunia kerap menggesa rakyatnya untuk mengamalkan corak pemakanan seimbang iaitu – lima bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran dan tiga bahagian produk susu dan karbohidrat, manakala lemak, gula dan minuman keras dikurangkan.

Para pakar percaya, apa yang kita makan dapat membantu mengelakkan penyakit seperti diabetes, hypercholesterolaemia (yang membawa kepada penyakit jantung) dan osteoporosis.

Bagaimanapun, para penyelidik masih bercanggah pendapat terhadap hubungan secara langsung antara khasiat makanan dengan penyakit- penyakit seperti barah, AIDS atau penyakit yang berkaitan kemerosotan fungsi saraf (neurodegenerative).

Antara beribu-ribu kajian, satu kajian dilakukan oleh pakar-pakar di Eropah telah menyimpulkan bahawa mengambil serat buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin dapat mengurangkan risiko barah usus.



Buah-buahan juga dipercayai dapat melindungi diri daripada jangkitan kanser paru-paru dan prostat. Kajian para pakar Eropah juga menyarankan pengambilan lima cawan teh hijau sehari. Teh hijau dipercayai kaya dengan catechin – bahan polyphenolic anti-oksidan daripada tumbuh-tumbuhan.



Lemak industri atau lemak yang terhasil melalui proses industri, sememangnya diketahui memberi kesan kepada sistem kardiovaskular dan meningkatkan dua kali ganda barah payu dara, sedangkan kacang soya dapat mengurangkan risikonya sebanyak tiga kali ganda.
Bagaimanapun, kacang soya yang kaya dengan anti-oksidan dan membantu sel hidup, boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan.

Lycopene, iaitu pigmen merah terang bersifat anti-oksidan yang ada di dalam tomato dan buah-buahan merah lain, juga didapati oleh sebilangan penyelidikan mampu mengurangkan risiko barah, tetapi Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) menyatakan tidak ada bukti kukuh mengenai dakwaan itu.

Begitupun, alzheimer atau nyanyuk dapat dikurangkan dengan pengambilan pomegranate atau buah delima.

Sememangnya, tidak ada istilah makanan baik atau buruk. Bagaimanapun, mengambil lima bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengurangkan lemak haiwan, merupakan satu tabiat makanan yang baik yang boleh difikirkan oleh sesiapa saja.

Pakar dari Pusat Penyelidikan Makanan dan Kanser Perancis, NACRe, menyebut bahawa diet yang melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan tidak terlalu banyak alkohol akan membantu mengelakkan kanser pada mulut, saluran pernafasan, paru-paru, perut, pankreas, usus dan pundi kencing.

Selepas mengumpulkan lebih 7,000 kajian dari seluruh dunia, Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) menyarankan masyarakat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak, serta mengelakkan makanan yang rendah serat. Sebaliknya, makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan sebagainya..

Corak pemakanan yang baik juga kunci kepada rawatan terhadap pesakit HIV positif memandangkan kekurangan khasiat makanan melemahkan sistem kekebalan tubuh dan mengurangkan ketahanan badan.

Bagaimanapun, makanan yang baik tidak boleh menggantikan anti-retroviral yang perlu diambil oleh pesakit AIDS walaupun terdapat dakwaan oleh Menteri Kesihatan Afrika Selatan, bahawa bawang putih, lemon dan sayur-sayuran dapat memerangi penyakit yang membawa maut itu.

sumber: utusan Malaysia

Incoming search terms: