Search Results for: matrikulasi terbaik di malaysia

SPM BUKAN TIKET UNTUK KE UNIVERSITI|BIASISWA JPA 2012 MASIH MENJADI ISU

PUTRAJAYA: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menjamin penempatan universiti, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.

“Itu adalah sangat jelas,” katanya, yang menjelaskan bahawa keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM tidak menjamin bagi menempatkan para pelajar di universiti-universiti tempatan atau asing.

Beliau berkata, terdapat keperluan untuk para pelajar sama ada untuk pergi ke universiti-universiti tempatan atau di luar negara, yang membayangkan Kerajaan mungkin mempunyai mempertimbangkan untuk memberikan biasiswa Jabatan [Read more...]

Pelajar cemerlang SPM tidak akan diberi Biasiswa lagi mulai tahun depan

Pinjam pic dari google

Mulai tahun depan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi diberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian peringkat prauniversiti, termasuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), program asasi dan matrikulasi serta A-Level.

Sebaliknya, mereka hanya ditawarkan bantuan kewangan atau dermasiswa daripada kerajaan, manakala biasiswa JPA dikhaskan kepada pelajar pra universiti yang cemerlang dan mendapat tempat di universiti terkemuka.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semakan semula dasar sedia ada perlu kerana kerajaan mendapati pemberian biasiswa pada peringkat SPM bukan idea yang sesuai kerana ia setaraf O-Level.

Beliau berkata ini kerana pelajar yang cemerlang pada peringkat SPM tidak bermakna akan cemerlang apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat pra universiti.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan pemanggil dalam program temu ramah di stesen radio bahasa Cina, One FM, di sini semalam. Program dikendalikan penyampai radio, Jack Yap, Jane Ng dan Nicholas Ong, selama sejam bermula 7.30 pagi dan disiarkan secara langsung melalui saluran ntv7.

[Read more...]

Perbezaan antara Matrikulasi KPM, Asasi IPTA dan Diploma IPTA

Hai Hai salam 1 Malaysia

Idea untuk membuat post ni datang dari anak buah Ellen yang tengah confuse nak buat pilihan , samada nak p matriks, nak p asasi kejuruteraan atau nak tunggu keputusan PILN (JPA)…so ellen ambil info ni special untuk dia dan adik2 yang tengah bengang nak buat pilihan.

Harap2 dapat buat keputusan yang terbaik…jangan ja ikut perasaan ya…hehe

kredit untuk :¬†http://smksm.net…ellen pinjam info ni ya…thanks…

 

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

[Read more...]

Peperiksaan Tunggal -Syarat Baru Kemasukan Universiti

tunggal

tunggalAdakah masanya sudah tiba bagi Kementerian Pendidikan menimbang dengan serius untuk mengadakan peperiksaan tunggal bagi kemasukan ke universiti sebagai penyelesaian jangka panjang kepada masalah pelajar terbaik yang tidak memperoleh tempat di universiti tempatan?

Pengerusi Biro Pendidikan Gerakan Lau Chin Hoon sememangnya berpendapat begitu atas dasar dwi-sistem bagi kemasukan ke universiti sekarang, iaitu STPM dan matrikulasi, menjadi punca ketidakpuasan hati sesetengah mereka meskipun terdapat lebih banyak pengambilan berdasarkan merit.

“Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 dalam matrikulasi dan CGPA 4.0 dalam STPM bukanlah setara. Dari segi [Read more...]

PENJENAMAAN SEMULA TINGKATAN ENAM

tingkatan 6

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pendidikan tingkatan enam akan melalui penjenamaan semula bagi meningkatkan imejnya sejajar dengan sistem pendidikan pra universiti seperti di kolej matrikulasi dan pusat asasi sains.

Timbalan Perdana Menteri berkata antara langkah-langkah yang akan diambil ialah memisahkan para pelajar berkenaan dari sekolah-sekolah biasa dan menempatkan mereka di pusat-pusat pengajian khas untuk tingkatan enam.

“Kami sedang memikirkan untuk menyatukan tingkatan enam, menggunakan pakaian yang berbeza, jadual waktu yang tidak sama, guru yang tidak sama, kategori yang lain sedikit (secara perbandingan dengan sekolah biasa),” katanya [Read more...]