Search Results for: menyemak no ahli kwsp

DAFTAR I-AKAUN UNTUK SEMAK KWSP SECARA ONLINE

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminta ahlinya mendaftar untuk i-Akaun bagi memudahkan mereka menyemak akaun secara online mulai Januari tahun depan.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata ia bagi mengurangkan kes ahli yang terlepas pandang [Read more...]

Incoming search terms:

Dividen KWSP 2010 mengumumkan kadar dividen 5.8%

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, sekali gus menjadikannya tertinggi pernah dicapai dana persaraan berkenaan.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, ia bayaran dividen tertinggi pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding RM19.37 bilion bayaran dividen pada 2009.


“Pada 2009, kadar dividen yang dibayar sebanyak 5.65 peratus, namun untuk tahun lalu bayarannya meningkat 11.55 peratus.

“Pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan dengan pendapatan pelaburan kasar dana ini mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion,” katanya.


Menurutnya, jumlah berkenaan juga merekodkan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009.


“Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun lalu dijana terutama daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun.

“Bayaran dividen ini diperoleh selepas ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran,” katanya.


Samsudin berkata, untuk bayaran dividen tahun lalu, KWSP memerlukan RM3.73 bilion bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen berikutan peningkatan dalam bilangan ahli.

Jumlah itu meningkat 8.67 peratus berbanding RM3.43 bilion yang dibayar untuk satu peratus kadar dividen pada 2009.


Menurutnya, walaupun KWSP optimis momentum yang positif itu akan berterusan pada tahun ini, namun prospek untuk 2011 bergantung kekukuhan ekonomi domestik dan antarabangsa.


“KWSP akan mengekalkan matlamat untuk melabur mengikut objektif strategiknya dan pada masa sama mengambil inisiatif pengurusan risiko yang ketat bagi menguruskan secara berkesan sebarang ketidaktentuan dan ancaman yang dihadapi,” katanya.


Mulai hari ini, ahli boleh mendapatkan penyata kira-kira KWSP untuk menyemak kemasukan dividen 2010 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun.
sumber : Harian Metro

Incoming search terms: